BAB 3

Spiritual Completed 1029

Di Sana Kita Bina Tugu Cinta Mahligai Bahagia Semoga Cinta Kita Di Dalam Redha Ilahi Berdoalah Selalu Moga Jodoh Berpanjangan

Seringkali lagu kasih kekasih itu didengar oleh Aidil setelah pindah ke Sekolah Teknik.Setiap kali lagu itu kedengaran di corong telinga dia,hati dia menjadi sebak apabila bayangan Yasmin menjelma.Telah berkepul-kepul mengebu rindu dia pada Yasmin.

“Aidil,awak masuk kelas apa?” Tanya kawan yang baru dia kenal masa mula-mula dia menjejakkan kaki mendaftar ke sekolah baru.

“hmm..apeng kau rupanya..terkejut aku,lain kali berilah salam dulu.” Kata Aidil yang memakai baju kemeja lengan panjang,berseluar hitam dan masih memakai songkok.

Sebab dari dulu masa dia sekolah Agama sememangnya diwajibkan setiap pelajar di sekolah itu memakai songkok.kalau tidak ia melanggar peraturan Sekolah.

Disebabkan telah terbiasa walaupun kadang kala ia melanggar peraturan dan sering di marahi.

Tetapi sejak dia kena buang dari sekolah itu dia telah nekad untuk jadi yang terbaik dari yang baik.

“Jom,Kazif aku satu kelas dengan kau, kau ambil kelas Agropertanian betul?” Aidil minta kepastiaan kawan dia.

Dia ingin satu kelas dengan Kazif,Di Sekolah Teknik pelajar boleh mohon mana-mana jurusan yang di minati.

Sebenarnya Aidil sendiri tidak tahu apa yang dia minat maka dia ambil keputusan mengikut sahaja kawan yang baru dia kenal masa pendaftaran.

“Kazif,kau masuk sekolah ini sebab apa?” Tanya Aidil kepada Kazif yang tersenyum seorang diri.Kazif Seorang yang murah dengan senyuman dan peramah sebab itu Aidil senang bergaul dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience