Rate

Bab 1

Mystery & Detective Series 887

Pintu kaca ditolak agak kasar. Serentak dengan ituangin kuat dari luar turut masuk ke dalam . Konstabel Harun dan Sakinah yang berada di kaunter aduan melorongkan mata masing masing ke arah Inspektor Suhana yang baru sahaja melangkah masuk.Wanita berusia sekitar lewat dua puluha itu kelihatan megibas baju dari percikan air hujan di luar."Lebat jugak hujan kat luar tu". Indpektor Suhana bersuara tatkala memandang ke arah dua anggota bawahannya itu. Secubit senyuman menghiasi bibirnya. "Mana Sarjan Dollah?"Seketika kemudian Inspektor Suhana bertanya. Belum pun sempat salah seorang daripada mereka menjawab terdengar bunyi tapak sepatu berlaga dengan simen mencuit cuoing telinga . Inspektor Suhana menoleh. Melihat ke arah Sarjan Dollah yang berjalan mara ke arahnya . Wajahnya tampak serius .Agak keletihan. Inspektor Suhana sedia maklum dengan tugas mereka yang bekerja tidak ikut masa . Bila bila masa sahaja khidmat mereka diperlukan .Lantaran kerana itulah mereka harus sentiasa bersedia ."Apa kes ni, sarjan?" Sarjan Dollah ditanya sebaik saja lelaki itusudah berdiri di hadapannya."Kes bunuh puan".hormat lelaki berkumis tebal itu menjawab. Sinar matanya pudar. "Suspek"?
"Ada di dalam bilik soal siasat".
"Siapa yang buat report"?
"Seorang perempuan bernama Kamariah binti Nordin , puan. Dia ada call balai dan buat report. Katanya ada sesuatu yang dia rasa tak kena. Dia minta anggota kita pergi ke lokasi".
Inspektor Suhana mengganguk .Ligat mindanta berputar. Pasti ada sebab semua yang berlaku ini, hati kecilnya mengomel.
"Mangsa"? pendek dia melontarkan soalan yang seterusnya . Sarjan Dollah berdecit seketika . Tekaknya terasa perit. Mulutnya juga seakan akan berat untuk dibuka. "Mati di tempat kejadian . Mayatnya dah dibawa untuk bedah siasat". Dentunam guruh di luar mengejutkan lamunannya . "Siapa yang sampai dulu di tempat kejadian"? sekali lagi wanita bertubuh sederhana itu memandang Sarjana Dollah. "Detektif Riza", balas Sarjana Dollah. "Mana dia"?
"Sini puan", tidak semena menaada suara menyahut agak kuat. Inspektor Suhana melorongkan bola matanya ke arah ruang pejalan kaki. Detektif yang dimaksudkan itu sedang memapak bersama sebiji mug di tangannya . Kelihatan asapnipis merawang naik ke udara. "Maafkan saya sarjan". Inspektor Suhana meminta diri. Kemudian dia mengarahkan Detektif Riza masuk ke dalam kamar pejabatnya. Tanpa berkata sepatah pun Detektif Riza segera mengekori Inspektor Suhana. Dalam pejabat Inspektor Suhana melabuhkan punggungnya di kerusi . Begitu juga dengan detektif Riza . Tertib dia meletakkan mug di atas meja. "Boleh ceritakan apa yang berlaku? Kamu kan orang pertamayang sampai di lokasi kejadian "? detektif Riza angguk sambil tersenyum pahit . "Betul puan". Inspektor Suhana mendepangkan tangannya ke arah lelaki bertubuh tegap itu. Memberikan isyarat agar anggota bawahannya itu memulakan ceritanya. Detektif Riza mengulum bibir sebentar . "Saya dapat panggilan untuk pergi ke lokasi kejadian. Difahamkan ada pergaduhan berlaku . Bila saya sampai, saya dapati ada dua buah motorsikal diletakkan di depan sebuah rumah kosong." Tidak berkelip Inspektor Suhana memandang Detektif Riza . "Kemudian saya masuk ke dalam rumah lama tu dan melihat ada seorang gadis duduk berteluku di lantai.Bersandar di dinding . Menangis. Macam takut takut. Masa tu jugak saya nampak mangsa terbaring di atas lantai". Inspektor Suhana memeluk tubuhnya sendiri. Menahan rasa sejuk yang mencucuk. Tumpuannya tidak lari dari mendengar cerita yang sedang disampaikan oleh Detektif Riza. " Bila saya periksa nadi mangsa saya dapati mangsa telah pun mati. Terdapat seutas tali yang masih lagi membelit leher mangsa."
"Pembunuh tu"? deras aanita itu bertanya . Telaga mata mereka bertautu sebentar. "Masihlagi tidak bergerak.Duduk sambil menangis ".
"Memang dia yang membunuh mangsa?" soalan diajukan lagi. Lambat lambat Detektif Riza menggeleng. "Suspek tidak cakap apa apa . Dia cuma bagitau saya yang dia tak bersalah".kasar detektif Riza menghembuskan nafasnya. "Mungkin memang betul dia tak bersalah "? Andaian itu terbit di bibir Inspektor Suhana. Detektif Riza menyengih.Mug di atas mencapailalu dihirup sedikit. Membasahkan tekaknya yang tiba tiba kering. Menjamah minuman panas ketika hujan sejik begini memang enak. "Kita masih tak tahu lagi puan. Setakat ni masih samar sar lagi.Kena tunggu laporan keluar dulu. Sama ada tali yang digunakan itu ada cap jari suspek. Memang betul tidak ada pengakuan daripada suspek. Tapi dia ada di lokasi kejadian bersama mayat tu."
Inspektor Suhana mengetukkan jarinyake meja. Menimbulkan irama yang tidak menentu. Berat fikirannya fikir semua ini. "Dah dapatkan keterangan dari suspek"? matanya menikan wajah detektif Riza lagi. "Suspek masih tak mahu bercakap apa apa puan". ucap detektif Riza kehampaan. Inspektor Suhana mengeluh. Dia yang keletihan menyandarkan tubuhhnya ke kerusi.Memikirkan akan kebarangkalian yang terjadi.Setakat ini dia tidak berani hendak mengandaikan sesuatu.Benar seperti yang dikatakan oleh Detektif Riza.Segala galanya masih samar samar lagi.Dia perlukan keterangan awal daripada suspek yang terlibat.Mungkin keterangan itu akan membantu dia untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini. "Siapa mangsa kali ini"? lambat lambat wanita itu mengalihkan pandangannya ke arah Detektif Riza semula. "Seorang gadis berusia sembilan belas tahun. Namanya Maisarah binti Datuk Hamdan.Beralamat di Damansara, Kuala Lumpur". Melalui kad pengenalan mangsa secara ringkas identiti mangsa diketahui. "Kita dah hubungi kedua ibu bapa mangsa.Mereka ada di hospital".tambah detektif Riza lagi.Inspektor Suhana angguk puas hati."Suspek".? kali ini wanita itu menjurus pada keterangan identiti milik suspek.Detektif Riza yang baru hendak meneguk nescafenya cepat cepat berkalih."Suspek bernama Aniza binti Karim. Beralamat di Kinrara. Masih muda Berusia lapan belas tahun . Muda setahun daripada mangsa."
"Hubungan keduanya"? soal inspektor Suhana ,tegas."Tak tahu lagi puan ".cebikkan di bibir detektif Riza membuatkan dia hampa lagi.Semuanya masih lagi tergantung.Firasat awalnya mengatakan ada sesuatu yang aneh.Berdasarkan pada keterangan awal itulah yang dia mampu simpulkan di dalam benaknya .Dia merumuskan bahawa pembunuhan ini berlaku bukan di atas alasan dendam.Kebiasaanya pembunuh akan cepat cepat meninggalkan tempat kejadian bagi mengelakkan dirinya menjadi susupek utama.Memastikan suspek tidak ada meninggalkan sebarang kesan atau tanda yang boleh dikaitkan dengan diri sendiri mereka.Mangsa juga selalunya tidak sedar dirinya menjadi suspek pada sebarang pembunuhan . Acapkali mangsa terleka dan cuai.Lazimnya mangamsa akan dibunuh pada masa dan di temoat yang sesuai. Atau juga barangkali mereka akan diculik terlebih dulu sebelum dibunuh. Tapi kali ini keadannya ridak sedemikian . Inspektor Suhana merapatkan lagi lipatan tangan di dadanya. Bola mata dikalihkan semila pada Detektif Riza. "Detektif cakap tadi yang detektif nampak ada dua buah motorsikal di depan rumah lama tu kan "? perlahan lahan lelaki yang sedang duduk di hadapannya mengangguk. "Satu pertemuan yang memang diatur". pintasan yang melintas di dalam benaknya terluah di mulut Inspektor Suhana . Detektif Riza melangut . Mencanai kata kata itu di dalam tempurung kepalanya.Telapak tangannya hangat dengan mug yang berisi nescafe tadi . "Suspek datang berjumpa dengan mangsa"? tebak detektif Riza kemudian . "Atau mangsa yang menemui suspek"? ujar jnspemtor Suhana pula.Membayangkan kemungkinan sebaliknya. "Tak apa . Saya nak jumpa dengan suspek sekarang". lalu inspektor Suhana bangkit dari kerusinya ."Bawakanlah sekali fail". arahnya pada detektif Riza yang turut bangun dari kerusinya .Lelaki itu angguk tanda akur.

Selamat membaca ya guys. chapter dua pulak esk sya akn publiskan. tapi tgklah cam ne sbb akrg ni alya sibik sgt. spatutnya chapter ni dh dipublishkan pada bulan ogos tapi x sempat. tulis separuh je. takkanlah nk publish cerita separuh je kan? so... lya ambik masa lama sgt . bkn nk cari free time . lya dh lupa hari ni baru igt.. sori ye. btw thanks for reading my novel

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience