BAB 4

Spiritual Completed 1029

“Ustaz,kenapa aku masuk sekolah ini ? aku pun tak tahu sebab minat rasanya.” jawab Kazif.

Sejak dari setiap pelajar kelas AgroPertanian diminta memperkenalkan diri dan menerangkan maklumat diri dan dari sekolah mana sebelum ini, Aidil hendak tak nak dia terpaksa memberitahu bahawa dia pernah bersekolah di Sekolah Agama di Johor suatu masa dahulu dan sebab itulah gelaran dia mula-mula masuk

“Ustaz” ?..

“Kenapa setiap pelajar lepasan Sekolah Agama di panggil Ustaz?” Soal Aidil sendirian,entah kenapa dia tidak dapat terima apabila kawan-kawan dia memanggil dengan panggilan

“Ustaz” kerana dia merasakan tidak layak bekas pelajar yang nakal seperti dia dapat panggilan seperti itu.

Aidil menerangkan kenapa dia tidak suka kawan-kawan dia gelar dia macam itu.Aidil seorang yang tegas dalam melakukkan sesuatu,jika dia tidak suka terus terang dia akan membangkang,kadang-kadang itu sampai tidak memikirkan soal hati dan perasaan orang lain terluka atau tidak.

“Ya ALLAH rindunya aku pada Yasmin,kenapa dia tolak aku?”Aidil bertanya kepada diri sendiri semasa dia termenung melihat kawan-kawan dia sudahpun ada pasangan masing-masing.Zaman persekolahan merupakan Cinta Monyet.Cikgu awal-awal lagi telahpun mengingatkan bahawa sikap dan

“trend” pelajar di sekolah ini akan kerja

“honeymoon” bercinta cintun.

Tetapi Aidil tetap dengan hati dia iaitu pada Yasmin.Dalam sedar tidak sedar hati dia sudahpun di curi oleh gadis yang pendiam.

Aidil tidak terfikir dan tidak pernah terlintas untuk bercinta pada waktu ini.Sampailah satu hari seorang pelajar baru masuk dalam kelas tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience