BAB 5

Romance Completed 3957

“Syafierra Iman …!” Eh… bukankah itu suara?! Dia sudah menghentikan langkahnya. Badannya sudah berpaling. Jelas terukir senyuman di bibir Firdaus dan Ajwad melihat langkahnya yang terhenti. Namun, dia berhenti bukan untuk budak berdua ini. Tak ada masa la aku nak cari masalah jadi menantu tempahan. Dia berhenti pun sebab… ada hero Malaya yang sedang bercekak pinggang di belakang kedua jejaka yang mengejarnya tadi. Itulah… hero dia!

“Syafierra Iman … Iman kena kahwin dengan abang jugak!!!”

“Mestilah!” balas Syafierra Iman tanpa teragak-agak. Terlupa dia sekejap pada kedua makhluk yang berada di antara mereka yang sudah berubah wajah.

“Iman !!! Apa semua ni?!!!” Firdaus dan Ajwad berkata serentak. Syafierra Iman sudah mula menghela nafas lega. Ini bukan masalah dia. Bukan dia yang memulakan agenda tempahan menantu ini.

“AKU nak dapatkan kata putus dari kau Yah!” tengking Puan Zainab pada Puan Karisma.

“Kau ingat kami main-main Yah!” Puan Rahmah pun tak mahu lepas peluang.

“Kau ingat kami tak ada kerja Yah!" sambung Puan Rahmah lagi.

“Betul tu Mah... aku sokong kau."

“Apa masalah kamu berdua ni? Jangan bagi aku pening boleh tak!" Puan Karisma sudah hilang sabar. Iyalah, orang datang buat kecoh depan rumah, siapa yang boleh bersabar!

“Kami yang bagi pening? Kami datang ni nak tahu what is happening? Apa dah jadi dengan menantu yang aku booking?" serentak Puan Rahmah dan Puan Zainab menyoal. Bila dengar cerita daripada anak mereka yang masing-masing mengatakan Syafierra Iman sudah ada buah hati lain, tiba-tiba naik berasap telinga. Orang lain yang booking, orang lain yang sambar. Mana aci! Tak ikut sistem demokrasi Malaysia langsung.

“Bila masa aku approve kau punya booking tu?"

“Kau tak..." keduanya kelu lidah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience