Zahar,adalah seorang remaja yang berumur 15 tahun.Zahar mempunyai dua rakan karib iaitu Rafi dan Amin.
Sebuah kisah misteri tentang kehidupan Zahar yang sudah sekian lama dipendam oleh Zahar .
Kringg!! Kringg!! Jam loceng sekolah berbunyi menunjukkan waktu rehat.Semua murid berlari pantas untuk pergi ke kantin.Ada yang sudah cop tempat,ada yang beratur beli air dan macam macam lagi .
"Wei ,Zahar kau nak beli apa kat kantin hari?tanya Rafi."
Haah lah,Rafi .Kau nak beli apa kat kantin,jangan kata pulak kau taknak rehat harini,kata Amin ".
"Aku..... malas lah pulak nak pergi kantin harini.Lagipun aku nak berjimat lah.Nak beli telefon baru.Kan telefon lama aku rosak,jawab Zahar ragu-ragu".
Rafi dan Amin menggelengkan kepala selepas mendengar penjelasan Zahar.Rafi dengan Amin tahu benar dengan kawan baiknya,Zahar yang banyak alasan untuk pergi ke kantin.
"Ok lah,kami pergi dulu lah Zahar. Kan terlepas pulak masa ",Rafi dan Amin beredar segera.
____________________________________
Selepas mereka berdua pergi,Zahar terus berjalan untuk menuju ke koperasi kerana ingin membeli roti kegemaran nya.
'Akak nak roti tu",kata Zahar menunjuk tepat rotinya.
"Yang ni ke,0.90 sen je Zahar,kata Akak Ina pengurus koperasi sekolah".
Zahar mengeluarkan duit dari poketnya untuk membayar roti.
"Nah akak,cukup tak.Kalau tak cukup ni ada lagi duit?"soal Zahar.
"Dah cukup ni Zahar .Ni lebih sepuluh sen lagi",jawab Akak Ina sambil menghulurkan sepuluh sen.
"Eh tak pa lah akak,simpan je . Alah sepuluh sen je,masuk tabung surau lah akak.Dapat pahala sikit",kata Zahar tersengih .
"Kamu ni Zahar,sentiasa kalau ada duit lebih suruh masuk dalam tabung surau .Terima kasih lah ye Zahar",kata Akak Ina.
Zahar terus beredar untuk menuju ke kelas kerana masa rehat hampir tamat.Tiba-tiba seseorang melanggar bahu Zahar.Zahar menoleh ke kekiri untuk mengenal pasti siapa yang melanggarnya.
"Hoi,dah lah langgar orang tak cakap mintak maaf pulak ",bentak Zahar .
Tetapi orang itu tidak menoleh dan berlalu pergi .
Setibanya sampai ke kelas,Zahar langsung duduk untuk menjamu roti nya yang dibeli .Zahar melilau untuk pastikan guru Husna tidak masuk lagi ke kelas,takut didenda kerana makan di kelas.Hampir semua murid belum masuk ke kelas.
"Zahar awalnya kau masuk" ,kata Amin memegang bahu Zahar.
"Tak lah lewat dah ni",jawab Zahar".
"Wei,Zahar kau dengar tak berita tentang pembunuhan dekat tandas lelaki?,soal Arif" .
"Tak tahu,tandas dekat mane Arif.Setahu aku Ji tandas lelaki dekat sekolah ni banyak ",jawab Zahar sambil mengaru kepalanya walaupun tidak gatal .
"Ala,dekat koperasi tu.Kan kau lalu dekat situ.Ke kau buat tak tahu ni,sambil menunding jari ke Zahar".
"Tak lah ,memang aku lalu.Tapi tak nampak pulak pembunuh ,jawab Zahar berterus terang".
Amin terperasan bahu di baju sekolah Zahar ada sedikit tompakan darah.
"Zahar,bahu kau kena apa ,soal amin menunjuk ke bahu sebelah kiri".
"Mane,eh ada darah.Ni mesti budak tu yang langgar aku",kata Zahar marah dan menghentak meja .
Zahar cuba periksa takut ada luka di bahu nya,tetapi tiada apa pun kesan .
Bersambung
Seseorang yang suka lebih menyendiri berbanding kawan nya,Rafi dan Amin
Share this novel