prolog

Drama Series 1874

Kringgg...kringgg...kringgg..
Jam loceng berbunyi menandakan sudah pagi. Selepas itu, alarm yang paling nyaring pon berbunyi...
" Rania, Syamin, Dania, Fatrisya bangun...bangunn..." - panggil Sumayyah kepada anak2nya..

Dengan spontan mereka berenam pun terjaga dari mimpi indah mereka.. Mereka bangun dengan malas untuk mandi. Datin Sumayyah masuk ke dalam biliknya kerana terdengar suara puteri bungsunya..
" Ata..ta..ta..ta...ta...( Adik tak pi sekolah lagi) ata...ta...ta...ta...ta...ta...( adik nak tidur) (Sambil menepuk bantal)-azra
"Yaa...adik tidurlah" - datin Sumayyah

Selepas bersiap dan bersarapan mereka berempat berangkat ke sekolah . Tiba masanya Datin Sumayyah membangunkan Shida untuk ke tadika. Shida bangun dengan senang hati kerana baginya itu ada lah hari terakhir sebelum cuti hujung minggu.
" Ummi, Shida sudah bangun la dari tadi" - Shida.

Shida pun bersiap-siap untuk ke sekolah, selepas bersarapan Shida pergi bersalaman dengan Umminya dan berjumpa dengan abbi nya yang sedang sakit itu, sewaktu dia ingin memasuki bilik abbinya, dia terdengar perbualan antara abbi dan neneknya tentang Dania.

"Mama, Dania tidak pergi sekolah lagi ke?
Tadi Din ternampak Dania ke biliknya. "

"Tak adalah, anak2 semua sudah kesekolah, tinggal Azra masih tidur... Tak perlu Din fikir banyak pasal anak-anak, Din banyakkan ingat Allah..."

Shida yang mendengar perbualan neneknya dan abbinya tu terus menuju ke pintu keluar dan berjumpa dengan Pak mad untuk dihantar ke taska.. Semasa dalam perjalanan itu, Shida masih terfikir tentang perkara yang dibualkan oleh nenek dan abbinya itu, itu membuatkan hatinya tidak tenteram dan merasa tidak sedap hati.

Setiba di taska, Shida turun , dan berjalan kearah taskanya,dia belajar dan bermain dengan kawan kawannya seperti biasa. Tiba waktu balik, Shida bermain dengan kawan-kawannya, tiba2 Pak mad datang kearahnya.. tidak seperti biasa, hari ini Pak mad datang awal untuk menjemputnya...
Sepulangnya dirumah terlihat abbinya sedang terbaring di ruang tamu rumah dengan lemah dan Azra menangis semahunya sehingga Deman.. Pak mad keluar semula untuk mengambil adik beradik yang lain..

Setibanya adik beradik yang lain dirumah, Ummi menyuruh kami untuk mandi. Setelah mandi Rania menyedok makanan kedalam pinggan untuk dimakan bersama adik beradiknya. Tiba2 Ummi datang meminta kami untuk makan di halaman belakang rumah.

Setelah beberapa suap, kami terdengar teriakan dari dalam rumah.
" Itu suara ummi kan? tanya Syamin"
" Sekejap, biar kakak lihat apa yang terjadi didalam rumah... kata Rania "

Tidak lama kemudian, Rania bersama Datin Sumayyah muncul dihalaman belakang dan memberitahu mereka bahawa Dato' Nordin sudah meninggal.

"Abi dah meninggal" kata Datin Sumayyah sambil mengelap air mata.

"Abiiiii!!!!" kata mereka serentak sambil menahan sebak kecuali Syamin yang hanya terkedu dan mengawal riak wajah.

"Kamu berlima pergi bersiap...sebentar lagi orang masjid akan datang" kata Datin Sumayyah lagi..tiba² terdengar suara teriakkan dari Azra yg demam panas dari bangun tidur tadi.. segera Datin Sumayyah bergegas menuju ke bilik anak bongsunya..

Selepas menukar pakaian yang bersesuaian, kami kembali ke sisi abbi, Shida yang kurang faham tentang apa yang terjadi hanya memandang sambil bertanya beberapa soalan kepada kakak-kakaknya dan Umminya...
" Abbi sedang tidur ke? - tanya Shida kepada Fatrisya.."
" Usssh, abbi bukan tidur Shida , abbi sudah meninggal, sudah mati- jelas Fatrisya kepada Shida."
"Tapi...."
" Shida baca fatihah ya ke abbi.." kata datin Sumayyah kepada Shida untuk menghentikan soalan2 yang ditanya oleh anaknya tu. Shida hanya memandang dan mengganggukkan kepalanya sahaja..

Urusan memandi dan mengkafan jenazah Dato' Nordin dilakukan sepenuhnya oleh pihak masjid berdekatan kediaman kami.

Setelah selesai solat jenazah..orang-orang masjid serta kaum kerabat membawa jenazah Dato'Nordin ke perkuburan berdekatan diketuai imam masjid, syamin serta Shida..

Selepas pengebumian dan bacaan talkin, kami semua bergerak pulang kerumah. Pada malam

hari, selepas majlis tahlil, Azra menangis sambil menunjuk ke suatu arah
" Mi, bi..bi..bi.." ( ummi, abbi,abbi,abbi ) - Azra.
" Azra tidur la, abbi tiada disini" (sambil menahan sebak) - datin Sumayyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience