"Sha, mama nak tanya sikit dengan Sha, boleh ke?"
"Eh eh ma, dah kenapa pulak minta izin Sha bila nak tanya soalan ni? Tanya je la. Apa dia ma?"
Tak pernah pernahnya mama minta izin kalau nak tanya soalan. Ni dah kenapa pulak tetiba je ni?
"Hmmm. Sha dah putus dengan Kimi ke?"
Nak tercabut jantung aku. Mama dah tahu ke pasal aku dengan Kimi? Siapa pulak bagitau ni?
"Kenapa mama tanya macam tu?"
Aku cuba nak mengelak sebab aku tak sedia lagi nak bincang pasal ni.
"Cuba Sha jujur dengan mama. Kimi dah jelaskan semuanya dengan mama. Dia call mama semalam. Dan explain semua yang berlaku. Pasal dia dengan family dia nak pindah ke UK. Mama dah tau semua tu Sha. Tapi kenapa Sha tak bagitau mama?"
"Oh, jadi Kimi dah bagitau mama la ye? Bagusla. Jadi Sha tak perlu susah susah nak jelaskan semuanya. Sha tak ready lagi nak bagitau dengan mama. Sha tak tau nak explain macam mana kat mama dengan ayah."
"Sha, mama tau susah untuk Sha percaya Kimi akan tinggalkan Sha. Tapi Sha kena belajar terima hakikat."
"Apa mama merepek ni? Sha ok je la."
"Ok? Habistu kalau Sha betul betul ok, kenapa Sha nangis sampai lewat malam semalam?"
"Ma, pleasela. Memang Sha nangis semalam. Tapi Sha takkan nangis lagi untuk hari ni, esok dan seterusnya. Sha dah ok dah."
"I know you so well Sha."
"No ,you're not ma. I'm strong girl. Mama je yang tak tau Sha ni kuat. Sha tak lemah, ma."
"Sha, kamu masih muda lagi. Mama tak halang kalau Sha nak bercinta selagi tak melampaui batas. Tapi Sha kena ready ambil risiko. Jatuh cinta bermaksud Sha dah sedia nak sakit hati, nak ambil semua risiko dalam percintaan."
"Mama tak perlulah nak explain semua tu. Sha dah cukup faham dah."
"Bagusla kalau Sha dah faham. Mama nak Sha fokus dengan kehidupan Sha lepasni. Perjalanan Sha masih panjang lagi."
---------------
Lega sikit sebab dah hilang satu beban iaitu cara macam mana nak bagitau mama yang aku dah putus dengan Kimi. Ok, kau dah jalankan tanggungjawab kau dah Kimi.
To be honest, aku memang masih sayang Kimi. Tipula kalau aku kata aku dah takde perasaan dekat dia. Takkan secepat dan semudah tu aku boleh lupakan dia.
Aku rasa nak nangis lagi kalau ingat kenangan kitorang. Dia janji nak bawa aku pergi Korea. Dia pernah cakap dia tak pernah sayang orang lain sama macan dia sayang aku. Tapi at last, kitorang putus macam tu je.
Aku ingat dia orang yang akan jadi cinta pertama dan terakhir aku. Rupa rupanya, tak. He is just my first love, not my true love. Kata nak sampai jannah, tapi ni. Sampai sini je? Huhhhh....
Sabarla wahai hati...
Share this novel