Bab 7

Drama Series 1874

Beberapa bulan kemudian, Rania melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Noor Riana Nazifah binti nadzmi..semua orang sangat menyayangi Riana, kerana kecomelan dan teletahnya yang pandai mengambil hati sesiapa yang melihatnya..

Dalam waktu Rania berpantang, puan Sri mawar memberi kontrak kerjasama kepada Nadzmi dan ayahnya untuk membina rumah perumahan di tanah yang baru dibelinya... Walaubagaimanapun, puan sri mawar tidak terlalu mempercayai nadzmi dan ayahnya...
Di rumah agam milik puan sri mawar

"sumayyah... Tolong panggilkan syamin.. Ada perkara yang perlu bonda disampaikan kepada dia"

"baik bonda"

Di bilik syamin

Bunyi ketukkan pintu dari luar

"masuk je la pintu tak kunci"

Puan sumayyah masuk..

"Syamin... Tengah buat apa tu?"

"ooo...umi.. Syamin baru siap kerja sekolah ni, tengah kemas²...kenapa umi? "

"rajinnya anak umi... Aaaa..lupa pulak umi... Nenda panggil syamin"

"aikk... Panggil syamin? Kenapa umi? "

"manalah umi tahu kenapa nenda panggil... Katanya ada perkara penting.. Tak pa la syamin pergi dulu..nanti nenda bising"

" tapi umi... "
" tak pa... Pergi saja.. Umi ada"
" betul ni..umi ada sekali.. Min bukan apa.. Min malas dengar nenda membebel disebabkan mulut orang.. Dia tu percaya sangat orang cakap"

"ye... Umi ada"

Mereka pun berjalan ke balkoni rumah untuk berjumpa dengan puan sri mawar...

"pergi laa syamin.. Umi tunggu sini"(berbisik)
"jom lah sekali umi"(berbisik)
"apa korang bisikkan tu.. Telinga nenda ni masih boleh dengar.. Syamin mari sini... Nenda masih makan nasi.. Tak pernah lagi makan org"

Dengan berat hati.. Kaki syamin melangkah ke nendanya, sambil menelan air liur..
" ye nenda... Ada apa panggil syamin"
"nenda nak syamin pantau projek perumahan di tanah baru nenda.."

"tapi nenda... Next week Syamin ada ujian speaking and listening sbb bulan 9 syamin exam akhir tahun... Lagipun syamin kena focus betul² next year syamin SPM... "

"Syamin..kamu sorang² lah anak lelaki tunggal dalam family ni.. Lagipun kamu ni harapan keluarga.. Abi kamu dah tak da.. Nenda sekarang dah 76 tahun semakin hari semakin bertambah usia.. Keputusan peperiksaan kamu mcm mana sekali pun, Harta yang nenda ada ni semua untuk kamu sekeluarga.. Jadi nenda harap syamin buat keputusan baik² la ye.. Kalau sekarang projek menguntungkan sampai nanti kamu dapat makan hasil..kalau projek rugi...rugi juga laa kita.. "

"tapi nenda..syamin masih tak layak nak pegang apa² projek.. Syamin masih lagi bersekolah.. Syamin pun masih umur 16 tahun...lagipun setahu syamin projek tu bawah abang long and ayah dia kan? "

"sebab tu la nenda nak kamu belajar sambil memantau semua tu... Umur kamu tak menjadi masalah..asal ada kemahuan untuk belajar buat sesuatu....ye projek tu memang di bawah abg long.. Tetapi nenda nak urusan keluar dan masuk duit under syamin.. Tapi..ikut syamin la... kalau syamin rasa org yg pernah larikan kakak syamin tu boleh dipercayai...syamin fikir la sendiri... Yang nenda tahu next year rumah perumahan tu dah dibuka untuk disewa"
Puan sri mawar bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya...

Syamin juga terpaksa akur dengan kehendak nendanya itu..

Di tepi kolam renang.. Syamin hanya termenung sambil memikirkan perkataan nendanya tadi..

Pov dlm hati..
"hmm... Mcm mna nak buat ni.. Kerja kursus tak boleh skip tahun ni, kelas tambahan tak boleh skip.. Boleh ke di usia muda aku yang baru 16 tahun ni urus projek mcm ni?..Adik² kecil lagi...kalau aku tak jadi contoh untuk adik² mesti umi kecewa.. "

Sementara itu...dania,fiesya dan shida berjalan ke arah kolam renang sambil bergelak tawa tentang kekeliruan guru kpd dania dan fiesya yang umpama kembar itu..

"ehh² korang... Tengok tu..dah kenapa abg min tu"-shida
"mna la aku tahu"- dania
"jom la sama² pergi tanya kot² dia ada masalah"-fiesya
"ehh... X nak lah... Bukan kau x tau kalau abg kau sorg tu badmood habis semua org kena marah" -dania
"mna la tahu kot² dia perlukan tempat untuk bercerita"-fiesya
"jom je lah.. Bukan kita ada salah dengan dia pun"- shida

"Abg min.. Nak join kitaorang tak? "- shida
"korang nak ke mana? "-syamin
"kitaorang nak ajar dania ni berenang.. Susah kalau pendek katik ni tak reti berenang asyik bising je kalau kitaorang pergi tempat dalam"-fiesya
"sekatik-katik aku.. Dulu² waktu korang kecik.. Aku dukung.. Ni korang dah besar.. Korang dukung aku pula dalam air"-dania
"ishhh... Bising la korang ni.. Aku ni dah la serabut.. Tambah lagi serabut bila korang datang"-syamin
"kitaorang cuma nak.... "-shida
"nak apa.. Berenang??... Korang tengok jam pukul berapa sekarang...dekat nak senja dah kan... Kenapa baru nak keluar berenang?? Karang hantu air tarik korang baru padan muka"-shamin
"hmm??????"-dania, shida, fiesya
"ni adik mana? "-syamin
"dekat dapur teman umi masak"- dania
"korang biarkan ja azra dekat dapur...korang tak ingat apa jadi 2 tahun lepas waktu azra umur 4 tahun"- syamin
"kita orang ingat... Sebab waktu tu.. Kitaorang balik sekolah kena tunggu di hospital dengan baju sekolah"-fiesya
"dah tu korang biarkan azra kat dapur mcm tu"-syamin
"jap² bila ehh.. Kenapa dania tak ingat pun"-dania
"dania mna ada... Waktu tu dania darjah 6 dan belum keluar dari asrama"- fiesya
Cerita dia mcm ni..(flashback)
Puan sumayyah sedang cuba memasak resepi baru... Puan sri mawar outstation selama beberapa hari... Dan pembantu rumah juga mengambil cuti untuk pulang ke kampung...azra yang ingin menolong uminya memasak mula memanjat kerusi dan mencapai pisau untuk memotong bawang... Alih² memotong bawang... Ibu Jari sebelah kirinya juga terhiris kerana dia tidak pandai menggunakan pisau... Azra menangis.. Puan sumayyah melihat darah bersembur di tangan azra semakin panik kerana luka itu mengenai urat darah azra... Puan sumayyah terpaksa menghentikan semua kerjanya untuk membawa azra ke hospital.. Dalam perjalanan ke hospital... Fiesya dan shida telefon untuk dijemput dari sekolah.. Sesampainya di hospital.. Azra dikejarkan ke ruang kecemasan kerana darahnya tidak berhenti... Sementara itu puan sumayyah terpaksa meninggalkan azra untuk mengambil fiesya dan shida..

-end flashback-
-"korang pergi ambil azra sebelum perkara buruk lain yang jadi"- syamin
-"yaa... Ok... Baik"-dania, fiesya dan shida..

Share this novel

Shuhada bahar
2021-12-05 17:35:08 

sorry guys....sis buzy dan idea blank nak sambung cerita ..

Shuhada bahar
2021-12-05 17:35:08 

sorry guys....sis buzy dan idea blank nak sambung cerita ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience