Pukul 9 malam di hari Juamaat
Suasana sangat sunyi di rumah banglo di Damansara itu. Sebenarnya kesunyian itu sudah hampir 30 tahun, tiada lagi kecerian di dalam rumah itu. Walapun mereka mempunyai anak seramai 3 orang, semuanya tidak mampu untuk mengembalikan ceria keluarga itu.
Dek kerana kesilapan si ayah, jiwa si sibu sudah lama mati. Si ibu sudah membakar semua rasa cinta kepada keluarganya, yang tinggal hanya dendam dan benci. Keadaan si ibu sudah lama menderita, sudah puas berubat, sudah semua hospital di lawat, tapi kesakitan jiwa di dalam tidak juga sembuh. Takdir Allah itu bukan kiraan kita, tetapi Allah memberi ujian yang sangat hebat kepada mereka sekeluarga.
Selepas kemalangan di kolam renang 4 tahun dulu, Puan Siti Zaliha sudah tidak bangun dari katilnya. Mengikut kata doctor, keadaan Puan Siti Zaliha tiada yang kurang, cuma dia sendiri tidak mahu berkerjasama dengan otaknya, badannya tidak mahu bangun.
Sudah hampir 4 tahun juga, anak ke dua itu menangung rasa bersalah yang teramat sangat. Beberapa kali dia merayu ayahnya untuk tidak putus asa, tetapi ayahnya sudah berhenti berharap. Ayahnya hanya mampu bertahan, berdoa agar Allah mengampunkan semuanya.
Apa saja salah isterinya kepada dia, apa juga salah dia kepada isterinya, dia sangat berharap ruang bertaubat akan sentiasa terbuka luas. Itu lah doa mereka siang dan malam.
Anak sulungnya sudah berumur 35 tahun, tapi masih tidak mahu menamatkan zaman bujangnya. Kerana tidak mampu untuk tersenyum bahagia kerana kisah kelam keluarga mereka membuatkan dia tidak terdaya untuk tersenyum.
Tetapi Syed Adam Danial selalu positive, always berharap langit akan cerah, dan awan hitam akan berlalu akhirnya. Dengan beberapa kisah yang berlaku, beliau berharap usahanya memulihkan semangat keluarganya akan tercapai.
Dari biliknya, Syed Adam berkira kira untuk melawat uminya di bilik rawatan. Bilik yang menjadi penghuni tetapi uminya. Apabila tangan Syed Adam memang tombol pintu itu, kedengaran suara adiknya menyapanya.
“Abang, takyah masuklah, umi baru tidur. Tadi aku suapkan umi makan, mengaji dengan umi, pastu bacakan buku Prof Muhaya tu. Baba macam penat sangat. Aku dah minta Mak Zah siapkan dinner. Tengah baca umi tertidur. Aku baru jer keluar dari sana,” terang adiknya, yang mempunyai kurnian wajah yang sangat kacak. Beruntungnya dia. Tiada seorang pun yang tidak memandang adiknya, sekiranya mereka berjalan Bersama sama di mana mana.
“Alhamdulilah, abang harap umi akan bangun, masak rendang kesukaan kita macam dulu. Abang rindu sangat dengan rendang umi,” tutur si abang sayu.
“Arman, abang ada benda yang cakap dengan kamu. Jom kita ke library kejap, sementara tunggu Mak Zah siapkan makan malam. Nanti kita panggil Baba makan sekali,” ujar Syed Adam.
Mereka melangkah bersama ke tingkat 3 rumah banglo itu. Tingkat 3 itu mempunyai ruang terbuka yang menempatkan banyak buku dan ruang santai untuk mereka sekeluarga. Di ruang inilah banyak kenangan yang tersimpan, segala suka dan duka mereka.
“Arman, apa khabar kamu sekarang? Dah seminggu kamu balik. Isnin kamu masuk office ya..Abang tak nak kamu terperap kat rumah. Tak elok untuk kesihatan kamu,” tutur Syed Adam lembut. Hanya dia yang sangat memahami adiknya. Kasih sayang pada adiknya tidak terhitung. Allah sahaja yang tahu.
“Aku memang nak keluar dari diri aku abang. Aku dah nekad dah. Aku kena melangkah keluar juga. Aku tak boleh selamanya begini. Aku takut pada kisah lampau aku,” kedengaran suara Syed Arman perlahan.
“Aku masih mimpi lagi bang. Mimpi yang sama selama 4 tahun ni..mimpi sama bang. Aku jadi takut. Aku tak tahu siapa perempuan itu, tapi nampak dia ketakutan, ada darah di kepala dia. Aku cuba nak tolong dia, tapi bila kaki aku melangkah, aku terus terjaga. Pas tu dada aku sakit, dahi aku berpeluh. Aku dah penat bang, aku nak tahu sangat siapa perempuan tu,” suara Syed Arman semakin perlahan. Syed Adam tekun mendengar. Inilah cerita adiknya selama 4 tahun ini. Selepas kemalangan itu.
“Aku rasa aku manusia zalim bang, mungkin aku dera perempuan itu. Atau mungkin dia cuba nak minta tolong, tapi aku tinggalkan dia. Aku tak tahu bang,” suara Syed Arman semakin sayu. Kedengaran dia sangat terseksa.
“Aku nak sangat minta ampun dengan dia, sesiapa pun dia. Aku nak sangat dia maafkan aku supaya sakit aku ni terubat, aku dapat tidur dengan aman,” Syed Arman tunduk ke lantai itu.
Kelihatan Syed Adam menepuk bahu adiknya. Memberi semangat seperti selalu. Dia tahu adiknya terseksa sudah lama. Bukan sesuatu yang mudah bagi adiknya.
“Kamu mimpi setiap hari ke?” tanya Syed Adam
“Tak juga bang, mimpi tu datang kalau aku penat, otak aku nak sangat ingat yang lepas, aku mikir banyak, jadi jiwa seksa itu datang, jiwa takut. Doctor pun tak dapat tolong bang. Doctor kata aku kena ada something yang boleh trigger aku kepada kisah tu. Tapi mana “something” tu? Aku dah cari tapi tak jumpa. Takde satu pun “something” tu…… ,” itu yang dicerita kan Syed Arman kepada abangnya terulang ulang kali.
“Sabar lah dik, Abang yakin aturan Allah itu sangat hebat. Btw Kinah balik bila? Abang rasa dah 3 tahun dia pergi belajar. Kalau setakat master, 2 tahun dah habis,” tanya Syed Adam kepada adiknya.
“Ntah lah bang. Aku langsung tak call dia. Canne la aku nak kahwin dengan dia kalau jiwa aku gini. Aku tak nak rosakkan anak orang bang. Tapi sebab aku dah janji dengan umi, aku akan tunaikan. Aku tak nak buat umi sedih lagi. Kalau aku kahwin dengan Kinah, buat Umi bangun semula, aku sanggup bang. Seribu kali aku sanggup,” Syed Arman berkata perlahan sambal memandang kaku ke dinding.
Abangnya tahu adiknya terseksa. Sedari kecil hati, Adiknya bersungguh sungguh ingin berbaiknya dengan umi, tetapi umi tidak pernah sayang pada adiknya. Malah beberapa kali uminya mendera adiknya, sehingga kaki adiknya pernah patah kerana di tolak oleh uminya dan terjatuh dari tangga. Ada banyak kali penyeksaan adiknya. Sebab itulah babanya berkeras menghantar adiknya ke London, duduk dengan nendanya.
“Abang sayang kamu Arman, abang doakan kamu dapat keluar dari kemelut kisah kamu. Abang akan tolong kamu. Pertama kamu kena keluar dari sini, keluar dari kisah gelap kamu. Isnin nanti kamu masuk office. Abang dah sediakan seorang assistant hebat untuk kamu. Insyallah kamu boleh keluar dari kesedihan kamu. Macam yang Baba cakap that day, kamu handle Yayasan dulu ya. Biasanya dengan dunia koprat dulu. Abang ada banyak project nak minta kamu handle ni, Abang nak rehat pulak,” Syed Adam bangun memeluk adiknya. Kasih sayangnya tertumpah banyak untuk adiknya. Satu satu adik lelakinya.
“Insyallah bang, aku akan buat yang terbaik untuk Umi dan Baba. Aku sayang keluarga kita,” Syed Arman membalas pelukan abangnya.
“Aik, ada kisah peluk peluk pulak, ada yang Baba tertinggal ke?”, kedengaran suara Syed Awaludin mengusik anak terunanya. Dia tersenyum bangga. Anak anaknya selalu mebuatkan dia bangga. Syed Adam selalu menjadi tunjang keluarga yang hebat, abang yang baik untuk adik adiknya.
“Baba masuk tak ketuk pintu, tak baik intip intip,” kata Syed Arman berpusing sambil memeluk Babanya. Mereka ketawa bersama. Kalau ini dikira bahagia, walaupun sedikit, dia sudah bersyukur.
“Jomlah makan, Mak Zah dah siap meja itu, panggil Delina sekali. Adik kamu tu belum makan tu,” kata Syed Awaludin seraya membalas pelukan anaknya.
Hallo malam Sabtu
Selamat datang Sabtu yang Indah
“kekadang kita terlalu taksub untuk kelihatan bahagia, tapi tanpa sedar kita sebenarnya sudah bahagia. Bahagia itu tidak perlu dipamerkan, tetapi bahagia itu di sini, di hati ini. Percayalah….” CikSyid
Share this novel