Malam yang aku tunggu akhirnya tiba juga….malam nie aku akan bertemu kembali rakan-rakan lamaku.. rindu giler kat mereka maklumlah dah berapa tahun tak jumpa…macam manalah diorang sekarang?
“Hoi sam kat sinilah…” Jerit nana kepadaku
Akupun bergerak ke meja mereka…. belum sempat aku sampai dekat mereka tiba-tiba aku dapat rasakan ada satu tubuh yang berdiri tepat dihadapan aku…nasib baik aku dapat elak kalau tak mahu aku peluk tubuh tue nanti..tapi siapa yang begitu berani buat aku macam nie..
“Excuse me kau blocking jalan aku” kata aku
“yeke…sorry memang aku sengaja..”balas mamat tue
“aku takde masa nak main-main… So boleh aku jalan sekarang?”kata aku
Nie memang dah mencabar tahap kesabaran aku nie… Dah blocking jalan aku ada hati pulak nak buat lawak kat sini…takpe kau tengok aku ajar kau sekarang.
“hello encik aku rasa kau nie dah salah stage kot….kalau nak buat lawak bukannya kat sini… Sini tempat orang makan…so boleh ke tepi sekarang? Aku tengah kejar masa nie” kata aku
“kau nie makin marah makin lawa pulak aku tengok” usik mamat tue
“biar aku bagitahu something kat kau…kalaulah cara nie kau guna nak pikat orang baik tak payah…dah basi kau tahu” balas aku sambil melihat ke arah mamat tue
Alamak ejailah…macam mana nie…kantoi aku…kenapalah mana aku ada kat situ dia ada…asyik bertemu dalam keadaan yang selalu memalukan diri aku…malunya…
“hehe…apa yang kau buat kat sini? Sorrylah aku tak tahu pulak kau rupanya” perlahan aku bersuara
“tak pe…yang sebenarnya kawan kau, picah yang kata kau ada kat sini malam nie…tue yang aku datang nie…nak lepaskan rindu kat kau” terang ejai
“picah? Kau kenal dengan picah?” terkejut aku
“kenal sangat… Dia tue adik aku…dan dia yang selalu tolong aku dalam hal nie start daripada first time kita jumpa kat bus stand dekat university dulu sampailah sekarang….”senyum ejai
“jadi semua nie adalah rancangan kau dengan picah? Tapi kenapa? Aku tak fahamlah?” pening aku
“senang je…yang sebenarnya aku dah lama jatuh hati dengan kau sejak mula-mula picah tunjukkan gambar korang berempat dekat aku… Dan sejak tue aku minta tolong picah kenalkan kau dekat aku tapi dia tak mahu jadi aku suruh dia informkan dekat aku setiap aktiviti korang supaya senanglah aku nak dekati kau….” balas ejai
“tapi aku tak tahupun yang kau nie abang picah…sebab masa aku tengok gambar family dia kau punya gambar takdepun yang ada cuma adik dia je” kata aku
“kalau pasal gambar tue…. aku yang suruh picah tunjukkan gambar yang tue kat kau sebab aku taknaklah pasal picah kau nak kawan dengan aku…lagipun masa gambar tue ditangkap aku ada exam..so takdelah aku dalam gambar tue… “balas ejai
“sekarang baru aku tahu…rupanya kau nak mempermainkan dan nak memalukan aku depan adik kau sendiri? Memang aku tak sangka kau nie jenis yang macam tue… For your information aku tak nak kenal dan memang tak mahu kenal dengan orang macam kau nie….” marah aku
“sam nanti…percayalah aku takde niatpun nak permainkan dan juga nak malukan kau depan adik aku…aku ikhlas nak kawan dengan kau…tolonglah sam dengar penjelasan aku nie…” Pinta ejai
“cukup aku dah tak nak dengar apa-apa lagi pasal kau….dan jangan ganngu aku lagi” balas aku
Ya Allah kenapa Kau duga aku sebegini sekali… aku memang tak dapat nak terima semua nie… Tapi aku redha dengan ujian-Mu….
“sungguh aku tak sangka begini jadinya…aku ingatkan kau jejaka idaman aku tapi rupanya semua nie dah dirancang oleh kau rupanya…aku tak nak jumpa kau lagi” kata ku
Share this novel