BAB 6

Romance Completed 7691

Sebaik pintu dibuka aku berlari-lari anak meninggalkan Nubhan yang masih terkial-kial membetulkan beg galasnya yang tersangkut di tombol pintu. Aku menarik nafas lega kerana dapat duduk di kerusi yang paling hadapan. Aku kosongkan satu kerusi khas untuknya. Seketika kemudian, dia menghampiriku dan menghadiahkan senyuman tanda berterima kasih atas jasa baikku dan terus menghenyakkan tubuh kurusnya ke atas kerusi separa empuk itu. Kami memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu. Sebaik kuliah itu berakhir, sekali lagi kami bergegas untuk ke kafeteria. Tidak tahan lagi perutku menahan lapar.

Aku memesan sepinggan mee goreng dan segelas jus oren sebagai kudapan merangkap sarapanku pagi itu. Nubhan di sebelah hanya tersenyum sambil memerhatikan tingkah lakuku yang seperti budak kecil yang kelaparan. Dia juga memesan hidangan sama sepertiku.

Sementara menunggu makanan kami siap, kami duduk berdekatan kaunter bayaran. Selepas beberapa minit, makanan kami siap dan kami segera membuat bayaran dan berjalan beriringan menuju ke sebuah gazebo berhampiran kafeteria itu. Lebih mudah makan di situ daripada bersesak-sesak di meja makan. Kami berbincang-bincang tentang topik baru yang diperkenalkan sebentar tadi oleh Puan Roslina.

Selain itu, kami juga berbincang serba sedikit tentang topik yang akan dibincangkan pada kuliah kedua nanti. Usai berbincang, aku membatukan diri tanpa sebutir bicara. Hal ini membuatkan Nubhan memerhatikanku kehairanan.

Sebenarnya, aku sedang menyusun bicara untuk meminta bantuan Nubhan menumpangkan aku menjemput Abang Ikhwan di airport petang nanti.

"Lya, kenapa kau tiba-tiba diam aje ni? Tadi bukan main banyak mulutnya kau bagi pendapat? Ada masalah, ya? Yang mana kau tak faham, Lya? Mari aku jelaskan lagi pada kau!" Soalnya bertalu-talu.

"Sebenarnya, aku nak minta tolong benda lain, Nubhan." Aku bersuara memecah kesunyianku.

"Aku nak minta tolong kau tumpangkan aku jemput abang aku di airport petang karang lepas habis kuliah terakhir hari ni. Boleh tak, Nubhan?" Sambungku lagi.

"Sudah tentu, boleh, tak jadi masalah bagi aku. Lagipun, kereta kau kan rosak? Aku sedia membantumu, Lya!"

Dia menjawab sambil tersenyum manis. Legalah hati ini bila dia sudi membantu. Setelah habis menjamu selera, kami teruskan hari kami dengan kuliah kedua untuk hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience