SELAMAT BERKENALAN

Mystery & Detective Series 414

Aku terasa seakan ada angin yang bertiup di belakang dan aku terasa seakan ada seseorang yang sedang memerhati.Aku dengan cepat menoleh ke belakang untuk memastikan tiada ada apa-apa apabila aku menoleh ke belakang.

Alangkah terkejutnya aku ketika ada seorang yang badan nya tidak terlalu tinggi kurus dan wajah nya agak lesu mata orang itu tepat tertuju ke arah aku.

Ketika itu aku tidak boleh mengerakkan badan dan mulut aku seakan terkunci dan orang itu terus mendekat ke arah aku.Aku masih berusaha untuk menggerakkan badan tetapi tidak berjaya dan orang itu semakin dekat dan akhirnya aku jatuh pingsan.

Ketika aku sedar aku telah berada di atas katil aku hairan apakah kejadian tadi hanya mimpi atau memang terjadi.Kerana kejadian itu hanya sekali imbas sahaja tetapi aku tahu mahu menakutkan diri sendiri jadi aku hanya berfikir itu hanyalah mimpi.

Ketika aku sampai di surau untuk melaksanakan solat Isyak aku didekati oleh Aiman.

"we Syafiq"Aiman memanggil

"Ada apa Aiman"jawap saya

"Kau dah berjumpa ke dengan budak tu?"Tanya Aiman

"ohhh belum"jawap saya

"ohhh ok lah jangan lupa kelas esok"Sambil Aiman meninggalkan saya

"ok bye"jawap saya Sambil berjalan ke arah bilik

Ketika aku membuka pintu bilik aku terlihat seseorang sedang membaca buku di atas katil.

"ohhhh budak ni ke yang Danish dan Aiman maksud kan"Cakap saya dalam hati

Pada awalnya saya mahu mengendahkan sahaja orang itu tetapi saya melihat diri nya tidak lah menyeramkan saya pun memberanikan diri untuk menegur orang itu.

"Hai assalamualaikum buat apa tu?"Tanya saya sambil tersenyum

Orang itu hanya memandang saya sekali sahaja lalu dia meneruskan membaca buku yang dipegangnya.Ketika itu keadaan menjadi akward saya berjalan ke arah katil dengan perasaan malu yang amat.

Saya agak sakit hati dengan dia saya cuma mahu memperkenalkan diri sahaja tetapi dia balas dengan hanya berdiam diri."Baik lah esok aku akan mencari lagi maklumat tentang budak Mesteri tu"kata aku dalam hati.

Pada keesokan harinya aku bertanya kepada Aiman tentang budak Mesteri itu dan Aiman mula membuka cerita.

"Budak tu dia selalu duduk dalam bilik jarang keluar tapi dia ada satu pendamping yang akan memberi tahu tentang semua perkara yang berlaku di asrama"

"Ada bukti ke tentang pendamping budak tu?"Tanya saya

"memang tak ada bukti tentang pendamping dia tapi kau bayangkan lah hampir semua perkara seakan-akan dia tahu"Jawap Aiman

"Apa pekara yang dia tahu sangat tu?"tanya saya dengan serius

"Tahun lepas koperasi asrama duit hilang semua orang pelik semua orang tak tahu macam mana orang boleh curi duit tu tapi budak Mesteri tu sekali je dia masuk bilik koperasi terus dia tahu siapa yang ambil duit tu semua terkejut termasuklah guru-guru dan warden"Aiman menceritakan kejadian

"Uishhh hebat betul"Kata saya dengan kagum

"bukan tu je dia pernah menagkap seorang pelajar yang membakar makmal sains masa tu cikgu sendiri pun pelik macam mana dia boleh tahu pekara yang macam tu padahal semua cikgu tak dapat apa-apa petunjuk tentang kejadian tu"

"Memang misteri lah budak tu"kata saya dengan takjub

Aku berpisah dengan Aiman kerana pada petang itu Aiman ada perlawanan bola sepak maklumlah atlet sekolah.Saya berjalan mengitari sekolah kerana tidak semua tempat saya sudah pergi kerana sekolah berasrama ini agak besar.

Ketika saya sedang berjalan saya terlihat budak misteri tu sedang duduk di sebuah kerusi di tepi padang.Saya mahu mengabaikan budak itu tetapi saya tidak sanggup melihat dia seorang dia seakan-akan tidak mempunyai kawan saya pun mendekati budak itu dan mula menyapa.

"halo buat apa itu?"Kata saya dengan ramah

Pada mulanya budak itu memandang ke arah saya.Saya mula merasa menyesal kerana perasaan malu semalam akan terjadi lagi.

"berfikir"Jawap budak

Aku merasa lega kerana perkara yang saya fikirkan tidak menjadi.Aku mula bertanya tentang latar belakang kepada budak itu

"Nama siapa?"tanya saya

"Ammar"Jawap nya

"Kau asal mana Ammar?"tanya saya lagi

"Perak"

Aku terdiam kerana kebingungan semalam punyalah sombong tapi hari ni ok pulak bercakap.Aku bertanya kepada Ammar tentang semalam.

"Ammar kenapa semalam kau diam je masa aku tanya kau aku ada buat salah ke semalam"

Seketika Ammar memandang ke arah saya lalu berkata

"Kau bodoh ke"

Aku terdiam mendengar perkataan menghina itu lalu Ammar sambung bercakap

"Dah terang-terang aku tengah baca buku boleh kau tanya buat apa memang malas lah aku nk jawab"kata Ammar

Aku terdiam seribu bahasa mendengar kata Ammar tersebut seakan mengejek aku dan menyebut diri ku bodoh.Kemudian Ammar berdiri lalu pergi meninggalkan tempat tersebut aku sangat geram dengan sikap Ammar tersebut pada waktu itu aku hanya mahu menegur dia tapi malah aku di bilang bodoh.

Aku berharap supaya tidak lama sebilik dengan dia yang tak tahu cara bersosial

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience