Bab 83

Romance Completed 1280357

Syed Arman selesai menikmati makan tengahari bersama isterinya, wanita yang berada di dalam mimpi selama bertahun tahun. Dia juga sedang menikmati saat bahagianya, setiap marah dan rajuk isteri terasa seperti buih di lautan, yang berlalu apabila tersentuh cintanya.
“You, mana phone I, semalam ada kat atas ni kan? Jangan nak pandai pandai sorok phone I pulak eh.. I nak my phone,” Nurlisa melihat wajah suami yang tersengih sengih seperti kerang busuk.
Dia tahu suaminya yang menyimpan teleponnya. Bukan dia tidak tahu tahap cemburu suaminya. Dia pasti Syed Arman pasti menyinga apabila mengingatkan semula cara Eusoff menjaganya.
Dia juga tahu pasti Eusoff sedang mencarinya. Pasti Eusoff menghantar text yang berjela jela dan sebab itulah Syed Arman menyimpan teleponnya.
“Bak la sini my phone, I nak call my sister. I nak my sister yang datang sini, banyak benda I nak discuss dengan dia, and I nak Eusoff jugak, sebab mesti dia tengah cari I sekarang ni. Dia yang banyak tolong I semasa I kena buang dengan suami sendiri, suami yang konon tergatal dengan perempuan lain,” Nurlisa mengerakkan kakinya ke bawa, dia sedang berusaha untuk bangun dan mencari teleponnya.
“Sayang , please jangan degil, sayang kena focus kat abang for today, Abang ni lubuk pahala sayang, senyum kat abang pun dapat pahala tau, itu belum lagi peluk abang, kiss abang dengan penuh jiwa, bertan tan pahala malaikat tulis. Tak caya cuba buat,” Syed Arman melihat wajah Nurlisa sudah mencuka, sudah mula menunjukkan taring marahnya apabila melihat teleponnya hilang.
Memang dia yang mengambil telepon itu dan meletak di dalam poket seluarnya.
Ya, dia memang cemburu apabila melihat text daripada Eusoff masuk, walau hanya bertanya khabar, itu sudah cukup membuatkan tulang rusuknya bergoncang kuat.
“I wish Allah ambik ingatan I, sumpah I nak sangat hilang semua ingatan, supaya I boleh pandang you dengan penuh hormat. I minta maaf, tapi buat masa ni, semua yang berlaku since day one kita jumpa balik masih lekat dalam hati I, tak boleh lupa walau satu scene pun,”
Suara itu mulai pecah dan hampir berderai.
Syed Arman tidak jadi untuk mendekati Nurlisa, dia masih static berdiri di tepi tingkap itu.
"I faham you tak ingat isteri kampung you, perempuan bodoh yang menjadi gundik you, tempat you tempiaskan nasfu you, perempuan tak cukup akal yang kekal bodoh sebab you. I faham you tak ingat dia, tapi normal lelaki yang Allah beri akal tidak akan bertindak macam you,”
Deraian suara itu sudah terdengar sangat sayu, penuh hiba.
“You make sure I kekal bodoh selepas jumpa balik, buat I gilakan you, lepas tu you main tarik tali dengan I, forever I ni perempuan murah pada you, sebab you senang nak sentuh I, buat I macam desperate sangat,”
Esakan itu semakin kuat, membuatkan Syed Arman terkedu, dia melihat airmata isterinya mengalir laju.
“Tuan Syed Arman, luka yang you tinggal dulu belum baik, you tambah lagi dengan luka baru, you ingat I ni robot ke? You ingat I ni kayu, takde perasaan, lepas you buat semua ni, you nak buat macam takde apa apa. Gitu? Semudah tu?,”
Suara itu tidak menengkingnya, suara itu tidak kasar tetapi penuh dengan esakan hiba.
“I nak sangat maafkan you, nak sangat, suami yang I tunggu bertahun tahun kembali depan mata i. Suami yang I gila gila kan, suami yang I sendiri campak maruah I ke longkang sebab gila sangat kat dia. You ingat I tak nak maafkan you? Demi Allah, I nak sangat maafkan you,”
“Tapi ada satu batu yang block you kat fikiran i. Batu tu besar, susah nak tepis. Semua kata kata yang lekat kat batu tu memang betul. I hampir hilang nyawa sebab you, kalau you nak tahu lah, mungkin pada you nyawa I tak berharga langsung. I rasalah,” Nurlisa merasa lega apabila dia dapat melepaskan amarahnya, sudah lama dia simpan, sudah lama dia pendam, hari ini dia perlu melepaskan segala galanya.
Syed Arman mendekati isterinya dan memeluknya kemas. Dia merasa badan Nurlisa bergetar.
Dia bersedia untuk menerima tolakan daripada isterinya, dia menerima apa sahaja perkataan daripada isterinya, kerana luahan hati isterinya yang amat perlu untuk di dengar.
“Sayang, abang terima semua perkataan sayang, tapi please jangan minta Allah remove ingatan sayang. Biar abang sorang sahaja yang rasa apabila Allah ambil ingatan abang, kalau boleh di pilih, itu adalah perkara terakhir yang abang akan pilih, please tarik balik sayang, abang minta maaf, sejuta kali pun abang tidak akan pernah jemu minta sayang maafkan abang. Abang bahagia sangat bersama sayang, dan hari ini adalah puncak bahagia abang. Abang bersyukur kerana Allah menjodohkan kita,” Syed Arman memeluk isterinya lebih kemas, membelai belakang isterinya yang terasa sangat tegang.
Nurlisa tidak menolak pelukan itu, tetapi tidak membalas pelukan suaminya. Dia hanya mendiamkan diri, tetapi ingatannya masih bersisa dan sedunya masih berbaki.
Syed Arman melepaskan pelukan dan mencium dahi isterinya, lama dan penuh cinta.
“Abang cintakan sayang, abang tidak pernah menganggap perkahwinan kita adalah satu kesilapan. Selepas abang sedar dari koma, setiap hari abang mengigau kan sayang, abang nampak sayang datang, tetapi abang tidak cam sayang. Kerana cinta abang yang kuat, walaupun Allah menarik ingatan abang, tetapi jiwa abang dapat merasa kehadiran sayang, kuasa cinta sayang memang kuat,” Syed Arman melabuhkan punggungnya di tepi Nurlisa, masih merangkul badan isterinya.
Syed Arman menarik muka Nurlisa. Dia melepaskan ciumannya di leher jinjang isterinya. Dia tahu isterinya mendambakan perhatiannya, kata pujuknya dan balasan cintanya.
“Sayang masih ingat apa yang abang buat dengan leher sayang dulu, masa 1st night kita? Sampaikan sayang malu sebab banyak sangat tanda yang abang letak. Siapa suruh leher seksi sangat?,” sekali lagi Syed Arman meninggalkan tanda di leher jinjang itu.
Sekali lagi dia tidak menerima penolakan isterinya, dia tahu isterinya sedang memendam rasa dengan tingkah lakunya.
“Besok pagi masa doctor datang, kalau sayang dah sihat, abang nak minta balik ya, kat sini takde privacy. Abang nak kita berdua sahaja, abang dengan sayang jer, takde orang lain. Sayang ok kan?,” Syed Arman mencapai tangan Nurlisa dan mencium penuh kasih sayang.
Dia mencuit dagu Nurlisa dan memagut bibir seksi itu. Lama dan penuh nikmat. Penaklukan bibir itu memang menjadi kepandaiannya, kerana bibir Nurlisa adalah kunci kepada nikmat mereka bersama.
“Kalau bercakap, tangan tak payah merayap boleh tak?,” Nurlisa menolak badan Syed Arman kasar.
Syed Arman tersenyum penuh kemenangan, dia bahagia apabila ada respon daripada Nurlisa.
“Wahai Nurlisa Sofea isteri abang, ini abang serahkan telepon sayang, dengan satu syarat, jangan buat abang cemburu, sayang tahu tindakan abang kalau abang cemburu. Sayang sendiri tahu akan cinta abang pada sayang setinggi mana? Sayang jangan buat buat lupa,” Syed Arman mengambil telepon dari dalam kocek seluarnya dan menghulurkan kepada Nurlisa.
Belum sempat telepon bertukar tangan, telepon itu bergetar, menandakan panggilan masuk.
Tertera nama Kaklong Melissa, dan Nurlisa pantas menjawab.
“Waalaikummusalam Kaklong, adik sihat, alhamdulilah, sakit kepala dah kurang sikit dah,”
“Aah, abang Arman ada sini, jaga since subuh tadi,”
“Aah, Uncle datang malam semalam, aah bebel kat adik, non stop,”
“Adik dengar lah ni, adik tahu, adik faham,”
“Ya Abang long, adik tak degil, adik tahu,”
“Adik dah rindu sangat dengan dia, alhamdulilah,”
“Nanti dah sampai, abang bawak jumpa adik ya, adik rindu sangat,”
“Adik discuss dengan abang Arman dulu,”
“Tengoklah dulu kaklong, sakit kepala adik dah kurang, sakit hati adik belum surut. Adik nak kaklong faham, jangan paksa adik. Cerita bertahun tahun bukan boleh tutup dengan satu ayat,”
“Adik tahu kaklong nak tolong adik, tapi this time please let me handle sendiri. Adik kan dah besar, Kaklong dengan banglong kena percaya pada adik,”
“Okey, adik sayang kaklong dengan bang long jugak. Doakan adik, Assalamualaikum,”
Nurlisa menekan button merah itu dan memandang Syed Arman yang sedari tadi mendengar perbualannya dengan penuh teliti.
“Ada masa nanti, abang nak ucapkan terimakasih kat kaklong dengan abang long sebab jaga sayang. Nasib baik ada mereka, kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi kat sayang,” sekali lagi Syed Arman memeluk isterinya, dia tidak habis habis lagi merasa sangat bertuah.
“Sayang, baring dulu, abang panggil nurse check sayang ya, sebab tadi sayang tidur, abang tak kasi Nurse kejutkan sayang. Lepas nurse selesai nanti, kita coffee talk ya, abang dah minta Ameena orderkan Starbucks untuk sayang,” Syed Arman melepaskan pelukan dan bibirnya sekali lagi memagut bibir isterinya.
“Bibir sayang tu seksi sangat, lembut pulak tu, abang rasa nak lumatkan sampai puas,” kata kata mengoda itu adalah bahasa mereka semasa mereka dalam tempuh bulan madu di banglo Arau bertahun dulu.
Syed Arman membenarkan nurse masuk untuk memeriksa isterinya.
Syed Arman melihat nurse memeriksa isterinya, dia tidak puas melihat mata tajam isternya yang tidak berpuas hati dengannya dan kerlingan maut isterinya menambahkan nafsu mengilanya.
“Tuan Syed, saya mendapat panggilan dari doctor peribadi tuan, appointment tuan pukul 6 petang di bilik MRI. Nurse dari klinik nanti datang ambik tuan di sini. Tuan tak boleh tolak appointment lagi. Kepala tuan kerap sakit, Doktor nak tahu punca dari mana, saya harap this time tuan tidak menolak lagi,” Nurse yang kelihatan sudah berusia itu bercakap dengan suara yang serius.
Nurlisa memandang Nurse itu tepat dengan penuh kerisauan.
“Kalau reshedulu petang esok boleh tak nurse? Saya ada appointment dengan isteri saya petang ni, saya janji akan pergi esok,” Syed Arman bangun mendekati Nurse itu dan perlakuannya seolah olah untuk memberi isyarat agar nurse itu keluar dengan segera.
“Maaf tuan, ini kali ke3 tuan minta kami reschedule. Tapi tuan kerap minta Panadol kat depan. Saya tak boleh biarkan, tuan kena pergi jugak, saya minta maaf tuan,”
Nurse itu melangkah perlahan ke pintu dengan penuh sopan.
“Nurse, saya akan pastikan suami saya buat MRI, you inform doctor to prepare apa yang patut,” Nurlisa menyampuk dan nurse itu kelihatan tersenyum puas.
“Suami saya? Alhamdulilah, sayang akhirnya mengaku abang suami sayang. Abang bahagia sangat. Lama dah abang tak rasa bahagia gini,” Syed Arman kembali ke katil Nurlisa selepas dia menutup dan mengunci pintu.
“Jangan nak mengada, I tak nak you sakit sebab i. Kejap lagi ada yang kata salah I pulak sebab you sakit. Apa yang takut sangat nak MRI, baring sambil dengar muzik, after 15 mins, dah siap,” Nurlisa mengambil teleponnya apabila mendengar panggilan kembali masuk.
Syed Arman mendengar isterinya berbicara di telepon, sopan dan penuh manja.
“Waalaikummusalam ibu, alhamdulilah sihat sikit hari ni, Ibu dengan Ammar apa khabar, Lisa rindu,”
Syed Arman melihat wajah ceria isterinya semasa bercakap dengan ibunya. Dia bertambah bahagia.
“Nanti Lisa tanya abang Arman dulu”
“Ibu tak perlu datang lah, Lisa ok ok ni, Insyallah kalau takde aral, esok atau lusa boleh keluar ni,”
“Terimakasih ibu sebab selalu ambil berat pasal Lisa, jadi ibu kepada Lisa,”
“Ibu nak cakap dengan abang ke? Sekejap ya,” Nurlisa menghulurkan telepon kepada suaminya yang berdiri di sebelahnya dan bibirnya asyik mencium ubun ubunnya.
“Arman sihat dah, Lisa pun ok,”
“Arman jaga lah ibu, tadi Arman mandikan Lisa, ambil wuduk. Ibu jangan risau, Arman akan jaga Lisa sebaiknya,”
“Nanti Arman bincang dulu dengan isteri Arman ya ibu,”
“Ibu dengan Ammar balik lah dulu, Arman akan datang jumpa Ibu nanti, sediakan satu bilik untuk Arman juga,”
“Arman pun sayang ibu, thanks ibu for everything,” Syed Arman mematikan talian dan menghulurkan kembali telepon kepada isterinya.
Nurlisa memandang suaminya yang masih seperti dulu, semasa mereka sama sama bermadu kasih di banglo di Arau. Selepas mereka berkahwin, layanan suaminya kepadanya berubah, walaupun pada mulanya suami menunjukkan sikap garangnya, sifat tidak pedulinya.
Di dalam setiap masa, suaminya akan memastikan dia makan, tidurnya cukup dan pakaiannnya akan mengikut cara suaminya.
“Kenapa sayang pandang abang macam nak telan jer, abang kiss kan baru tahu,” Syed Arman tahu Nurlisa sangat rindukannya, walaupun mulutnya dan caranya masih keras.
“Abang tahu isteri abang sayang kat abang, rindu kat abang, sayang takkan kasi abang sakit, sayang akan pastikan abang sihat, jiwa abang tenang, sayang akan letakkan abang kat depan, pastikan abang ok, itu isteri abang kan?,” Syed Arman masih memancing isterinya yang masih memandang tajam kepadanya.
“Yer lah, abang pergi MRI tu, tapi dengan syarat, sayang kena ikut abang ke sana. Sayang kena tunggu abang sampai abang habis. Lepas tu kita ke restoran bawah, coffee talk, nak tak?,” Syed Arman mencapai tangan isterinya dan mencium penuh cinta.
“Sayang tahu tak? Semasa abang tengok kepala sayang berdarah, muka sayang dah likat dengan darah, abang rasa situasi tu abang pernah tengok, masa abang paksa untuk ingat, terus abang rasa berpusing, mata abang gelap, abang dah tak boleh imbang badan abang, terus abang jatuh. Abang meraung panggil sayang, abang nampak bayang bayang Ammar datang, sedar jer abang dah ada kat hospital,” Syed Arman memeluk tepi isterinya, bau isterinya masih seperti dulu.
Wangi dan memberahikan..
“Ada ketika abang rasa asbab Sakinah buat sayang gitu adalah untuk abang ingat semula, kekadang abang rasa Allah beri sakit, tapi Allah kembali apa yang menjadi hak kita,” bibir lembut suaminya mengucup cuping telinganya.
Nurlisa berdiam, dia tidak berani untuk berkutip, walaupun jiwanya hampir lebur dengan kepanasan suaminya.
“Sayang ingat Uncle kat kedai gambar tak? Kedai yang kita ambil gambar bersama tu, malam sebelum tu abang declare apa dalam hati abang, cinta abang pada sayang, lepas tu esoknya sayang nak ikut abang ke masjid, teman abang solat, ingat tak?,” Nurlisa memandang suaminya dengan penuh tandatanya, dia juga hampir melupai kewujudan Uncle itu.
“Kenapa?,” ringkas soalan itu, walaupun keras suara itu, tapi Syed Arman merasakan suara isterinya penuh dengan cinta.
“Sebelum abang cerita, abang nak peluk sayang dulu, cium sayang sampai sayang pengsan, sedar balik, lepas tu pengsan balik, sampaikan abang puas,” tanpa dia mendengar balasan daripada isterinya, Syed Arman sudah menjalankan tugasnya.
Badan yang di rindui itu di peluk kemas, dia menghalakan semua cintanya kepada isterinya, mencumbui leher isterinya, membawa bibirnya ke bibir seksi isterinya. Lama mereka bertaut, tiada tolakan daripada isterinya, tiada juga bantahan, yang dia dengar cuma desahan dan nafas isterinya yang tidak keruan.
“Sayang, abang dah nak gila ni, dahlah sayang tak pakai apa apa kat dalam ni, abang rasa nak meletup dah ni..Besar dugaan abang ni,” rengekan itu hampir mengoncang kesombongan Nurlisa.
“Kalau abang tak fikir sayang sakit, sayang kena overtime malam ni, seminggu pun tak habis nak bayar balik bertahun tahun sayang hutang abang ni, hutang kiss, hutang emm emmm, hutang gigit, hutang mandi sama, banyak sangat hutang ni,” Nurlisa dapat mendengar suara cinta suaminya, cinta berahi suaminya.
Dia faham rindu suami, rindu cinta mereka bertaut mesra dan lama.
“You boleh serius tak? kenapa dengan uncle tadi?,” Nurlisa tidak boleh melayan ragam mengada suaminya.
Syed Arman tersenyum melihat penolakan isterinya, dia tahu isterinya juga sangat merinduinya.
“Masa sayang nampak Sakinah dan selepas sayang menghilang, abang keluar ke Arau cari sayang. Lupa abang nak cakap, abang tak datang dengan Sakinah ke Arau, abang tak ajak dia pun, tetiba dia muncul. Masa sayang sampai tu, dia baru juga sampai sebenarnya, ok ok..tutup cerita pasal Sakinah,”
Syed Arman merasa panahan jelingan tajam Nurlisa apabila nama Sakinah berbunyi dibibirnya.
“Sorry kalau abang kena sebut pasal Sakinah jugak, lepas sayang pergi, abang juga halau dia. Abang round satu Arau nak cari sayang, tak jumpa jugak. Last abang park kereta tepi kedai Uncle tu, abang masuk kedai uncle tu nak beli mineral water. Rupanya Uncle tu kenal abang, dia bawak abang ke atas, tunjuk gambar kita, dia dah besarkan gambar tu, pas tu gantung kat dinding,”
“Dari situlah abang start tahu sayang isteri abang, abang terduduk, masa tu lutut abang lembik, memang lembik tak boleh berdiri. Abang ingat balik masa mula mula sayang jumpa abang, sayang pengsan, saya sangat lain apabila lihat abang. Ya Allah, abang menangis depan uncle tu,”
“Uncle pulak beri barang sayang tinggal kat kedai dia, sijil nikah kita dengan diari sayang, dia kata sayang tertinggal. Abang bertuah, abang dirahmati apabila ada sahaja kebaikan untuk abang. Masa balik hotel, abang hampir sasau apabila ingat kat sayang,”
“Satu satu abang ingat bagaimana sayang rela abang peluk, sayang pandang abang dengan penuh cinta, sayang protect abang, sayang mengalah dengan abang. Allahuakbar, abang tak pernah terfikir gadis yang datang dalam mimpi abang adalah sayang. Sebab lain sangat, rambut gadis tu panjang, lepas tu kulit dia putih melepak. Seksi pulak tu, lain dengan peribadi sayang sekarang. Abang nampak sayang sangat jaga perlakuan, sayang memang sangat jaga batas,”
“Terimakasih sayang sebab pertahankan perkahwinan kita. Abang akan bayar balik semua pergorbanan sayang semasa Allah mengambil ingatan abang. Abang berdoa untuk abang dapat semula semua ingatan abang, hari yang abang boleh declare status abang. Hari yang abang boleh beritahu dunia yang abang punya isteri,”
“Semasa abang tidak ingat, abang pasti abang kepunyaan seseorang, tetapi abang bertekad juga untuk gengam cinta sayang, abang tamak, rupanya abang jatuh cinta pada isteri sendiri”
Syed Arman kembali mengapai tangan isterinya dan meramas perlahan.
“Nanti kasi balik sijil original tu kat I, nak report kat mahkamah nanti kena guna yang original,” perlahan suara Nurlisa, sangat perlahan.
Syed Arman tidak terkejut apabila mendengar perkataan yang keluar dari bibir seksi Nurlisa.
“Yes, abang akan guna sijil original untuk register pernikahan kita. Abang dah minta Ameena check process kat Mahkamah. Abang akan hire lawyer nanti. Sekejap jer process tu, abang akan bayar denda, then dah boleh dapat sijil nikah Malaysia,” tegas suara Syed Arman, dia tidak lagi boleh berbasi basi dengan isterinya soal perkahwinan mereka.
“Sayang boleh marah kat abang, merajuk, dendam dan apa sahaja bentuk marah, tapi marah semasa menjadi isteri abang. Abang tak berniat nak berpisah dengan sayang, apatah lagi nak bercerai. Sayang jangan pernah fikir abang zalim, sayang jangan pernah fikir nak lari dari abang. Cubalah fikir, kalau sayang nak tahu akibatnya,” suara Syed Arman lagi tegas, dia tidak mahu Nurlisa fikir mereka akan berpisah.
Suasana sepi mereka terpisah apabila mendengar deringan telepon Syed Arman.
Syed Arman mencium bahu isterinya dan mengangkat telepon daripada Syed Adam.
“Waalaikummusalam Adam, aah she with me now,”
“ok, kejap,”
“abang loud speaker, abang adam nak cakap dengan kita berdua,” Syed Adam masih memeluk bahu isterinya kemas.
“Hi Lisa, apa khabar adik ipar abang? Abang tak risau sebab ada suami yang jaga kan?,”
Nurlisa tersenyum memandang telepon yang di pegang oleh suaminya.
“Hi Tuan Syed, alhamdulilah, getting better. Thanks tanya khabar,” Nurlisa masih segan untuk bercakap tidak formal dengan mereka.
“Don’t call me Tuan, call me abang Adam. Abang nak minta maaf dengan Lisa dan Arman sebab abang turut sama dengan Dr Malik and your family planned untuk kamu berdua. Abang minta maaf, niat abang baik,” suara Syed Adam jelas singgah di telinga Nurlisa.
Nurlisa memandang suaminya, dia seperti ketinggalan sesuatu kerana dia tidak faham apa yang di maksudnya oleh Syed Adam.
“Abang akan cerita kat sayang later, Adam dengan kaklong and Dr Malik dah cerita kat abang,” Syed Arman mencium ubun ubun isterinya apabila melihat isterinya di dalam kebingungan.
“Arman, abang otw to Kuala Terengganu, hantar umi ke sana. Abang dah minta cuti sebulan dengan Babah. Arman tolong ya, Abang perlu masa dengan umi, sesiapa pun dia kepada Arman dan Lisa, dia tetap ibu yang lahirkan abang. Abang tak sanggup melihat umi sendiri kat sana,”
“Abang faham seseluruhan cerita, jadi abang minta maaf bagi pihak umi abang, semua kesakitan yang Arman dan Lisa tempuh. Maafkan umi ya,” mereka berdua mendengar suara Syed Adam bergetar.
“Abang, aku faham, abang jaga diri ya, kirim salam kat umi, aku tidak pernah berdendam dengan umi, saat Allah kembalikan ingatan aku, semua kesakitan aku pergi, yang aku rasa sekarang adalah bersyukur apabila Allah temukan aku dengan isteri aku,”
“Sayang ok? Nak say something kat abang Adam?,” Syed Arman menyentuh lembut pipi isterinya apabila melihat Nurlisa hilang di dalam dunianya.
“Abang Adam, Lisa juga minta maaf, apa sahaja yang berlaku dengan izin Allah. Terima kasih sebab terima Lisa kerja then protect Lisa juga. Lisa masih banyak nak belajar dengan Abang Adam. Lisa tunggu abang adam balik,”
Syed Arman memeluk isterinya kemas, dia tahu baik budi isterinya.
Mereka berpisah di telepon dan takdir memang sudah tertulis begitu.
“Jom, kita teman abang MRI dulu, ada banyak cerita abang nak cerita kat sayang,” Syed Arman menekan button hijau itu untuk memanggil nurse yang akan membawa mereka ke bilik MRI.
BERSAMBUNG

Share this novel

Acik
2021-06-15 18:40:22 

bila nak update..tak sabar nak tggu ceritanya...harap2 arman dan lisa boleh hidup bahagia...best sgt cerita ni..tiap² hari tertggu² next chapter...semoga happy ending

Syakira Ieyra
2021-06-14 21:11:08 

pls update

Acik
2021-06-13 19:23:52 

tq update..tapi x sabar nk tggu cerita seterusnya..harap² happy ending


NovelPlus Premium

The best ads free experience