Rate

Bab 2

Mystery & Detective Series 887

Pintu terkuak lebar..Koperal Alishah menoleh ke arah Inspektor Suhana yang baru melangkah masuk. Segeradia memberikan tanda hormat kepada orang atasannya itu.Inspektor Suhana membalas dengan seadanya.Langsung bola matanya tertumpu lada tubuh milik seorang gadis yang duduk di sebuah kerusi. Turut melangut memerhatikan ke arahnya. Dari raut yang terpancar, Inspektor Suhana dapat merasakan yang gadis itu diselubungi dengan ketakutan.. Kelopak matanya berair. Hanya menanti saat sahaja untuk tumpah menyapu pipi.Kedua belah tangannya diletakkan di atas meja. Jari jemarinya diramas tanda resah.Wajah itu kelihatan amat polos bercampur sedih.Inspektor Suhana menarik kerusi dan menghenyakkan punggungnya.Keadaan di dalam kamar soal siasat itu masih lagi berbalut sepi.Menyedari yang dirinya diperhatikan,Aniza menundukkan kepalanya.Dihurung dengan rasa serba salah.Resahnya menjadi jadi.Beberapa minit kemudian muncul Detektif Riza bersama sekeping fail di tangannya. Lalu, fail itu diserahkan kepada Inspektor Suhana.Semuanya diperhatikan oleh Aniza dengan secara menjeling.Gadis berambut panjang lurus itu makin diterkam dengan rasa kalut Serba tidak kena. Punggungnya bagaikan dilayur di bawah api. Cukup tidak selesa.Sesekali dia perasan yang Detektif Riza merenung tajam ke arahnya.Begitu juga dengan Koperal Aishah yang sejak tadi ditugaskan menemaninya.Tekaknya yang perit cuba until menelan air liur.Terasa amat terseksa.Keadaan jeda lagi. Inspektor Suhana menumpukan perhatiannya pada keterangan yang ada di dalam fail.Meneliti dengan teliti.Helaian kertas diselaknya berulang kali sambil sesekali kepalanya dianggukan seperti belatuk.Tidak lama kemudian dia memanggungkan kepala sembari memandang ke arah Aniza.Ada tanda pakaiannya basah kerana tempias hujan.

"ANIZA BINTI KARIM", seru Inspektor Suhana perlahan.Kedengaran tegas.Tidak berkelip matanya memandang gadis berkulit cerah itu.Agak manis orangnya.Sayang kemanisan wajahnya dicemari dengan riak takut dan kalut.
"Kamu berada di lokasi ketika pihak kami sampai?" soal wanita itu lagi.Lambat lambat Aniza mengiyakannya. Bibirnya dikulum sendiri.
"Bersama kamu terdapat saty mayat yang dikenali sebagai Maisarah Hamdan?" sekali lagi angguk. Mukanya makin pucat.
"Apa hubungan kamu dengan si mati?" tenang Inspektor Suhana menyandarkan badannya ke kerusi.Bola matanya tidak lepas memandang Aniza.

thank for those who respond ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience