BAB 2

Romance Completed 1165

"Wira, pukul 10.30 nanti pergi airport ambilkan Ikhwan. Bawa dia balik
dulu. Nanti baru bawa datang sini."

"Baiklah, Datin." Awira membalas pendek. Datin Laila melangkah masuk ke
dalam hospital. Berpandukan gambar, dia mencari anak majikannya.

"Encik Ikhwan?" dia bertanya pada lelaki yang berwajah mirip dalam
gambaq di tangannya.

"Who are you?"Eh, cam kenal je... Speaking la pulak. Awira mengenali
pemuda itu. Mereka pernah bertemu semasa hari pertama dia datang ke
Kuala Lumpur.

"Saya driver Datuk Hisham. Datin..."

"Ambil beg ni." ikhwan bergegas menuju ke kereta.

Kedua-duanya membisu hingga tiba di banglo milik Datuk Hisham.

"Assalamualaikum... Mama, papa... Wan dah balik ni." ujarnya gembira.

"Encik berehatlah dulu. Nanti saya minta Mak Biah siapkan makan tengah
hari." Awira melangkah ke dapur.

"Mana semua orang?" soal Ikhwan hairan. Awira tidak mempedulikan pemuda itu.

Sebelah petangnya, Awira membawa Ikhwan ke hospital seperti yang di
janjikan.

"Kita dah sampai Encik. Marilah saya bawa encik ke dalam."Awira berjalan
di ikuti Ikhwan dari belakang. Pintu wad 20 di buka dari luar. Ikhwan
terpaku memandang tubuh yang terlantar di situ.

"Papa! Apa dah jadi pada papa?" di memandang satu persatu wajah mereka
di situ.

"Papa kena heart attack di pejabat 2 hari lepas. Nasib baik Awira ada
masa tu. Dia yang bawa papa ke sini."

"Kenapa tak bagi tahu Wan?"

"Sudah la Wan. Papa dah okey. Lagi pun, papa tak nak Wan risau. Kerja
Wan kat sana tak boleh tangguh."

"Tapi macam mana kalau sesuatu terjadi dekat papa...?" Jelas kerisauan
terpancar di wajahnya.

"Papa dah boleh balik esok. Jangan risau lagi ya..." ujar Datuk Hisham
menepuk bahu anaknya lembut.

Tamat waktu melawat, Ikhwan dan pembantu rumah mereka beredar pulang.
Awira segera menghidupkan enjin kereta tika.ternampak anak majikannya.

"Encik. Terkejut saya. Kenapa tak tidur lagi?" Awira menoleh seketika.

Ikhwan tidak bersuara. Air di teguk laju. Dia masuk ke biliknya semula
selepas minum air. Awira hanya menjungkit bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience