Dia berlari, dan terus berlari. Niatnya cuma satu, ingin melepaskan diri daripada 'benda' atau mungkin 'seseorang' yang mengejarnya.
Tidak dipedulikan kakinya yang cedera, di dalam kepalanya hanya satu perkara yang menjadi keutamaan, iaitu menyelamatkan diri dari si pemangsa yang memburunya.
Dia langsung tak menoleh ke belakang, hanya berpegang pada nalurinya untuk memberinya petunjuk dan jalan keluar dari masalah tersebut.
Ketika dia terlihat cahaya di hujung jalan, hatinya bersorak gembira, pada hematnya, dia akan selamat juga akhirnya.
Namun, takdir memilih untuk mengujinya lagi. Sebelum sempat dia menjejak untuk mendekati cahaya tersebut, badannya ditolak dengan kuat, menyebabkan dirinya terhempas ke atas tanah.
Seluruh badannya menjerit kesakitan. Nafasnya laju. Ketika dia berusaha untuk bangun, si 'dia' sudah berdiri di hadapannya. Dengan wajah yang menakutkan, lembaga itu mendekat...sehingga hanya tinggal beberapa inci dari wajahnya, sebelum lembaga itu mengangkat 'sesuatu' untuk menamatkan riwayatnya..
Ketika itu, dia hanya mampu berdoa...
•••••••••••••••••
"Hah..hah..hah..", gadis itu terjaga. Wajah dan badannya dibasahi peluh.
Mimpi tadi terlayar di hadapannya, seakan-akan menjadi realiti.
Setelah dia menyedari kejadian itu hanyalah mimpi, dia menarik nafas lega. Setelah seketika, baru dia menyedari suasana di sekelilingnya.
Dia memerhati bilik yang didiami, dinding dicat dengan warna peach, berlatarbelakang corak seni yang dia tidak ketahui. Katil yang didudukinya memiliki warna senada dengan dinding bilik tersebut. Dia cuba mengingati kembali bagaimana dirinya boleh berada di sini.
Someone was chasing me, and then...and then...umm..urgh, what happened?
Dahinya berkerut cuba mengingati kejadian yang berlaku.
The lunatic...the man... ha! Lelaki blonde dengan kawannya tu! But where are they?
Gadis itu bangun dan berjalan keluar dari bilik untuk mencari dua lelaki yang membantunya.
Ketika dia sibuk admiring dekorasi rumah tersebut..tiba-tiba satu suara menegurnya.
"Who the hell are you?!". Gadis itu menoleh ke arah suara tersebut.
Di hadapannya berdiri seorang lelaki berambut coklat dan bertattoo di kedua lengannya memandangnya dengan tajam.
Share this novel
bila nak buat next part