Bab 25

Romance Completed 1445138

Usai solat subuh, Seri memeriksa telephone. Semasa kejadian semalam, dia belum habis membaca text daripada Danish dan Haiqal. Dia juga perlu membuat panggilan untuk bercakap dengan Eiman. Dia sudah berjanji untuk berborak dengan Eiman sekurang kurangnya sekali sehari, biarpun sekejap.
Nurlisa melihat 10 text daripada Danish. Danish tidak jemu mengemaskini semua maklumat tentang event pada hujung minggu ini. Nampaknya semuanya sudah teratur, cuma Nurlisa perlu mengemaskini agenda perjalanan majlis.

Mengikut persetujuan daripada Mr CEO, majlis cuma mengambil masa 2 jam. Bermula pukul 8 malam dan berakhir pada jam 10am. Tidak ada persembahan khusus, cuma ini more to official receive cheque mockup daripada semua syarikat yang menyumbang dana.
Selepas makan pagi nanti, Nurlisa berkira untuk berbincang dengan Danish di café kondonya, dia harus meluluskan semua berkaitan event thru company systems sebelum Danish forward all the related to hotel for next move.
“Assalamualaikum Danish, I nak jumpa you nanti to disucss all pending task. Later I share location ya, maybe after 11am” Nurlisa menghantar text itu kepada Danish.
Nurlisa menyambung membaca text daripada Haiqal, pemuda kesukaan ayahnya. Pemuda yang dibesarkan oleh keluarga yang penuh agama dan adab. Anak yang sangat taat kepada keluarganya.
“Assalamualaikum Lisa, interview abang reschedule ke Isnin depan. Jadi abang akan bertolak ke KL hari ahad, abang guna kereta mama. Nanti kita jumpa Ahad ya, then selepas abang interview, sebelum abang balik Perlis. Mama kata nak kirim buah dengan serunding ikan”
“Lisa, kenapa tak online dari semalam, Lisa ok tak tu? Busy kerja ya?”
“Lisa, mama pesan jangan lupa solat, pas tu mengaji sekali. Abang sampaikan pesan jer ‘emoji mata love”
Nurlisa tersenyum bahagia. Mereka memang sayangkan Nurlisa. Dengan perlahan, Nurlisa mendail number Haiqal. Nurlisa malas untuk menaip, dia tiada mood untuk berchat. Fikiran Nurlisa ligat memikirkan Syed Arman yang sudah kembali mengodanya.
Dengan satu deringan, Haiqal sudah menjawab panggilannya.
Kedengaran suara riang Haiqal di corong telepon.
“Assalamualaikum Lisa, mesti lepas solat subuh ni, tengah bersiap nak gi office ya? Orang Kuala Lumpur sihat?,” sapa Haiqal mesra
“Waalaikummusalam abang, alhamdulilah Lisa sihat. Abang pun mesti sihat kan? Suara abang tu happy sangat,” balas Nurlisa mesra. Dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan keluarga Haiqal. Haiqal juga yang menjaganya di sekolah, memarahi budak lelaki yang cuba mengoratnya.
“Lisa dah baca text abang ya? Nanti kita jumpa ya, abang rindu nak coffee talk dengan Lisa ni. Kalau abang bertolak lepas subuh, dalam 12 noon sampai kot. Abang kena jumpa kawan abang dulu dekat Rawang. Lepas tu abang jumpa Lisa. Ok dak?,” suara itu masih sama seperti dahulu, memanjakan dirinya.
