BAB 18

Romance Completed 7691

Aku tatap gambar yang aku ambil 12 tahun yang lalu bersama Nubhan. Kemudian aku capai sebentuk cincin pemberian Nubhan semasa kami memadu kasih yang terletak di dalam sebuah kotak barang kemas dan menyarungkan ke jari manisku. Aku meletakkan kembali gambar tadi ke dalam diari peribadiku dan meletakkan semula diari itu ke dalam kotak yang aku khaskan untuk menyimpan barangan-barangan peribadi.

Tiada sesiapa aku benarkan membuka kotakku termasuk suamiku sendiri. Terlalu peribadi kandungannya. 10 tahun kami menjalani bahtera kasih, tapi tiada satu pun rahsia cinta lamaku yang sampai ke pengetahuan suamiku.

Malah mama, ayah dan abang Ikhwan juga tidak pernah tahu mengenai kisah cintaku dengan Nubhan suatu ketika dahulu. Biarlah ia kekal menjadi rahsia bagi mereka. Biarlah aku seorang yang tahu. Rahsia ini akan terus kekal menjadi rahsia. Lantas, aku membawa kotak rahsiaku itu ke belakang rumah dan membakar kotak itu agar rahsia ini tidak akan terdedah. Aku tersenyum puas dan berlalu dari situ.

Rifqi masih belum pulang dari tempat kerjanya. Ah, baru jam 5 petang, sebentar lagi baliklah tu. Aku bersuara sendiri. Kemudian aku berkejar ke dapur untuk menyediakan makanan untuk dijamu kepada Rifqi setelah dia pulang dari tempat kerja.

Dari dapur, dapatku lihat kotak yang aku bakar tadi sudah tiada lagi. sudah hangus dimakan api. Selepas beberapa ketika, aku telah siap memask bihun goreng untuk juadah minum petang suamiku. Pasti dia sudah lapar.

"Assalamualaikum! Lya, abang dah balik!"

Rifqi melaung dari ruang tamu. Aku bergegas dan menymbut kepulangannya dengan saru kucupan di tangannya dan aku mempelawanya ke dapur untuk menjamu selera. Dia tidak menolak kerana katanya dia seemangnya sangat lapar.

"Lya, terima kasih untuk semua kebahagiaan yang kita bina bersama selama ini. Abang sangat bertuah memiliki Lya sebagai isteri abang."

Kata Rifqi dan satu kucupan singgah ke dahiku. Aku tersenyum dan turut menghadiahkan kucupan ke pipinya. Cintaku kini hanya kepada Rifqi. Cinta pada Nubhan sudah lama terkubur. Sudah tiada ruang untuk dia di kamar hatiku ini. Hanya ada satu nama, dan dia memenuhi seluruh kamar ini, si pemegang kunci kamar hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience