"Sila masuk ke bilik no 7 tingkat 3 di blok A ye" itu lah bilik yang bakal aku duduk selama di asrama ini.Aku Syafiq seorang murid yang baru berdaftar di asrama ini ayah aku seorang polis yang selalu berpindah randah tempat bertugas aku juga selalu bertukar tempat belajar dari satu asrama ke asrama yang lain.
"Assalamualaikum" suara seorang menyapa
"Waalaikumussalam" jawap saya
"Murid baru ke di asrama ini ke " Tanya dia
"ye saya baru masuk ke asrama ini"jawap saya
"Ohhhh nama saya Aiman saya murid tikatan 5 di asrama ini jika ada masalah atau pertanyaan boleh minta pertolongan Saya"kata Aiman dengan ramah
"Nama saya Syafiq saya juga murid tikatan 5 jika tidak keberatan boleh tunjuk kan saya di mana bilik no 7 di di tingkat 3 blok A? tanya saya ke Aiman
"Aaaaa no 7 tingkat 3 blok A"Tanya Aiman dengan muka yang pucat
"Ye no 7 tingkat 3 blok A kenapa ye" tanya saya dengan kahairanan
"ohhhh tidak ada apa-apa kamu cuma lurus sahaja hingga hujung blok ok bye" jawap Aiman dengan tergesa-gesa dengan wajah yang pucat
pelik aku dengan tingkahlaku Aiman tidak sempat aku mengucapkan terima kasih dia sudah pergi dengan tergesa-gesa.Tapi tidak mengapalah setidaknya dia telah memberi ku arah ke bilik ku.Beberapa minit kemudian aku telah sampai ke bilik ku aku membuka pintu sambil memberi salam.
Pekara yang pertama aku lihat ialah di bilik ini hanya ada dua katil sahaja pada ketika aku tidak terlalu memperdulikan keadaan bilik kerana waktu solat zohor hampir tiba.Aku tidak mahu melepaskan peluang ini untuk berkenalan dengan pelajar di asrama ini.Aku terus menyusun barang ke dalam loker dan bersiap untuk melaksana ibadah solat.
Azan sudah berkumandang aku terus bergerak ke surau ketika aku mahu keluar dari bilik tiba-tiba seorang menyapa aku.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawap aku
"kau buat apa di sini" tanya seseorang itu
"ini bilik saya" jawap saya
"kau biar betul" tanya seorang itu dengan tegas
"betul lah ini bilik saya baru pindah ke asrama ini"jawap saya
"jom kita ke surau cepat" sambil menarik tangan saya
Aku mula merasa pelik kenapa dia seakan-akan tidak mahu berlama di depan bilik itu.Aku sampai ke surau agak lambat sewaktu aku sampai di surau solat berjemaah telah di mula aku terus masuk ke saf dan terus solat bersama.Setelah selesai solat dan bacaan doa orang yang menarik aku tadi mula bertanya sekali lagi apa betul bilik itu bilik saya yang di beri oleh pihak asrama.
"woi budak baru betul ke bilik no 7 tu bilik kau"tanya orang itu
"betul warden asrama yang menyuruh saya duduk di bilik itu"jawap saya
"oiii Denish kau sembang apa tu dengan Syafiq"Tanya Aiman yang baru tiba
"wei kau tau tak dia ni duduk kat bilik budak Mesteri tu doh"sambil menunjuk ke arah aku
"tau aku yang tunjuk jalan kat tadi"jawap Aiman
"lah kenapa kau tak halang dia untuk masuk"tanya Denish ke Aiman
"sekejap boleh korang terangkan tak kenapa dengan bilik yang saya duduk ni"tanya aku dengan penuh tanda tanya
"sebenarnya Syafiq roommate bilik kau tu Mesteri sikit dia tak banyak bercakap tapi dia seakan tahu semua pekara kat asrama ni"jawap Aiman
"sebab tu lah aku tarik kau cepat-cepat sebab aku takut pendamping dia marah aku lama lama di depan pintu bilik"jawap Denish
"korang biar betul"tanya aku dengan ketakutan
"ok lah aku ada urusan ni aku pergi dulu tau"kata Aiman
"Aku pun sama lah ada urusan bye Syafiq" kata Denish
Aku seakan-akan terkaku apa bila mendengar pakara yang mereka berkata seperti itu.Sepanjang perjalanan ke bilik aku selalu banyang kan bagaimana mana rupa budak Mesteri yang disebut kan oleh Aiman dengan Denish tu .Tidak terasa aku sudah tiba di depan bilik tangan aku bergetar ketika mahu memulas tombol pintu tapi aku cuba melawan rasa takut dengan berfikir positif yang mereka cuma mahu bergurau dengan aku.Aku pun kuat kan semangat memulas tombol pintu dan tiba tiba.
Share this novel