"Kau dah tak boleh lari daripada aku lagi, hamba.. Baik kau ikut aku, kalau tak...aku tembak orang-orang ni", lelaki misteri itu tersenyum senget, sambil tangan mengacukan pistol ke arah perempuan itu.
Gadis itu menyembunyikan dirinya di belakang lelaki berambut blonde.
"Wo, wo..bro baik kau letakkan balik senjata kau. Kalau tak...", lelaki blonde itu mengerling rakannya di sebelah kanan. Rakannya masih mengekalkan wajah 'smirk' nya.
"Kalau tak, apa?? Korang berdua jangan masuk campur. Perempuan tu milik aku!".
"Yeke? Sebab aku tak nampak dia macam kenal kau. Aku sarankan kau simpan senjata tu, kau tahu kan, kau dah menyalahi undang-undang negara ni", balas lelaki blonde itu tenang.
"Jangan nak buang masa aku, serahkan perempuan tu. Dia tu hamba aku!", lelaki itu terus melepaskan tembakan secara rambang ke arah gadis itu dan dua lelaki di sisinya. Salah satu peluru tersebut hampir terkena kepada gadis tersebut, tetapi sempat ditepis oleh Kyrie.
"Kyrie aku serahkan perempuan ni dekat kau. Biar aku handle orang gila ni", kata lelaki blonde itu kepada rakannya yang bernama Kyrie.
Kyrie tersenyum sumbing sebelum menarik gadis itu ke sisinya. Dia sempat berkata,"Lebih baik kalau cik tak gerak, sebab nanti akan menyusahkan saya".
Gadis itu hanya diam sambil mengangguk kepalanya. Tumpuan mereka berdua beralih kepada lelaki blonde yang masih tidak diketahui namanya dengan lelaki misteri yang mendakwa sebagai pemilik kepada gadis itu.
"Malang betul nasib dia. Kalau aku, Oz adalah orang terakhir yang aku akan cari gaduh, sebab sekali kau cari pasal dengan dia, memang kau tak akan selamat", Kyrie berkata lebih kepada dirinya sendiri tetapi didengari oleh gadis yang berada di sisinya.
Oh, jadi nama lelaki blonde tu , Oz rupanya, desis hati kecil gadis itu.
Gadis itu memerhati Oz yang tangkas dalam menepis semua serangan lelaki misteri itu. Tiada satu peluru pun yang terlepas ke arah Oz.
Lelaki yang berlawan dengan Oz, mendengus kemarahan dan mula bertindak di luar kawalan. Dia bergerak laju ke arah Oz dan cuba mencederakan Oz dari jarak dekat, tetapi dengan mudah Oz mengelak. Oz terus membuat serangan terakhir untuk menghentikan amukan lelaki itu. Dia mengunci gerakan lelaki itu dan memaku badan lelaki itu ke tanah. Sejurus selepas lelaki itu tewas, beberapa orang lelaki berpakaian seperti pengawal datang dan terus menggari lelaki itu.
Mereka segera membawa lelaki itu pergi bersama ke tempat yang tidak diketahui oleh gadis itu.
"Pelik betul, macam mana dia boleh terlepas sampai ke Mauritz. Sepatutnya, untuk melepasi ke kawasan Mauritz bukannya senang", Oz berkata sambil berjalan ke arah Kyrie dan gadis yang tidak diketahui namanya itu.
"Who knows? He's probably got some connection. Kalau tak, macam yang kau cakap..dia tak akan dengan mudahnya terlepas ke Mauritz memandangkan dia datang daripada hutan Callium", balas Kyrie.
Hutan Callium? Mauritz? Okay, where the hell I am right now??, gadis itu tertanya tanya kepada dirinya.
"Oh cik, tak apa-apa ke? Cik ada cedera kat mana-mana ke?", tanya Oz kepadanya. Gadis itu menggeleng kepalanya dan mengucapkan terima kasih kepada Kyrie dan Oz kerana membantunya.
"Oh by the way..I'm Oz, and the gentleman beside you is Kyrie, my loyal assistant", Oz memperkenalkan dirinya dan Kyrie.
"Assistant my ass. Sejak bila aku jadi assistant kau, Oz?", Kyrie berkata dengan nada tak puas hati.
Oz ketawa dan berkata , "Sejak tadi, Hahahaha". Kyrie mengangkat sebelah kening nya dan membuat muka annoyed.
"So, Cik....? What's your name? And where did you come from?", tanya Oz.
"Erm, My Name? My name is...uh, kenapa saya tak ingat? My name ...",
oh my god, what is my name?!
"I..I don't remember my name. What's my name? I don't remember anything", gadis itu panik dan dia mula berasa pening.
Who am I? Where is this place? Nama aku, siapa?, gadis itu tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.
To be continued...
Share this novel