Rate

ADC-2

Romance Series 8332

“BETUL ke kau nak kahwin ni, Hazieq? Siapa perempuan tu?” soal Azman, kawan kepada Hazieq. Dah lama Azman bekerja di cawangan Setia Holdings. Selama 3 tahun rasanya.

Hazieq mengukir senyuman manis. Wajah Hana berlegar dalam fikirannya. Takpelah, kalau dah kahwin boleh jumpa setiap hari. Amannya hidup kalau macam ni.

Azman memetik jari di hadapan Hazieq yang tengah mengelamun jauh. Serta-merta riak Hazieq tertumpu terhadap Azman.

“Kau dengar tak apa aku cakap ni? Perempuan mana kau kahwin?” ulangnya sekali lagi. Hazieq tersengih bila mengingati kecuaiannya.

“Hana, Hana Qaleesya tu. Kau tahu kan?”

Azman terkejut. Hana? Memang taste Hazieq macam tu ke? Alahai, Hazieq... Azman menggelengkan kepalanya. Pelik dengan taste Hazieq.

“Kau suka Hana? Kau suka jenis perempuan yang cepat menggeletar? Taste kau ke tu? Tak sangka aku...haih” sindir Azman.

“Eh, kau! Hana tu tunang aku tau. Kau ni tak baiklah. Aku pecat kau baru tahu” ugut Hazieq keras. Azman ketawa kecil.

“Wei, jangan la pecat aku. Aku gurau je.”

“Hmm...” Hazieq mengeluh perlahan.

NISA Qairah, kawan kepada Hana. Dia menghampiri Hana yang duduk di meja makan cafe.

Hana yang perasan kedatangan Nisa lalu tersenyum manis. Dia menghulurkan kad jemputan kepada Nisa. Nisa terpinga-pinga.

“Apa ni?... Fariqwan Hazieq dan Hana Qaleesya, Hana... kau... kau nak kahwin ke?” solanya meminta kepastian. Hana mengangguk.

“Wei, tak sangka aku! Aku macam tak percaya yang Hazieq nak kahwin dengan kau. Untung kau dapat bakal suami macam tu” pujinya lebih-lebih.

Terpancar riaknya kini merona merah. Hana mengawal riaknya biar berlagak tenang.

“Hmm... kau tahu kan yang aku dah bercinta dengan dia selama 3 tahun? Cinta aku dengan dia suci. Lagipun, kau orang pertama dapat kad ni.”

“Kau ni baiklah, Hana. Aku rasa Hazieq mampu jaga kau” terang Nisa terharu. Seronok bila dipuji begitu. Siapa tak seronok?

Hana ketawa. Terhibur sedikit hatinya kala ini. Esok, dia nekad mahu berjumpa Hazieq. Penting baginya.

“Err... kau dah cuba ke?” soal Nisa tiba-tiba. Rasa bersalah ada dalam dirinya. Hana menggeleng perlahan.

“Aku akan cuba. Masa akan menentukan segalanya. Kau tak payah risau...” digengam tangan Nisa. Nisa hanya mempu mengorak senyuman nipis.

Tiba-tiba, ada lelaki menghampiri mereka. Matanya lebih banyak menatap Hana. Hana rasa tak keruan. Lantas dia terjatuh sendiri.

“Arr... takpelah” lelaki tadi terus menghilangkan diri. Huh! pelik betul perangai minah tadi tu. Muka je lawa tapi tak senonoh, desis hatinya.

Nisa menghulurkan tangannya pada Hana. Hana menyambutnya. Pantang dia bila tangan atau tubuh lelaki mendekatinya. Secara automatik, dia akan terjatuh. Terasa mahu menangis sepuasnya.

“Terima kasih Nisa, tolong aku” ucap Hana lembut tuturannya.

“Welcome. Kita kan kawan?”

Hana mengukir senyuman tawar. Dia menyalahkan dirinya sendiri atas kecuaiannya.

ARISSA melangkah ke arah pejabat Hazieq. Tertera nama di pintu kaca (PENGARAH SETIA HOLDINGS FARIQWAN HAZIEQ BIN JAMAL) dengan selambanya dia menapak masuk ke dalam. Hazieq yang tengah menatap dokumen, tersentak akan kehadiran Arissa.

“Arissa! Bila you balik ni?”

Arissa Lydia, sepupu kepada Hazieq. Mereka rapat sejak kecil lagi.

Arissa tersenyum lebar. Dia duduk di sofa empuk lalu bersilang kaki.

“Semalam. You dengan Hana tak lama lagi nak kahwin kan? Congratulation for you. I tak sangka sepupu I ni tak lama lagi nak jadi suami kepada Hana” kata Arissa. Hana ialah kawan karibnya bersama Nisa. Kalau Hana tak jumpa Arissa, pasti dia tak akan bercinta dengan Hazieq.

Hazieq tersenyum manis. Dia memegang belakang tengkuknya.

“Thanks. Ha, you bila lagi nak kahwin? You ni, kalau you balik Malaysia you asyik-asyik nak korek rahsia I.”

Arissa tergelak besar. Dia suka melihat Hazieq yang marah manja-manja. Dia anak tunggal. Hazieq, dia dah anggap macam abangnya sendiri.

Hazieq menarik muka. Sampai hati you gelakkan I, Arissa!

“You...!” marah Hazieq. Terasa membahang wajahnya ketika ini. Arissa menahan ketawanya dari tercetus.

“Hazieq, Hazieq, you ni kelakar la. Don't make me crazy, okey? Haih, you ni...”

“Dah la tu gelakkan I. I ada buat lawak ke? I tanya you ni, you bila nak kahwin. You ingat I ni main-main ke?” terjongket kening Hazieq bertanya. Serta-merta ketawa Arissa mati. Dia menumpu memandang Hazieq kembali.

“Alaa... you ni. I tak puas lagi la. I nak enjoy. You know what? If you kahwin, you kena sedia terlebih dahulu. Kalau you tak sedia, you mampu ke pikul tanggungjawab sebagai suami? You undertand right now?”

Hazieq mengganguk perlahan. Mengiakan saja dengan kata-kata Arissa. Dah lama dia bersedia. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya.

“Ya...” ditutur ringkas sahaja. Dia mengeluh sekali lagi.

SEBAIK saja dia menemui Hana, tanpa melengahkan masa Husna tersenyum sinis. Dia menghampiri adiknya.

Hana yang sedar kakaknya mendekatinya segera memandang. Husna hanya membuat riak tenang.

“Kau balik sekarang! Mentang-mentang la kau tu anak kesayangan ibu, kau ingat kau boleh keluar shopping? Of course not! Sekarang ikut aku!” diraih kasar tangan lembut Hana. Hana menarik tangannya.

“Kenapa dengan akak ni? Biarlah adik nak shopping ke apa, bukannya adik keluar pergi kelab malam. Adik cuma nak keluar ngan kawan-kawan adik. Arissa baru je balik dari London” terang Hana.

Husna mendengus kasar. Dia tak suka apa yang dia mahu ditolak mentah-mentah. Direnung tajam anak mata Hana. Hana menunduk.

“Ada aku kisah?” Husna mejongket keningnya.

“Tapi...” Husna mencelah.

“Takde tapi-tapi! Kau ni memang tak faham lagi ke? Hana, Hana, kau tahu tak kau ni cantik tapi, tengoklah perangai kau... haih, susah nak cakap. Macam mana pakwe kau boleh suka perempuan macam ni. Aku nak beritahu kau, sebenarnya Hazieq kesayangan kau tu ada perempuan lain tau. Dia tak suka kau. Menyampah. And one more thing, dia tak pernah cintakan kau. Hanya lakonan semata-mata... kesian, kesian...” Husna tersenyum sinis lalu menggelengkan kepala.

Arissa yang melihat Husna mengata sepupunya lantas menampar pipi mulus Husna sekuat hatinya. Hampir merah pipi Husna ditampar Arissa. Amarahnya membuak!

“Kau jangan nak mengata sepupu aku! Dia tu baik, bukan macam yang kau fikirkan. Hana, jom aku hantar kau balik.”

Nisa memandang Arissa membawa Hana pergi dari situ. Dia beralih memandang Husna.

“Sedap tak kena tampar?” sinis nadanya. Dia melangkah keluar dari mall itu.

Husna menjerit lepaskan geram. Sakit hatinya kala ini. Siap kau Hana!

“Aaa!!!”

“KAU okey tak ni, Hana? Janganlah nangis, aku ada untuk kau tahu tak? Aku doakan yang kau bahagia dengan Hazieq” doa Arissa. Memang dia berharap kawannya bahagia dengan Hazieq.

Hana memandang kawannya lalu memeluk Arissa erat. Arissa membalas pelukan Hana.

“Dah, jangan sedih-sedih. Aku ada untuk kau.”

Hana meleraikan pelukannya lalu tersenyum nipis. Dia menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan.

Stay safe and stay healthy! Semoga korang baik-baik saja. Terima kasih kerana sudi baca karya pertama saya. Bye!

Share this novel

AYKA
2021-09-15 19:38:07 

Huwaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience