BAB 10

Romance Completed 3957

“Eh tak… maksud saya, nak kahwin… tapi tak nak empat bulan. Lambat sangat… lagi sebulan, tak boleh?” Batista sudah tersengih. Syafierra Iman sudah menjeling tajam. Selamba pula lelaki itu buat request depan semua.

“Tak menyabar anak kamu ni…” komen Puan Karisma yang sudah tersenyum simpul.

“Itulah pasal… budak-budak zaman sekarang…” tokok mama Batista. Yang lain sudah menghela nafas lega, selesai sudah majlis booking menantu.

“Syafierra Iman !!!” dengan nada yang tinggi suara Batista memanggil isterinya.

“Apa???” tinggi juga nada Syafierra Iman. Batista sudah tersengih. Diraih tangan isterinya ke dalam genggaman. Tersimpul erat. Sebuah ciuman kasih terpahat di dahi Syafierra Iman.

“Apa ni?” soal Syafierra Iman dengan rasa malas. Orang penat, dia boleh pula buat manja tanpa isyarat.

“Abang dah booking….” belum sempat Batista menyambung kata, Syafierra Iman sudah memotong.

“Booking-booking jangan sebut. Alergik dah telinga ni dengar perkataan tu…!”

“Ala… habis nak cakap macam mana?”

“Carilah yang sinonim… asal bukan perkataan tu! Diharamkan sama sekali…” tegas Syafierra Iman berkata. Huh!

“Okeylah… minggu depan, cuti… abang nak ajak Iman pergi Pulau Redang…” Batista berkata dengan ceria. Seronoknya dapat ajak isterinya pergi bercuti buat kali yang ketiga. Amboi, honeymoon tak sudah! Biarlah… siapa yang nak kata apa. Isteri dia!

“Abang macam dah tak ada tempat lain nak ajak Iman kan?” Syafierra Iman sudah menjeling.

“La… dah tempat lain full, abang ajaklah ke situ. Lagipun best apa… Iman suka kan sayang…?” bibir Batista sudah mengenai pipi Syafierra Iman kata.

“Booking la tempat lain!” marah Syafierra Iman tanpa sedar.

“Amboi… dia guna perkataan booking tak apa… tapi abang tak boleh pulak!” Erk! Syafierra Iman sudah tersengih. Opppsss!!! Tidak tahu hendak bereaksi bagaimana, lantas dipeluk sahaja suaminya. Slip of tongue! Tapi tak apa… sebab booking juga, akhirnya mereka sudah disatukan. Booking pun booking la… asalkan hati bahagia. Jiwa tenteram sentiasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience