Bab 5 - Pujuk

True Story Series 1575

Waktu Balik -

Setelah Athirah mengemas barang-barangnya untuk balik.Dia terus sahaja keluar dari kelas namun Mark menarik lengan bajunya.

"Honey marah Mark lagi ke?"Tanya Mark.

Athirah tidak merespon , Dia melepaskan tangan Mark yang menarik lengannya itu dan berlalu pergi.Mark mengeluh.

'Kenapa dengan Athirah..'

******

"Athirah bangun!subuh!"Kejut Abang Athirah.Athirah pun bangun,dia ni senang je kalau nak kejut terus bangun.

"Ok."Jawab Athirah.

Setelah siap solat.Athirah bersiap untuk ke sekolah.

"Ummi,Ayah,Nana pergi dulu tau."Kata Athirah.Nana tu nama panggilan family dia bagi tapi kalau dengan Mark dia kena panggil Honey atau Nini.

"Okey Nak."Jawab ibu bapa Athirah.

*******

Athirah meletakkan beg sekolahnya di kerusi dan terus membaringkan kepalanya diatas meja .Mark hanya memandang nya.Mark sedih,dulu sampai je kat sekolah Mark mesti dengar panggilan sayang' tapi..takpe kalau dia nak dengar lagi panggilan sayang tu dia akan cuba pujuk Athirah.Sebab Athirah ni macam merajuk je.

"Honey~"Panggil Mark.Tanpa Mark sedar Athirah tersenyum dalam diam.

"Honeyy!"Panggil Mark sedikit kuat.Nasib takde orang sebab masih awal.

"Honey,Mark rindu laaaaa.Kenapa niii!"Kata Mark dengan nada mengada.Athirah mengangkat kepalanya.

"Kenapa?"Soal Athirah.Mark sudah tersenyum.

"Honey kenapa taknak cakap dengan Mark dah..Mark sedihlah."Kata Mark dengan tangan yang disilang dan memuncungkan mulutnya.Athirah tergelak kecil.

"Yeay!Honey gelak!!"Jerit Mark.Athirah dengan cepat mematikan gelaknya.

"Honey Mark nak talk serious-

"Serious talk sayang"Potong Athirah.

"Okay..Mark nak serious talk.Honey..marah Mark ke?"Tanya Mark.Athirah mengangguk,Dia tidak mahu merajuk lagi dengan Mark dan dia melawan egonya.

"Kenapa?"Tanya Mark lembut.

"Sayang tulah!bukan nak layan Honey lepas ada jembalang satu tu."Jawab Athirah dan memuncungkan mulutnya.Mark tertawa.

"Sayang~ni ketawa pulak!"Marah Athirah.Mark terus berhenti ketawa.

"Okay okay,tapi kenapa Honey nak marah?"Kata Mark.Athirah terdiam seketika.

"Sebab sayang bukan nak tegur Honey pun dengan dia dia dia dia.Geramlah!"Marah Athirah.

"Mark buat ada sebab...jap Honey tak merajuk dah kan?"Kata Mark.Jantung Athirah berdegup kencang dia takut apa yang dia fikir selama ini betul.

"Tak kan Mark dah pujuk..oh ya Mark cakap ada sebab ..ke.. kenapa?"Tanya Athirah gagap.

"Sayang rasa...sayang dah suka dia.."Jawab Mark.

Prak!Hati Athirah hancur.Hati nya sakit bagai dicucuk pisau banyak kali.Matanya hendak mengeluarkan air yang tidak lama lagi akan mengalir tapi dia tahan.

"Oh...jadi Mark tak confess ke?"Tanya Athirah.

"Maybe tak lama lagi"Jawab Mark tersenyum pahit.

"Oh okay"Kata Athirah dan memusingkan badannya kedepan.Murid murid mula masuk dikelas menunggu cikgu.Mark hanya memandang Athirah.

'Kau tak sedar lagi ke Athirah..'

Um meriahkan lah komen!>< Yaya minta maaf kalau cerita mmg tk best hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience