Prologue

Romance Completed 5890

“Menunggu cinta bukan sesuatu yang sia-sia. Menunggu seseorang yang tidak mungkin kembali, itu baru sia-sia.’’

Aku menutup buku novel itu lalu merenung ke luar jendela. Ada benarnya juga kata penulis ini.

Hari ini aku nak pergi menonton wayang bersama dengan rakan-rakan aku. Inilah rutin mingguan aku dan rakan-rakanku apabila tiba hujung minggu. Aku dan rakan-rakanku mempunyai minat yang sama dan sebab itulah kami masih bersama hingga sekarang.

Bermula dari sekolah tadika hinggalah kami berada di peringkat pengajian tinggi. Pejam celik dah hampir 17 tahun persahabatan kami. Aku rasa bertuah sebab ada rakan yang bersama aku melalui hari-hari yang senang dan juga susah.

“woi dah siap ke belum? Cepatlah nanti terlambat pula. Tak pasal-pasal tiket wayang habis nanti baru padan muka.” Jerit rakanku, nana kepada aku dan dua lagi rakanku iaitu nena dan picah.

“yela kitaorang datanglah nie. Takkan tak boleh sabar kejap.” Jawab kami serentak

“Ha bersiappun nak lama bukannya nak keluar dengan pakwepun” komen nana kepada kami

“alah takkan orang yang ada pakwe je boleh bersiap lama?” balas picah.

“dahlah jom kita dah lambat nie. Kesian kat pula kat hero dan heroin cerita tue nanti” sela nena

“apasal pula nak kesian kat diaorang?” Tanya aku

“La kau nie sam buat-buat tak tahu pula.kesianla sebab diaorang kena tunggu kita baru boleh berlakon dengan jayanya” jawab nena.

“sempat lagi kau nak buat lawak yea. Dahla jom kita gerak sekarang. Siapa yang nak drive hari nie?” Tanya aku

“hari nie biar aku jea yang jadi driver korang” balas picah

Hari nie kitaorang banyak sangat aktiviti nak buat terutama sekali kitaorang nak pergi jogging sebabnya dah lama sangat kitorang tak pergi. But before that after kitaorang tengok wayang kitaorang pergi makan dululah. Lapar tue.

“cerita tadi bestlah. Tapi yang sedihnya diaorang kena lalui banyak betul halangan before they can be together. Hero diapun hensem.” Komen picah
“memangpun tapi aku geram dengan member heroin tue ada ke patut dia buat fitnah kat hero tentang heroin. Kalau ada depan aku memang teruklah aku kerjakan dia.” Balas nana.

“hey relaxlah don’t be to emotional. It only an acting.” Nena bersuara.

“korang nie tak nak order lagi ke perut aku dah berkerongcong mak minah dah nie. Cepatla karang ada yang jadi makanan tengah hari aku karang.” Omel aku.

“yalah jom kita pergi makan kat tempat biasa. Aku belanja” nana membuat tawaran

“kenyangnya aku. Thanksla nana cause belanja kitaorang hari nie.” Picah tersenyum

Malasnyala bila tiba hari isnin. Nak kena bangun pagi pastu bersiap nak ke kelas pula. Tapi nasib baik jadual hari nie tak berapa padat. Petang nie bolehlah aku nak rehatkan mata aku nie. Banyak gila kerja yang aku tak siap lagi nie. Inilah akibatnya kalau buat last minute. Hari ini aku nak pergi library nak siapkan kerja aku.

“wei korang balik dulu aku ada kerja nak siapkan hari nie jugak.”cadang aku kepada mereka bertiga

“habis kau nak balik nanti macam mana?” Tanya mereka

“aku naik bas je nanti. Jangan risaula.”balas aku

Akhirnya siap jugak kerja aku. Pantas juga aku siapkan. Akhirnya dapat jugak aku balik awal hari nie. Apalah diaorang bertiga buat kat rumah. Mesti tengah tidur nie. Jealousnya aku. Alah time nielah bas takde pula. Orangpun takde kat sini. Ke bas dah lepas. Arghhhh nie yang boring nie.

“hai tumpang tanya boleh?” aku terdengar satu suara disebelah aku.
“alah mamat nie time nie pula nak tanya aku.”bebel aku

Dengan malas aku menjawab pertanyaan dia.”ye kau nak tanya apa?”jawab aku

“kau tahu tak bas datang pukul berapa? Dari tadi aku tunggu tak nampakpun batang hidung bas.” Tanya mamat tue.

“entahlah akupun baru jea datang jadi aku tak tahu pukul berapa dia datang” jawab aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience