BAB 6

Romance Completed 1165

Ikhwan termenung. Jauh. Permintaan mama dan papanya membuatkan dia resah
sendirian. Ikhwan memandang Awira. Dia tidak mengerti perasaannya. Mana
mungkin aku jatuh cinta dengan dia. Dia macam aku jugak. Sudah banyak
kali dia berfikir, tapi buntu.

“Wira, kalau awak ganti tempat saya boleh?”

“Ganti tempat apa encik?”

“Awak kahwin dengan Keisya.”

“Hah? Kahwin dengan Keisya? Encik dah gila ke? Mana boleh saya kahwin
dengan Keisya tu…” tak masuk akal betul. Ada pulak suruh aku ganti
tempat dia dengan Si Keisya tu…

“Saya tak suka dengan dia.”

“Kenapa?”

“Entah la. Saya Nampak dia macam control cun je. Saya tak tahu nak cakap
macam mana.” Awira menahan geram. Suka-suka je dia kutuk aku.

“Kenapa awak ni? Nampak marah aja.”

“Tak baik encik cakap macam tu. Kalau satu hari nanti encik terlebih
jatuh cinta dengan dia macam mana?”

“Jatuh cinta? Dengan Keisya? Saya lebih suka awak dari dia.” Awira
terkedu. Ikhwan juga terkedu dengan bicaranya. Dia menampar mulutnya
beberapa kali.

“Encik suka saya? Merepek aja lah. Saya ni lelaki. Encik lupa ka?” Awira
ketawa sendiri. Hakikatnya, dia tersentuh dengan ayat itu.

“Jomlah kita balik. Saya nak berehat.” Ikhwan menuju ke kereta.
Meninggalkan Awira di situ.

Ikhwan menggeliat beberapa kali. Tekaknya terasa haus. Dia melangkah ke
dapur. Dia ternampak bayang seseorang. Keisya? Apa dia buat kat sini?
Macam mana dia boleh ada dalam rumah ni pulak?

Ikhwan mengintai dari balik pintu. Di lihatnya gadis itu meninggalkan
dapur menuju ke bilik Awira. Terlopong Ikhwan tika itu. Ikhwan tidak
meneruskan niatnya untuk minum. Dia masuk ke bilik nya dan merancang apa
yang perlu dia lakukan esok.

Selepas Awira menghantar Ikhwan ke pejabat, lelaki itu mengambil teksi
pulang ke banglonya semula. Dia ingin mengetahui apa hubungan antara
Keisya dan Awira. Apabila memastikan semua orang tiada di rumah. Ikhwan
masuk ke bilik Awira. Dia terkejut melihat sepasang telekung dan sehelai
sejadah tergantung di rak. Dia membuka pintu almari pakaian pula. Banyak
pakaian lelaki dan beberapa helai pakaian perempuan. Ikhwan masih tidak
berpuas hati. Di membuka laci yang di kunci. Ternganga mulutnya
seketika. Pakaian dalam perempaun! Apa makna semua ni???

Ikhwan terduduk di atas katil. Dia ternampak rak buku. Novel? Dibelek
satu persatu. Sebuah fail biru menarik perhatiannya. Dia melihat isi
nfail tersebut. Bulat matanya melihat sebaris nama itu. Ikhwan membuka
halaman seterusnya. Dia termenung seketika.

Awira yang hendak masuk ke biliknya kaku tika melihat pemuda itu berada
dalam biliknya. Lama. Ikhwan melangkah keluar meninggalkan rumah itu.
Awira menghempas dirinya ke katil. Dia dah tahu ke?

Hampir sebulan Ikhwan meninggalkan rumah itu. Dia rindukan keluarganya.
Juga ‘drivernya’. Datuk Hisham dan Datin Laila menyambut kepulangan anak
kesayangan mereka dengan gembira. Salah mereka kerana merahsiakan siapa
Awira dan Keisya sebenarnya.

Sudah beberapa jam dia sampai di rumah. Malangnya kelibat Awira tidak
kelihatan. Dia hampa. Hendak tak hendak di Tanya juga pada papa dan mamanya.

“Mama, Wira mana?” soalan Ikhwan mengejutkan mereka. Datuk Hisham dan
isterinya berpandangan.

“Wira dah berhenti. Katanya nak sambung belajar.” Berhenti? Ikhwan
terperanjat. Dia kecewa. Lantas mengambil keputusan untuk berehat.

“Ikhwan, kenapa ni?”

“Papa? Belum tidur lagi?”

“Wan teringatkan Wira ke?” ikhwan mengganguk perlahan.

“Papa… Wan dah bersedia nak kahwin. Boleh papa pinangkan Wira untuk
Wan?” Datuk Hisham tersenyum dan menggeleng.

“Kenapa?” soalnya hairan.

“Wira dah bertunang dengan pilihan keluarga dia. Lagi 3 bulan dia akan
kahwin.” Jawapan itu membuat Ikhwan tersenyum pahit. Dia pasrah andai
bukan jodohnya dengan gadis itu.

“Wan tak nak tahu ke siapa tunang Wira?” ikhwan tunduk memandang lantai.

“Siapa?” suaranya perlahan.

“Ikhwan Farizal. Anak kesayangan Datuk Hisham dan Datin Laila tu…”
pantas kepalanya di angkat apabila mendengar papanya ketawa.

Ikhwan memeluk erat tubuh itu dan mengucapkan terima kasih.

“Kat papa aje ke?” Datin Laila menyampuk. Ikhwan mendapatkan mamanya
pula. Mereka berpelukan seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience