Bab 78

Romance Completed 1280357

Suasana di luar bilik ICU itu hinggar bingar dengan keluarga Syed Awaludin yang menunggu di luar, mereka tidak di benarkan masuk oleh doctor yang bertugas.
Syed Arman sudah terduduk di sofa itu, wajahnya sangat tegang. Dia sudah tidak tertahan perasan untuk melihat isterinya, menyentuh isteri semasa isterinya sedang berperang dengan kesakitan.
Jiwanya sudah tidak keruan, dia seperti ingin menjerit dengan apa yang berlaku.
Di dalam kekalutan itu, dia mendengar suara adik perempuanya, yang sudah hampir seminggu tidak di temui.
“Abang, adik datang,” Sharifah Teha menerkam Syed Arman dan memeluknya kemas. Dia perlu memberi oksigen kepada abangnya di saat abangnya di dalam keperitan jiwa yang tidak terhitung.
“Adik minta maaf sebab lambat, adik ada masalah kat butik tadi. Adik minta maaf, abang jangan sedih, adik ada, adik akan pastikan semua ok,” suara itu bergetar, suara itu yang selalu memanjakan abangnya.
Syed Arman memeluk adiknya kemas, dia melepaskan tangisannya dan baju adiknya basah dek airmatanya.
“Uncle, I yang hantar Teha, sebab tadi I ada kat butik, and daddy on the way with mummy,” Eusoff menyalami semua orang di lobi ICU itu, termasuk Ammar Ziyad.
Tiada seorang pun yang bersuara, masing masing tenggelam di dalam kerisauan yang tiada bertepi.
“Kepala abang pening, tengkuk abang sakit. Abang rasa macam nak pitam,” suara Syed Arman itu dapat di dengar oleh semua di situ dan semua menerpa kepada Syed Arman.
“Teha, dudukkan Arman kat sofa, Abang panggil Doktor,” Syed Adam berlari keluar dari kawasan ICU dan menuju ke kaunter yang paling dekat.
“Eyad sakit kat mane? Ibu urutkan.. pusing belakang, ibu urutkan tengkuk,” Puan Embun membuka tas tangannya dan mencapai minyak zaitun yang sememangnya selalu berada di dalam tas tanganya.
Syed Arman mengikut cakap ibunya, memusing belakangnya dan jarinya pantas mengelap airmatanya.
“Something yang adik tak tahu ke? Siapa Aunty ni? Auty must be ibu to Abang Arman, right?,” Sharifah Teha lantas merendahkan badannya, dan menghulurkan tangan kepada Puan Embun.
“Yes, Ibu adalah Ibu to Abang Arman. Anak ni must be Sharifah Teha, kan?,” dia menyambut huluran tangan Sharifah Teha dan menciumnya.
Mereka berpelukan mesra, dan Puan Embun mencium pipi gadis manis itu.
“Cantinya ibu, Teha dah agaknya, Ibu must be cantik, because abang so perfect. Thanks ibu sebab masih sihat, abang missing you so much,” Sharifah Teha mengelap airmatanya, terharu dengan kemesraan yang dipamerkan oleh Puan Embun.
“Teha, ibu nak kenalkan seseorang kepada Teha, harap Teha dapat bertenang,” Puan Embun memangil Ammar Ziyad merapati mereka.
Ammar Ziyad berjalan perlahan ke arah mereka. Sebelum itu dia memandang Syed Arman dan Babahnya mendapat keizinan mereka.
Syed Arman memusing badannya, melihat ibunya mempamerkan kemesraan kepada adiknya. Dia berbangga melihat ibunya menjadi wanita yang hebat dan disenangi.
“Teha, ini ibu kenalkan Ammar Ziyad, adik kepada Arman dan abang to Teha. Sekarang di dalam adik beradik Teha menjadi 4 orang. Adam, Arman, Ammar then Teha. Ibu minta maaf kalau semua ni sangat mengejut pada Teha,” Puan Embun mengangkat Teha berdiri dan menyamakan kedudukan dengan Ammar Ziyad.
Ammar memandang adiknya yang sudah berlinangan air mata.
Sharifah Teha mencapai tangan abangnya dan mencium, lantas memeluk abangnya, kemas. Sekali lagi tangisannya berlagu di lobi ICU itu.
Dia tidak sangka, dia akan punya abang yang sempurna rupa paras seperti Syed Arman.
Allah Maha Mengatur, dia bersyukur.
“Allahukbar, Teha ingat last week abang ada datang butik kan? Beli baju kurung, that one for ibu ke?,” Sharifah Teha masih ingat pemuda yang menyerupai Syed Arman, datang ke butik dan membeli 5 helai kebaya labuh.
Kebetulan dia berada di butik, dan dia melihat pemuda itu asyik tersenyum padanya.
“Aah, abang datang untuk interview houseman kat HKL, teringat pada Teha, abang datanglah melawat. Buat la alasan nak beli baju, nanti Teha kata abang nak ngorat Teha pulak,” usikan itu mengundang tawa kepada mereka yang mendengarnya.
“Jadi ibu faham lah sekarang, Am beli baju untuk ibu sebab terpaksa lah ya, merajuk lah ibu. Nasib baik semua baju cantik, hebat anak dara Abang Awal, ada butik sendiri with design yang cantik. Alhamdulilah, anak Abang Awal semua hebat, saya rasa bersyukur,” Puan Embun memegang tangan Syed Arman dan mula memicit tapak tangan itu perlahan.
“Teha tak nak kenalkan jejaka yang datang bersama tadi? Siapa tu?,” Puan Embun berkata sambil tersenyum melihat pemuda yang sopan lakunya.
Sharifah Teha yang masih memeluk lengan Ammar Ziyad terus memberi respon kepada Puan Embun tanpa berfikir panjang.
“Ibu, kenalkan Andika Eusoff, anak kepada bff Babah, yang selama ni tolong Babah cari Ibu. Eusoff juga bff Lisa, and also cari Lisa juga since last week. He’s here today sebab Teha yang minta tolong dia hantar, kebetulan Eusoff datang ke butik tadi,” Sharifah Teha memandang Eusoff dengan senyuman paling manis.
Eusoff menyapa Puan Embun dan menundukkan badannya.
“Apa khabar Aunty? Gambar Aunty dalam lukisan masih sama. Daddy guna lukisan gambar Aunty untuk cari Aunty, tapi tak jumpa. Alhamdulilah, kemalangan yang menimpa Lisa sebenarnya jalan Allah buka untuk pertemuan hari ini. Tahniah Aunty sebab pertemuan ini dan I nak Aunty tahu, Arman membayar banyak pada Daddy untuk cari Aunty sampai jumpa,” Eusoff menjadi peramah apabila tersentuh melihat kasih sayang Puan Embun kepada Syed Arman.
“Terimakasih Eusoff, Aunty yang bersalah sebab menyorok dari mereka. Alhamdulilah for today,” Puan Embun masih mengurut tengkuk anaknya.
“Arman ok tak? Doktor kamu on the way datang. Adik bila sampai?,” Syed Adam menyapa adiknya yang kelihatan sangat gembira di kelilingi oleh abang abangnya.
“Aku tak nak gerak dari sini la abang, kejap lagi kalau Lisa bangun, kot dia panggil aku,” Syed Arman masih di urut oleh ibunya.
“Abang ingat tak that day adik cakap yang ada customer adik ada wajah macam Abang Arman datang butik, beli baju. Today he’s here abang,” Sharifah Teha menghampiri Syed Adam yang kelihatan tersenyum memandang adiknya.
“Pas tu adik nak cakap yang adik ada additional abang lah ni, lepas tu jangan nak nakal ya, ada ramai yang perhati adik ni, lepas ni duduk rumah jer, jangan nak lepak macam selalu,” Syed Adam mengusik adiknya, yang selama ini dia menyempurnakan tugasnya sebagai adik yang sangat baik.
Adik yang sangat baik, adik yang memastikan abang mereka tidak di dalam masalah..
“Boleh saya bercakap dengan keluarga Nurlisa? Nurlisa dah sedar, then dia nak bercakap dengan keluarga dia, sesiapa di sini yang bernama Melissa dan Edrus?,” suara jururawat itu memecah kegembiraan mereka yang sedang mengulit bahagia.
“Saya Melissa, her sister in law, did she’s awake?” Seorang wanita yang cantik berbangsa cina itu melintasi keluarga Syed Awal yang berada di lobi itu dah terus menuju ke pintu icu yang di jaga ketat oleh pihak security.
“I talked to Dr Chin just now and you are?” Melissa menghulurkan tangan kepada pemuda Chinese yang berdiri sebelah nurse di pintu ICU itu.
Keluarga Syed Awaludin berdiri dan merapati pintu ICU, termasuk Syed Arman yang mendahului mereka. Tangannya masih memegang kepalanya yang sakit.
“Yes, I’m Chin, Cik Nurlisa dah sedar. Dia request untuk berjumpa Melissa dan Edrus. She wrote your name here. She also mentioned Embun here. You guys can see her, but only 15 mins. Selepas itu, nurse akan block semua visitor for 3 days as per requested by Cik Nurlisa,” Doktor yang berkulit putih dan fasih berbahasa melayu itu mempamerkan senyuman yang boleh melegakan mereka yang menunggunya di luar.
“Cik Nurlisa di dalam keadaan baik, kami berjaya menjahit luka di dahi dan luka di belakang kepalanya agak dalam, sebab itu Cik Nurlisa lama di dalam operation room. Bahunya terseliuh, Cik Lisa juga kehilangan banyak darah. Nasib baik dia cepat di bawa ke hospital. Saya setuju untuk dia merehat selama 3 hari, dia boleh betul betul rehat. Saya masuk dulu,” Dr Chin beredar ke dalam di ikuti oleh Melissa.
“Ibu, Eyad nak ikut, she’s my wife. I need to see her ibu. Please….,” Syed Arman pertama kali menyebut isteri di depan orang lain. Dia tidak mahu berselindungi lagi.
Puan Embun memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang, dia faham erti di pinggirkan, dia faham erti menanti, dia faham erti sebuah penantian.
“Eyad stay sini dulu, ibu cuba bercakap dengan Lisa. Kita perlukan Lisa sembuh dulu. Itu lagi penting. Buat masa sekarang, emosi dia yang paling penting. Eyad kena sabar sikit lagi. Dia mungkin tak tahu Eyad dah ingat dia, jadi give her time,”
“Anak ibu anak yang solehah kan? Anak yang sabar, jadi Eyad stay here. Ibu jumpa menantu ibu sekejap,” Puan Embun memeluk anaknya kemas sebelum masuk ke dalam bilik ICU itu.
Sharifah Teha memandang Syed Adam, dia terkesima mendengar perkataan “WIFE” itu. Dia juga memandang Babahnya, selepas itu memandang Ammar Ziyad.
Mereka semua mengangguk sebagai menjawab kepada pertanyaan Sharifah Teha. Kelihatan Sharifah Teha kehairaan, kedutan jelas di wajahnya.
“Ibu, sampaikan salam Eyad, katakan Eyad ada kat luar,” suara itu tenggelam di sebalik pintu ICU itu.
Didalam mereka menunggu, terlihat seorang jejaka yang masuk ke kawasan menunggu itu.
Kedatangannya di sapa oleh Syed Adam.
“Edrus, Melissa already with Lisa,” Lelaki yang di panggil Edrus itu menyalami Syed Adam dan memeluknya mesra.
Dia kelihatan tertekan, terlihat jelas wajahnya yang kusut.
“Thanks Adam, I need to go, we talk later,” dia melangkah ke bilik ICU itu, meninggalkan Syed Arman yang terpinga pinga melihat abangnya menegur lelaki itu.
Dia dapat mengagak lelaki itu adalah Edrus, kerana dalam cerita perkahwinan mereka, isterinya pernah menceritakan perihal abangnya yang sangat menyayanginya.
Tetapi bagaimana Syed Adam boleh kenal Edrus?
*******************************************
Nurlisa membuka matanya, dia mendengar Melissa menyapanya.
“Adik, ada rasa sakit di mana mana tak?,” pertanyaan rutin yang biasa di tanya semasa Melissa merawatnya.
Nurlisa tersenyum memandang Melissa, dia mengangkat tangannya perlahan, memberi isyarat untuk dia menyalami kakak iparnya
“Adik minta maaf sebab kakak terpaksa datang ke sini. Sebelum adik operate tadi, Dr ada tanya adik, siapa yang adik nak jumpa selepas adik keluar dari OT, jadi adik cakap nak jumpa abang dan kakak, jumpa ibu. Tak sangka Doktor itu call kakak dan abang betul betul. Tak sangka kakak cepat sampai,” suara Nurlisa perlahan, sangat perlahan, sehinggakan Melissa terpaksa mendekatkan telinganya ke bibir Nurlisa.
“Its ok sayang, kakak pernah cakap yang adik adalah nyawa kakak dan abang. Jadi kakak perlu ada bila adik perlukan kakak. Kakak naik flight terus selepas dapat call. Don’t worry, kakak nak adik rehat, adik perlukan rehat, after adik baik nanti, kita cerita ya,” suara yang penuh kasih sayang itu menerpa lembut ke telinga Nurlisa.
“Ibu, maaf Lisa susahkan ibu untuk datang sini,” Nurlisa sedikit selesa apabila kepala katil itu di angkat sedikit tinggi oleh Puan Embun.
Puan Embun tersenyum apabila menantunya menyapanya, dia mengelap airmatanya, dia sebak melihat kepala Nurlisa di balut dan bahunya di ikat. Dia tahu tidak mudah denga napa yang di lalui oleh menantunya.
“Ibu, Lisa nak cakap sesuatu dengan ibu. Lisa minta maaf kalau susahkan ibu. Lisa betul betul minta maaf dengan apa yang Lisa nak cakap, dah seminggu Lisa fikir dan selepas apa yang terjadi, keputusan Lisa adalah muktamad. Lisa pun ada maruah, Lisa nak tak orang lain pijak maruah Lisa lagi,” suara itu perlahan, kedengaran sangat tegas, tapi penuh dengan emosi.
Puan Embun meramas tangan menantunya perlahan, dia tidak bercakap, cuma mengangguk hiba, buat masa ini, tidak sesuai untuk dia berbahas.
“Lisa nak ibu tolong Lisa registerkan pernikahan Lisa, lepas tu failkan fasakh kat pejabat agama, sebab kalau ikutkan talak dah jatuh lama dah, sebab Lisa tak pernah dapat nafkah pun. Lisa rasa tiba masa Lisa kena move on. Lama sangat dah Lisa tunggu. Lisa nak berehat,” suara itu jelas, dah Melissa juga mendengar dengan jelas.
Puan Embun dan Melissa saling berpandangan, mereka saling bergenang airmata.
Sebak kerana kesabarannya sudah sampai ke penghujung
Sayu kerana buat pertama kali, dia berfikir tentang kebahagiannya.
“Doktor kata mungkin Lisa kena stay di hospital lagi 3 hari, if more than 3 days, Lisa nak minta pindah ke hospital kat JB. Tak ada apa dah kat sini, jadi Lisa kena cari my own life. Lisa harap ibu faham,” air jernih mengalir deras dari pipi mulus Nurlisa.
Puan Embun masih meramas tangan itu perlahan. Kesejukan di bilik ICU itu tidak memberi sedikit pun ketenangan kepada mereka.
“Sayang, suami Lisa ada kat luar. Dia dah ingat semua tentang Lisa, tentang perkahwinan Lisa, tentang siapa Lisa, semua dia dah ingat. Ibu harap Lisa berehat dulu, berilah peluang kat Arman. Dulu dia tak ingat Lisa, that why dia buat Lisa begitu,” Puan Embun berkata satu persatu, hatinya gundah apabila mendengar suara tekad Nurlisa.
“Aunty, maafkan I Aunty, we shall discuss outside, for now, we should agreed with her, I tak nak Lisa stress. Let give her space dulu,” Melissa menyampuk dengan suara yang perlahan juga.
“Kakak, this time, adik nak buat keputusan sendiri and adik mohon kakak respect keputusan adik. Adik nak berpisah, adik penat dah, adik nak berehat,” Nurlisa menuturkan perkataan dengan perlahan matanya terpejam seolah olah dia memberi isyarat untuk mereka beredar.
Puan Embun dan Melissa memandang sesama sendiri dan mereka faham jiwa Nurlisa sangat penat. Dia faham kesabaran yang di pegang juga ada batasannya.
Mereka bangun dan mula beredar, terlihat Edrus menghampiri katil adiknya.
Melissa memberi isyarat untuk Edrus berdiam diri, tidak bercakap dan ikut mereka untuk beredar.
Airmata Nurlisa lebat mengalir, dia dapat mendengar derapan kasut Melissa dan Puan Embun, mereka sudah beredar.
Kini tinggal dia sendiri, diam mahu berehat. Dia mahu beredar daripada kehidupan yang menyesakkan.
Dia pasti, dia pasti dia juga berhak bahagia.
Dia sudah penat dengan ugutan Sharifah Sakinah.
Dia sudah penat menjadi halangan kepada jalan lurus orang lain.
Dia sangat penat.
Dia tidak lagi mahu memikirkan orang lain, dia harus memikirkan kebahagian dirinya.
Dia tidak terkejut apabila mendengar Syed Arman ingat semula, dia tidak mahu lagi kisahkan hal Syed Arman.
Dia tidak mahu lagi.
Normal manusia yang sempurna, kalau pun hilang semua deria, tidak mungkin Syed Arman boleh menyentuh maruah Sharifah Sakinah sedemikian rupa.
Dia masih ingat tangan sasa Syed Arman meraba tempat yang paling sulit kepunyaan Sharifah Sakinah dengan nafsu yang mendesah. Dia masih ingat kalau dia tidak datang, mungkin benih Syed Arman sudah tertanam di dalam rahim wanita itu.
Mungkin Syed Arman berfikir, maruah wanita itu murah, boleh datang dan pergi apabila tidak lagi memberi nikmat.
Syed Arman bukan jodohnya, dia pasti Allah mengatur jodoh yang hebat untuk dirinya.
Dia memejam mata, dia perlu concentrate kepada kesembuhannya. Dia sudah memberi tahu semua nurse dah doctor yang merawatnya, dia tidak mahu jumpa sesiapa sehingga hari yang ke3.
Dia perlu pulihkan dirinya jiwanya dan hatinya.
Dia yang merasa derita, dia yang merasa sengsara, dia yang merasa kesakitan, orang lain yang cuma melihat, mereka tidak merasa beratnya bahu yang menanggung.
*********************************
Mereka menunggu dengan penuh sabar apabila melihat Puan Embun, Melissa dan Edrus keluar dari bilik ICU itu.
“Puan, izinkan saya bercakap sekejap ya, maafkan saya,” Melissa yang kelihatan anggun dengan baju kurung putih itu membetulkan selendangnya.
“Saya Melissa dan ini suami saya, Edrus. Edrus adalah abang kepada Nurlisa. Saya teruskan ya, buat masa sekarang, Nurlisa tidak mahu berjumpa sesiapa, jadi saya nak kita semua memberi ruang kepada adik saya untuk berehat. Don’t worriers, doctor dan nurse akan menjaga Lisa sebaik mungkin,” Melissa berkata perlahan dan dengan penuh kesopanan, tapi terlihat jiwanya besar.
Matanya memandang tepat ke arah Syed Arman, lelaki yang sangat di cintai oleh Nurlisa.
Nurlisa juga hampir mati kerana lelaki ini.
“Syed Arman, saya bawa sesuatu yang di tinggalkan Lisa di rumah kami untuk suaminya. Suami saya dah pass to Syed Adam. Jadi you boleh ambik from him, and you boleh call us anytime if you have anything nak tanya. Saya dan suami akan tinggal di kondo Lisa selama 3 hari, sementara menunggu masa untuk bertemu Lisa, you boleh datang ke kondo untuk bertemu kami,” Melissa memandang Syed Arman sayu, birasnya itu yang kelihatan sangat terkejut.
Syed Adam menapak sedikit ke hadapan, apabila melihat adiknya menundukkan wajahnya sambil mengelap airmatanya.
“Arman, abang kenalkan, ini Edrus, abang kepada Lisa, satu satunya abang Lisa. Your brother in law,” Syed Adam memegang Syed Arman yang masih dalam kesakitan.
Tanpa menunggu lama, Syed Arman menghulurkan tangan kepada Edrus dan memeluk abang iparnya.
“I’m sorry for everything. I love her, I minta maaf untuk semua yang terjadi pada Sofea, I tak ingat, I tak tahu dia isteri I, im sorry,” suara Syed Arman bergetar, suaranya tenggelam di dalam tangisannya.
Edrus menepuk bahu Syed Arman perlahan, dia tahu Syed Arman tidak bersalah meninggalkan adiknya, tetapi dia masih percaya punca itu adalah daripada lelaki itu.
Tetapi dia harus berbaik dengan Syed Arman, kerana itu adalah cinta adiknya, buah hatinya adiknya yang adiknya perjuangkan bertahun tahun.
“Abang tahu semua ini bukan salah Arman, abang juga faham. Kita tunggu Lisa dulu ya, Arman bertenang dulu, abang tahu Lisa akan sembuh,” Edrus melonggarkan pelukannya.
Edrus memberi isyarat kepada Syed Adam untuk membawa Syed Arman ke sofa, dia melihat badan Syed Arman sangat lemah.
“Ed, this is my father, Syed Awaludin, adik lelaki I , Syed Ammar Ziyad, adik Bongsu I , Sharifah Teha. And ini ibu mertua Nurlisa, Ibu Embun,” Edrus menyalami setiap dari mereka, menyalami Puan Embun dan mencium tanganya tanda hormat.
“Ini Eusoff, kenalan kepada keluarga kami,” Eusoff menyalami Edrus seperti yang lain.
“Adam, carikan ibu hotel dengan Ammar ya, Babah rasa Arman kena stay kat hospital sebab Babah nampak Arman lemah. Biar doctor monitor Arman,” Syed Awaludin melihat anaknya yang sangat lemah, tangannya memegang kepalanya.
“Teha balik rumah ya, umi needs you. Maybe Teha kena stay dengan umi for one week. Sebab Babah dan Adam busy with all this. Teha tolong ya,”
Teha menganguk perlahan, dia sudah merancang untuk balik dan memeluk uminya. Uminya juga berhak di kelilingi oleh anak anaknya.
Puan Embun tersenyum manis apabila mendengar Syed Awaludin menyebut panggilan isterinya. Seperti sebelum ini, Syed Awaludin tidak pernah ingin melukakan isterinya.
Dia faham, dia sangat faham
BERSAMBUNG

Share this novel

QUEEN
2021-07-13 00:34:58 

Ammar sepatutnya adik Teha lah bah kan?

Nor Azlina
2021-05-02 08:50:42 

knpe lama xupdate...rindu arman n lisa

Linah Manguku
2021-04-30 15:50:55 

update plzzzz...


NovelPlus Premium

The best ads free experience