Pada waktu petang,Zahar mengayuh basikal dengan laju dan pantas untuk pergi ke padang .Kerana sudah lewatnya ,Zahar dimarahi oleh jurulatihnya.
"Kamu baru sampai Zahar!",marah Azman ,jurulatih Zahar.
"Ma..maafkan saya Sir.Saya tadi terlajak tidur sebab tu saya lambat sampai",jawab Zahar tergagap.
"Ini dah kali ke 5 kamu lewat Zahar.Perlawanan bola sepak hampir dekat.Kalau macam ni lah perangai kamu,saya tak teragak-agak membuang kamu dalam team ini",marah Azman berterusan .
"Sir,saya mintak maaf.Jangan buang saya Sir.Saya janji saya tak akan lewat lagi",kata Zahar sambil mengangkat tangan kanannya .
"Baik lah kalau macam tu,saya bagi kamu satu peluang lagi.Sebagai hukuman ,kamu tidak dibenarkan berlatih harini",kata Azman tegas.
"Tapi...",kata Zahar sedikit termenung.
"Tak ada tapi tapi.Kamu Zahar pergi ambik air mineral lepas itu kamu bahagikan kepada kawan kawan kamu.Faham ke tidak",jawab Azman sedikit membulatkan matanya.
"Faham Sir",kata Zahar menunduk lemah.
Selepas semua orang berlatih ,Zahar hanya duduk termenung mengingatkan orang yang melanggarnya pagi tadi.Zahar tidak sangka kenapa ada sedikit tompokan darah,tak kan lah orang itu pembunuh yang telah membunuh Ikmal,rakan nya yang selalu membulinya.
Zahar tidak sangka yang rakan yang suka membulinya ialah mangsa pembunuhan.Dia baru tahu selepas Cikgu Husna memberitahu satu kelas nya tentang pembunuhan Ikmal.
"Kesiannya ini budak,kena denda ke hari ni",kata Fahmi,rakan sekelasnya perli Zahar.
"Kau ni Fahmi,terkejut aku",marah Zahar akibat terkejut.
'Mintak maaf lah Zahar.Aku tak sengaja.Zahar cuba kau ambil air,aku haus lah",kata Fahmi menunjuk tekak .
"Nah,Fahmi kau tahu tak kenapa Ikmal dibunuh?",soal Zahar.
"Tak,kenapa.Kau rasa bersalah ke Zahar",jawab Fahmi.
"Tak lah,aku rasa macam something wrong dekat sekolah ni.Aku rasa macam setiap masa diperhatikan",kata Zahar jelas.
"Mungkin perasaan kau kut.Aku rasa kau terlampau stress rasanya.Sebab itu ada perasaan begitu",jelas Fahmi panjang lebar.
Zahar berasa senang hati atas penjelasan Fahmi.Walaupun Fahmi di dalam kelas agak dingin,tetapi di luar kelas sangat santai orangnya.
Mereka berdua berbual rancak seperti tiada apa apa yang berlaku.Tetapi ada sepasang mata tengah memerhatikan mereka berdua yang tengah berborak di sebalik pohon yang besar.
__________________________________
Selepas mengagih agih kan minuman mineral kepada semua orang,Zahar diminta pulang segera kerana ayah Zahar memanggil pulang atas urusan keluargaan.
"Kenapa papa suruh aku balik awal ye.Harini bukan hari jadi aku.Esok hari jadi aku",kata Zahar dalam hati.
Zahar menaiki basikal dan lantas pulang . Setibanya di perkarangan halaman rumah Zahar ternampak Mak long nya,Zaharah dan Pak Long nya ,Samad .
"Mak Long!",Zahar berlari pantas mendapatkan Mak Long nya.
"Ya Allah budak ni.Tak sabar nak jumpa Mak Long",kata Zaharah sambil mencubit pipi Zahar.
Mestilah ,dah lama tak jumpa Mak Long.Rindu tau",omel Zahar.
"Sudah - sudah lah Zahar.Lepaskan Mak Long kamu.Bagi dia berehat sekejap.Lelah tadi belum hilang lagi",Zahir menyampuk.
"Tak pa lah adik ,dah lama Along tak jumpa budak bertuah ni",kata Zaharah.
"Betul tu,Zahir biarlah mereka berdua bermesra.Esok ulang tahun Zahar yang ke -15. Bagilah peluang dekat mereka Zahir.
"Ye lah abang long.Nak bermesra pun masuk lah rumah dulu .Panas ni,kata Zahir sambil menunjuk matahari yang panas terik.
"Dah cukup ,Zahar jom kita masuk dalam.Mak Long bawak balik baju kegemaran Zahar semasa Zahar tinggal dekat kampung",kata Zaharah senyum .
" Yeke Mak long ,terima kasih ye.Ni Zahar sayang Mak Long ni",kata Zahar justeru memeluk Zaharah.
Mereka berempat memasuki rumah Agam Zahir.Samad dan Zaharah terpegun melihat gambar mereka sekeluarga.
"Kalau lah Zafri ada mesti lagi meriah rumah ni kan awak",kata Zaharah memandang sayu muka suaminya.
"Sudah lah.Jangan mengungkit awak.Jaga sedikit perasaan mereka.Bukan awak sorang je,semua orang rindukan Zafri",kata Samad dengan suara lembut.
Zahar terdiam lepas mendengar Mak long nya menyebut Abang kembarnya yang telah hilang 7 tahun yang lepas.
Bersambung ????
Share this novel