“Boleh abang, nanti Lisa share location kondo Lisa. Abang ambil Lisa lah, nanti kita keluar satu kereta jer,” ujar Nurlisa
Sebelum Haiqal respon, Nurlisa menambah lagi
“Abang, Lisa nak susahkan abang boleh tak? Lisa kena minta izin dulu ni?,” ujar Nurlisa perlahan, risau jugak dia kot menyusahkan Haiqal
“Eh eh, kenapa nak minta izin, abang ni sudi jer, apa tu?,” jawapan Haiqal tu membuatkan Nurlisa lega. Nurlisa tersenyum sendirian
“Lisa nak minta tolong abang ambikkan barang kat rumah Lisa, lebih tepat dalam bilik Lisa. Tapi abang kena gi Arau, ambik kunci rumah Lisa kat agency tu, nanti Lisa email dorang kasi kebenaran untuk abang ambik kunci rumah. Leh tak?,” Lisa bercakap satu satu dan perlahan lahan
Kedengaran suara Haiqal ketawa di hujung talian.
“itu jer? Ok, nanti Lisa text abang tentang kotak tu, specific kan color and saiz. Sebelum abang bertolak nanti, abang gi ambik, don’t worries, anything for you,” suara Haiqal kedengaran sangat bertanggungjawab pada telinga Nurlisa.
Dia tahu Haiqal rasa bersalah apa dirinya. Rasa bersalah apabila dia tiada semasa Nurlisa di dalam kesusahan. Nurlisa faham benar dengan apa yang Haiqal fikir. Tetapi apa yang berlaku pada Nurlisa bukanlah sesuatu yang boleh dikongsi dengan orang lain.
“Thanks abang, kalau abang perlukan Lisa buat hotel reservation, let me know ya. Nanti Lisa buatkan. Abang share address location interview tu, nanti Lisa carikan hotel yang dekat. Nanti senang abang nak pergi interview,” Nurlisa memberi cadangan.
Kedengaran suara Haiqal ketawa mesra dengan cadangan Nurlisa tentang hotel reservation itu.
“Tak apa Lisa. Kawan abang dah settlekan pasal hotel tu. Abang nak gi interview ni company ayah kawan abang. Kawan abang masa study kat Russia dulu. Ayah dia buka pharmacy. Dia nak minta tolong abang jagakan pharmacy tu. Sebenarnya dah dapat kerja pun, interview tu formality jer, sementara tunggu penggilan houseman, dapat jugak pengalaman kerja ” terang Haiqal panjang lebar. Haiqal bersyukur kerana kerjanya pasti akan berdekatan dengan Nurlisa. Dapatlah dia menjaga Nurlisa nanti.
“oooooo…..Lisa faham tu, alhamdulilah, murah rezeki abang. Nanti kita boleh la jumpa selalu. Nanti takde lah Lisa boring sorang sorang sini,” kata Nurlisa berterus terang. Rasa syukur itu adalah ikhlas.
Semoga ukhwah mereka seperti keluarga mereka di kampung, itu harapan Nurlisa
“Ok Lisa, abang nak ke kubur ni, nak habiskan kerja abang. Tinggal sikit lagi. Lisa jaga diri ya, jangan lupa solat, mesti kena breakfast, jangan skip makan,” pesan Haiqal panjang lebar.
Nurlisa tersenyum mendengar pesanan bakal doctor tu..
“ok abang, terimakasih sebab abang selalu jaga Lisa. Sampaikan salam kat family abang,” kata Nurlisa sebelum menamatkan panggilan itu.

Usai bercakap dengan Haiqal, satu text masuk gi imesssage.
“Lily, i tak dapat breakfast dengan you, sebab kena join meeting with CEO. Tapi someone akan hantar nasi lemak nanti. Lepas noon, I datang masak for you. Duduk rumah diam diam, jangan kemana mana. Atau you ada nak makan apa apa tak? Nanti I belikan,”
Belum sempat Nurlisa membalas pesanan itu, satu imessage masuk.
“Nanti meeting you dengan Danish, I join sekali. Make sure Danish tunggu you kat café bawah, you jangan turun sampai I datang. I dah inform Danish tadi. Emailkan semua event layout and end to end event details. Later kita discuss,”
And text ke3 masuk lagi
“I tak nak bebankan you masa sakit, tapi Danish kata you plan meeting dengan dia kat café kondo. Insyallah I habis meeting dengan CEO pukul 11am, Danish also need your approval on the budget release. Later we discuss,”
And text ke 4 masuk lagi
“Please always remember that you have me. Like it or not, I akan jaga you from now on. No excuses. Will discuss on the “JAGA” terms later, after lunch. [emoji mata love]”
No more imessage from him. Titik
Nurlisa meraup wajahnya perlahan. Nurlisa kehairanan dengan personality baru Syed Arman. Kalau Syed Arman yang dulu, dia begitu kasar dengan orang yang baru dikenalinya. Dia tidak akan menjaga perasaan sesiapa kalau berbicara. Tapi tidak sekarang.
Dia perlu mendapatkan kotak itu, kotak yang mengandungi diari hidupnya. Di situ tersimpan kertas pemberian orang yang datang ke rumah agam itu. Kandungan kertas itu tidak pernah di dedahkan kepada sesiapa, walaupun pada Melissa.
Dia pernah membuat analisis tentang kandungan kertas itu. Sehingga hari ini dia masih tidak mahu percaya kandungan itu, tetapi tulisan tangan itu memang milik Syed Arman.
Tetapi…
Dengan situasi sekarang, which is Syed Arman berada berdekatan dengan hidupnya, dia harus memikirkan status “halal gab” dengan Syed Arman. Ikutkan hatinya, dia mahu menceritakan kesemuanya kepada Syed Arman, tetapi dia masih tidak clear dengan situasi Syed Arman.
Siapa Syed Arman sebenarnya?
Kenapa Syed Arman tidak ingat Nurlisa?
Kenapa wajah Syed Arman tidak sama dengan abangnya?
Kenapa Syed Arman hendak berbaik dengannya, senang mengikut perkiraan, Nurlisa cuma pekerja di Endah Holdings, nothing special.
Nurlisa perlu mencari semua jawapan kepada persoalannya itu.
Buat masa sekarang, dia harus mengikut flow yang di tetapkan oleh Allah SWT. Esoknya then sampai bila bila, dia faham yang flow itu Allah sudah menetapkan, tapi dia harus menggunakan logik akalnya dalam menghadapi Syed Arman.
Usai bercakap dengan Eiman yang berada di Jakarta dengan Datuk dan Neneknya, Nurlisa mula membuka laptopnya untuk memeriksa semua task related to event. Dia beruntung kerana Danish bergitu cekap dalam menyiapkan kerjanya. Dalam erti kata lain, Danish sudah biasa dengan tasknya dan dia tidak perlu risau tentang itu.
Telepon Nurlisa berbunyi menandakan imessage masuk.
“I drop your nasi lemak kat management office kat bawah, together with fresh milk. Nanti dorang akan pass kat you, I dah kasi detail kondo kat depa. Jangan buka gate, just ambil from dalam. Jangan lupa cover your hair masa keluar. Jaga aurat you”
Nurlisa terkesima membaca text itu, debaran dada Nurlisa menerjah. Bahasa yang digunakan seperti surat yang terakhir Syed Arman tinggalkan untuknya sebelum dia balik ke UK. Surat itu ada di dalam diari nya di Perlis.
Dia masih ingat surat itu, perkataan keramat yang dia masih ingat adalah aurat, don’t let people see your aurat, your heart and all your body belong to me and bla bla bla. Tulisan tangan itu memberi makna kasih sayang Syed Arman padanya adalah ikhlas.
Arrrgghhh…itu 5 tahun dulu. Nurlisa cuba bertenang. Dia harus tahu memberi isyarat kepada otakkan agar tidak terlalu memikirkan. Dia sudah penat untuk menelan ubat berwarna biru itu. Ubat itu membuatkan dia mengantuk dan lemah.
Dia tidak membalas imessage itu, Nurlisa meletakkan telepon ke tepi dan meneruskan tugasan memeriksa agenda event itu. Banyak email yang masuk yang perlukan perhatiannya.

Selepas event habis nanti, Nurlisa harus mengendalikan mesyuarat tentang scholarship, mengemaskini scholarship yang sedia ada, then banyak lagi
Panggilan masuk lagi apabila imessage itu tidak di balas
“Sayang, next time kalau dah baca text tu, reply lah, say thanks ke, or anything yang buatkan orang yang hantar tu senyum. Itu pun I nak kena cakap,” suara Syed Arman kedengaran jauh di hujung talian.
Nurlisa diam, tidak tahu harus membalas dengan bahasa yang bagaimana.
“Tengok tu, diam pulak, tegur sikit merajuk la tu,” tegas bunyinya. Nurlisa meraup wajahnya perlahan. Dia betul betul tidak tahu apa yang harus di jawab
“Sorry kalau bahasa I tegas. I risaukan you. I tahu you tak selesa dengan apa yang I buat, but I can’t stop myself to do all this. I don’t know, but it’s came naturally,” suara itu seakan merayu agar Nurlisa faham dengan apa yang di lalui sekarang
“Tuan Syed, syukurlah you faham. I tak tahu nak response apa dengan situation sekarang. Kalau you rasa kesian kat I, insyallah everything will be ok. Thanks for everything you did for me, but I memang tak selesa. You boss and I only staff you. I segan sangat. Please stop worry about me, Insyallah esok I akan masuk kerja. I harap lepas ni semua akan ok, and I promise all will be ok,” suara dan perkataan dari Nurlisa meresap satu satu ke telinga Syed Arman.
“will discuss later on the ‘JAGA” terms tu ya, jumpa nanti masa lunch,” suara Syed Arman kedengaran sangat girang. Perasaan bahagia itu adalah indah, perasaan bahagia ini adalah pertama kali di dalam hidupnya. Seingatnya, ini lah cinta pertamanya.
“ok sayang, bye,” Syed Arman menulis text itu sambil tersenyum, bahagia..
Nurlisa terkedu, panggilan sayang itu seperti sangat berlemak di telinganya. Hanya dia yang tahu betapa dia sangat sayangkan Syed Arman yang suatu ketika dahulu datang dalam hidupnya

Banyak persoalan tengah Syed Arman berligar ligar dalam kotak permikirannya
Nurlisa berkira kira untuk berjumpa Danish dan bertanya perihal Syed Arman. Dia harus mencari jawapan kepada semua persoalannya. Tapi bukan sekarang, dia harus focus kepada event yang akan berlaku sabtu ini.
Sedang Nurlisa leka menyiapkan tugasan, pintunya di ketuk dari luar, kedengaran orang memberi salam. Nurlisa pantas mencapai tudungnya dan menjawab salam daripada dalam rumah.
Nurlisa memeriksa screen di tepi pintu utama, yang boleh melihat siapa gerangan orang di luar. Kelihatan Pak Guard siap dengan uniform mengangkat nasi lemak menghala ke cctv itu. Nurlisa tersenyum, nasi lemak kiriman Syed Arman sudah sampai.
Dengan ucapan terima kasih, Nurlis terus menuju kedapur dan menyiapkan sarapan untuk dirinya. Didalam paper bag itu, selain nasi lemak di dalam bekas pakai buang itu, terdapat juga fresh milk dan anggur.

Terdapat nota kecil tulisan tangan Syed Arman, ‘Happy breakfast sayang’

Nurlisa tersenyum bahagia
Nurlisa mengambil gambar kiriman itu, dan update Syed Arman di imessage supaya jejaka handsome itu tahu kiriman dia sudah sampai.

“thanks, tengah makan ni, happy breakfast to you too,” ringkas sahaja, itu cukup untuk Syed Arman tahu Nurlisa sedang menikmati hidangannya.
Ketika Nurlisa memulai breakfastnya, jam sudah menunjukkan pukul 9am, Nurlisa juga tahu mungkin Syed Arman juga sedang menikmati hidangan paginya. Sebab selepas ni, Syed Arman harus berada di dalam meeting dengan Syarikat yang akan menguruskan pembinaan Sekolah Tahfiz itu.
“Good girl sayang, selepas breakfast, rest well, then nanti lunch kita jumpa. Don’t meet Danish without me. You tak sihat sangat, make sure rest. Esok kita dah start busy,” Bebelan Syed Arman itu melekat di dalam hatinya.
‘Sofea sayang abang sampai mati, Sofea cintakan abang sangat, sampai Sofea hampir gila,’ Nurlisa berkata perlahan kepada dirinya. Ucapan itu hanya kedengaran di telinganya. Edrus dan Melissa juga tidak pernah tahu perasaan sebenarnya Nurlisa. Hanya Dr. Malik yang di panggil Uncle itu yang tahu semuanya. Mungkin Dr Malik memang tahu bagaimana untuk tackle perasaan atau hati mereka yang depression. Dengan beberapa session, Nurlisa sudah menceritakan kesemuanya kepada Dr Malik. Itu pun selepas Dr Malik berjanji akan simpan semua cerita itu diantara pesakit dan doktornya.
Tetapi Nurlisa tahu Kakak Ipar tahu sebahagian ceritanya. Itu pun selepas diarinya dibaca oleh Melissa. Sebabkan diari itulah, Melissa sanggup mempercepatkan perkahwinan dengan abangnya. Melissa perlukan Nurlisa berada di bawah bumbung yang sama dengan mereka.
Selepas selesai breakfastnya, Nurlisa berehat. Nurlisa dapat merasakan badannya sedikit lemah. Sesi rehat itu membuatkan Nurlisa tertidur kepulasan, sehinggakan panggilan Syed Arman tidak berjawab.
Dia tidak tahu berapa lama dia ketiduran di biliknya. Ketika membuka mata, dia dapat merasakan badannya segar, jiwa lesunya telah hilang, jiwa takutnya sudah semakin menghilang. Yang dia rasanya hanya excited untuk meneruskan kehidupannya.
Nurlisa mencapai teleponnya dan apabila melihat jam di teleponnya, Nurlisa bingkas bangun. Nurlisa terkejut dengan waktu yang tertera adalah 12.30 tengahari dan 30 panggilan daripada Syed Arman tidak di jawab.
Nurlisa lantas mendail number Syed Arman dan dengan sekali deringan, panggilan itu terus bersambung. Dengan rasa penuh bersalah, Nurlisa terus meminta maaf
“Tuan Syed, I minta maaf, I tertidur. Tadi lepas breakfast, rasa mengantuk balik. Tak sedar langsung you call. I tidur mati agaknya. You dah habis meeting ke?,” tanpa memberi salam, Nurlisa terus memuntahkan semua perkataan yang bersarang di hatinya.
“You tahu tak you buat I risau. Next time jangan silent phone. Kuatkan volume tu, senang nak terjaga kalau orang call. Dah la tidur tak pasang aircond. Nasib baik I tak mati risaukan you tadi,” suara Syed Arman sangat dekat di telinganya.
Nurlisa memprosess kembali apa yang Syed Arman cakap tadi. Seperti sesuatu yang pelik di situ
Silent phone?

Aircond tak pasang?
Syed Arman ada di sini?
Nurlisa terus membuka pintu biliknya dan menuju ke dining room. Kelihatan Syed Arman memakai apron dan sedang memasak di dapur dia itu. Kaki Nurlisa stop di situ.
Syed Arman sangat handsome dengan apron dan tangannya sangat tangkas memegang pisau sambil memotong bawang merah itu. Urat lengannya sangat ketara, menjadikan Syed Arman kelihatan sangat macho dan berkarisma. Tegap badannya, kemeja lengan panjangnya di lipat separas siku, pemandangan depan matanya sangat Indah.
Rasa sebak menerjah laju ke dada Nurlisa. Dia mula merasa tidak keruan, peluhnya mula merembas keluar. Kakinya mula mengigil, jantung berdegup kencang. Dia mula teresak esak, kakinya mula melangkah…
Tanpa Nurlisa sedar, kakinya melangkah ke dapur dan memeluk Syed Armand dari belakang dengan kemas. Kemas, tidak longgar. Tangannya memeluk sangat kuat. Kepalanya melekat di belakang Syed Arman. Dia menangis kuat..
Syed Arman sangat terkejut dengan situasi itu. Dia cuba bertenang, dia menyangka Nurlisa tidak berada di dalam dirinya. Tangannya melepaskan pisau di tangannya. Membasuh tangannya dan mengelap dengan tisu dapur di hadapannya.
Tangan Syed Arman mula memberi respon kepada keadaan itu. Dia memegang tangan Nurlisa sambil mengosok perlahan. Nurlisa perlu tahu dia selamat di sisi Syed Arman. Telinga Syed Arman mendengar dengan jelas esakan Nurlisa. Sangat jelas…
“Abang jangan pergi. Sofea dah penat tunggu abang. Sofea dah penat sangat. Sofea tak nak makan ubat lagi. Sofea nak abang,” suara itu jelas dengan esakan yang kuat, Kemasan pelukan itu masih sama.
Syed Arman membiarkan Nurlisa melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Walaupun dia tidak tahu apa yang sebenarnya bersarang di hati gadis cantik itu, dia bertanggungjawab dengan Nurlisa sekarang. Dia tiada jawapan kenapa perasaan tanggungjawab itu bersarang di hatinya, tapi dia sendiri ingin menakluki Nurlisa, berada di samping Nurlisa sepanjang masa.
Syed Arman meneka yang sakit Nurlisa bukan sakit biasa, sesuatu di dalam hatinya yang sangat parah. Dia akan bersama sama Nurlisa untuk memastikan Nurlisa kembali sihat, itu janjinya.
Dengan perlahan, dan melongarkan pegangan Nurlisa, membelaikan tangan Nurlisa perlahan.
“Sayang, I ada sini. No one yang akan tinggalkan you,” Syed Arman memalingkan Nurlisa dan memelukkan kemas. Tangan Syed Arman membelai rambut Nurlisa perlahan, mengosok belakang Nurlisa, memberi tenaga untuk Nurlisa bernafas.
Esakan Nurlisa sudah perlahan. Tapi pelukan Nurlisa masih kemas. Syed Arman tahu Nurlisa sudah balik ke alam nyata, tapi mungkin malu sebab kedudukan mereka sekarang.
“Sayang, I dudukkan you kat sofa ya, I ambikkan air putih. I kena on aircond jugak, sebab you dah berpeluh ni. I habiskan masak dulu, nanti kita makan,” Syed Arman mengangkat Nurlisa dari dapur dan meletakkan di ruang tamu. Syed Arman tidak merasa penolakan Nurlisa, dia merasa Nurlisa hanya merelakan sahaja perbuatannya.
Nurlisa tidak tahu yang kasih sayang Syed Arman sudah melimpah ruah. Nafsu jantannya sudah membiak dari tadi, tapi dia tidak akan mengambil kesempatan pada Nurlisa. Gadis itu sangat naif dan suci, tidak mungkin dia akan melukan hati gadis itu.
Nurlisa di dudukkan di sofa panjang itu. Nurlisa cuma diam dan memandang segala pergerakan Syed Arman tidak berkelip. Syed Arman mencuit hidung Nurlisa tanda memberi isyarat yang dia sangat sayangkan gadis itu.
Syed Arman berlalu ke bilik tidur Nurlisa. Tuala kecil diambil dan dia harus membasahkan muka Nurlisa. Dengan pergalaman berdepan dengan sakit Nurlisa pada pertama kali, dia sudah tahu bagaimana untuk membawa Nurlisa ke alam nyata.
Selepas membasahkan tuala kecil di sinki dapur, Syed Arman mengelap wajah Nurlisa perlahan. Dengan hidung yang mancung, bibirnya yang sedikit tebal, keningnya yang terletak, bulu matanya juga panjang, menjadikan kejadian Allah itu sangat sempurna.
Syed Arman menghabiskan sisa air di tuala itu dengan mengelap leher jinjang Nurlisa. Syed Arman dapat merasakan tangan Nurlisa memegang lengannya, menandakan dia sudah sedar. Kelihatan matanya sangat suram, wajahnya juga kelam. Mungkin Nurlisa penat kerana menangis tadi.
“Sayang dah ok ke? Nak baring dalam bilik tak? Atau nak mandi dulu. I boleh bawakan,” suara Syed Arman penuh kasih sayang.
Nurlisa mengeleng kepalanya.
“I nak air,” permintaan itu sangat perlahan, tapi suara itu kedengaran sangat seksi dan manja di telinga Syed Arman.
‘Aduh kenapa suara itu seksi sangat’ hati Syed Arman sudah mendengar dengan nada yang lain. Syed Arman tersenyum sendiri.
“dugaan aku hari ni adalah menahan nafsu aku’ hati itu berkata lagi. Syed Arman tersenyum lagi
“I nak air lah, dahaga sangat ni,” suara manja itu masuk ke gegedang telinga lagi. Syed Arman tersedar dari khayalannya
“ok sayang, kejap I ambikkan,” tangan Syed Arman memegang ubun ubun Nurlisa dengan mesra. Dia dapat merasakan Nurlisa mula mempercayainya.

Bersambung
Dear Diari, ini tulisan aku yang pertama selepas aku tamat sekolah. Aku namakan kamu “W” as nick name. W itu adalah white, my favorite color. Today hari pertama aku kerja di rumah agam ni aka istana. Rumah ni kosong, takde orang pun, cuma Pak Leman jer. Tapi aku happy sebab rumah ni ada library. Macam macam buku ada, nanti aku nak baca semua buku.

Share this novel

Zaidi Zack
2021-10-14 03:05:53 

Seri?

cikpuanelena
2021-07-08 17:19:24 

Rasa byk kesalahan pd nama watak jadi keliru


NovelPlus Premium

The best ads free experience