Waktu Balik -
"Mark!! cepatlah Nini nak aiskrim!!"Kata Athirah manja.Mereka membuat nama manja supaya senang panggil.
"Ya kejap la"Jawab Mark.
"Ish lambat lah."Rajuk Athirah.
"Kay,dah siap..jom!"Jawab Mark . Athirah tersenyum . Sejak mereka menjadi bestfriend mereka semakin rapat walaupun baru satu hari.
*****
"Um..cuties!Nini nak aiskrim coklat tau"Kata Athirah dengan manja . Mark hanya tersenyum.
"Uncle,minta 1 coklat 1 peppermint."
"Okay,"Jawab Uncle Aiskrim itu lalu menyuruh pekerja nya memberi aiskrim yang dipilih Mark.
"Nah,by the way haii!nama saya-"Sapa orang itu tetapi tergantung oleh Athirah tapi dia tetap memberi senyuman yang mampu mencairkan mana mana lelaki .
"Sayanggggg~~,Nini lapar dahh nii.."Kata Athirah dengan manjanya . Mark terkejut dengan panggilan yang diberi Athirah.
'Sayang?'
"Ye kejap ye Honey~"Jawab Mark dan tersenyum . Athirah mengangguk.
"Hm..saya busy lah bye."Kata Mark lalu menarik lengan baju Athirah . Irene hanya memandang mereka dengan tidak puas hati.
********
Mereka berdua di taman sekolah yang dipenuhi dengan bunga.
"Ehem..honey~~"Panggil Mark.Athirah memberi jelingan kepada Mark .
"Dah kau takyah lebih lebih"Kata Athirah .
"Nak lebih juga.Tak salah kan aku panggil kau macam tu kita kan... bestfriend"Kata Mark.Athirah memandang nya lama .
'Bestfriend?'
"Okeylah tapi!!depan Ummi Ayah aku jangan mengada yee sayangkuu!"Kata Athirah menyampah.
"Okey my Honey!!"Jawab Mark riang.
"Jom balik,"Ajak Mark. Athirah mengangguk.
******
"ATHIRAH DANIA!!BANGUN!!DAH LEWAT NI WOYY!!"Jerit Abang Athirah iaitu Amirun Mirza . By the way Athirah ade abang je dia takde kakak or adik .
"Eum...ye ok."Jawab Athirah.Dia bangun dari katil dan mengatur langkah ke bilik mandi.
Setelah 25 minit bersiap , Athirah pun pergi ke sekolah . Sesampai di sekolah ada satu suara menyapa nya .
"HONEY!"Panggil Mark .
"Sayang!"Jawab Athirah .
Banyak mata memandang mereka .
"Jom masuk kelas."Ajak Mark. Athirah hanya mengikut.
******
Cikgu Syasya masuk ke dalam kelas 4 Smart dan menyapa mereka .
"Selamat Pagi kelas!"Sapa Cikgu Syasya.
"Pagi Cikgu!"Jawab 4 Smart dengan riang .
"Okey,hari ini Cikgu nak bagitahu yang kita ada murid baru-
"Wah,hari tu Athirah sekarang ada lagi?"Kata seorang murid dari kelas itu.
"Yee,"Jawab Cikgu Syasya .
"Okay , Cikgu nak jemput dia masuk..new student awak boleh masuk."Kata Cikgu Syasya . Maka murid baru itu masuk,semua terpukau.Rambutnya yang coklat coklat hitam,kulit putih susu,bibir yang berwarna merah jambu,bulu mata melentik.Cantik macam bidadari .Semua tersengih-sengih melihat 'bidadari' depan mereka itu tapi tidak dengan Athirah dan Mark.Mereka berpandangan antara satu sama lain.
"Dia bukan yang kat tempat aiskrim kelmarin ke?"Tanya Athirah. Mark mengangguk,matanya bertembung dengan mata milik Irene.Cepat cepat dia melarikan.Athirah sedar akan kejadian itu.
"Perkenalkan diri."Kata Cikgu Syasya.
"Hello,nama saya Irene Christie.Boleh panggil Irene je, selamat berkenalan semua."Kata Irene dan tersenyum manis yang membuat kan semua lelaki tergoda .
'Irene Christie?cantik tapi tak secantik..'
Double update?YES!!hehe..hope reader² suka lah . Meriahkan komen!><
Share this novel