Rate

ADC-1

Romance Series 8332

HANA menuju ke meja makan. Tak lama lagi dia perlu jumpa kekasih hatinya, Hazieq. Gembira dia bila mengetahui yang Hazieq sanggup datang KL untuk berjumpa dengannya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan meja makan.

Husna menuruni tangga lalu mencari kelibat Hana. Geram hatinya bila tahu yang Hana memecahkan telefonnya yang baru dibeli bulan lepas. Langkah diambil laju bila melihat Hana menjamu selera.

“Apasal kau pecahkan telefon aku, ha?! Baru bulan lepas aku beli. Kau memang suka buat aku marah kan? Kau sengaja kan?” ditariknya rambut adiknya kuat. Sehingga Hana terjatuh di lantai. Lantas Puan Izzati menyambut tubuh Hana.

“Kakak! Kenapa buat adik macam ni? Tak kesian ke lihat adik macam ni? Kenapa kakak selalu cari pasal ni?” ujarnya perlahan. Husna mengdengus geram. Kenapa semua orang nak bela kau, bukan aku? getus hatinya geram. Geram yang teramat.

Hana mendirikan tubuhnya perlahan-lahan. Sakit wei. Puan Izzati pantas menolong Hana untuk bangun. Husna mencebik.

“Adik minta maaf, kak... adik tak tahu pun macam mana akak tahu yang adik pecahkan telefon akak. Tapi, jujur adik kata yang adik tak sengaja pecahkan” tuturnya dengan nada lembut.

“Eleh, tak sengaja ke sengaja? Kau tak perlu reka alasan la! Kau ingat aku ni bodoh?”

Hana mengucap panjang. Bawakkan bersabar. Dia perlu sabar dengan perangai kakaknya.

“Ibu, adik minta diri dulu ya? Adik dah nak keluar ni. Adik minta maaf pasal tadi.”

Puan Izzati mengorak senyuman nipis. Dia mengusap rambut anak daranya yang separas pinggang keperangan itu.

“Takpe. Pergilah. Ibu izinkan Hana pergi.”

Hana menyalam tangan ibunya. Sementara tangannya mahu menyalam Husna, Husna segera menepis.

“Tak payah salam aku. Aku jijik dengan kau tau tak!”

Puan Izzati tersentak lalu dia menentang anak mata anaknya.

“Kakak!” jerit Puan Izzati.

“Dah la tu ibu. Biarkan je kakak tu. Nanti baik la. Assalammualaikum...”

“Waalaikummusalam.”

Husna menaiki tangga dengan laju. Geram. Semunya salah aku la! Apa yang perfect sangat dekat kau, Hana? pekik hatinya sakit hati. Diketap giginya kuat.

Hana keluar dari perkarangan banglo rumahnya. Dia memasuki perut kereta Audi RS Q8 milik Hazieq. Dia tersenyum nipis ke arah kekasihnya. Hazieq hanya membalas lalu memandu. Baru je balik dari Australia uruskan cawangan di sana, tapi disebabkan rindunya pada Hana terpaksa suruh orang lain uruskan. Dia terlalu rindukan Hana!

“HANA, say something. Dari tadi saya tengok awak ni macam ada masalah. Makan pun macam takde selera” ujar Hazieq lalu mengelap bibirnya dengan tisu. Hana hanya mengeluh lelah.

“Hmm... saya pecahkan telefon kakak. Dia mengamuk tadi...”

Hazieq hanya mampu menggeleng. Dia tahu perangai Husna macam mana, suka cari pasal. Entah kenapa Husna bencikan adiknya sendiri sedangkan mereka adik-beradik.

Hana menyuapkan suapannya di mulut. Lalu dia menatap wajah Hazieq. Kenapalah kekasih aku ni makin lama makin handsome? Lirih hatinya cair bila melihat Hazieq. Hazieq memandangnya.

“Kenapa tenung saya macam tu?” terus Hazieq menyoal. Tersedak Hana mendegar kata-kata dari Hazieq, dia perasan?

“Hah? Mana ada saya tenung awak... hmm... err... dah la, saya nak makan” laju dia menukar topik. Hazieq tersenyum lebar melihat kelatah Hana. Sungguh terhibur.

“Hmm... betul ke awak boleh tahan dengan perangai saya?” soal Hana tiba-tiba. Hazieq tersentak namun untuk sementara saja. Dia menyungging senyuman manis.

“Kan saya dah janji kat awak. Tak kisah la perangai awak macam mana sekalipun, saya akan terima awak.”

“Perangai saya kan cepat menggeletar? Kalau saya nak sentuh lelaki pun, saya akan terjatuh sendiri. Saya tak pernah rasa sentuhan ayah saya sendiri. Waktu saya dilahirkan, ayah saya pergi dulu sebelum saya dikurniakan. Tiada siapa yang boleh buat saya yakin dengan diri sendiri” Hana meluahkan isi hatinya. Dia berasa sedih dengan perangainya yang cepat menggeletar.

Hazieq mengambil kotak baldu merah yang dibeli kat Australia. Dia ingin melamar Hana. Dah 3 tahun mereka bersama. Lagipun, mereka berkahwin atas dasar cinta. Cinta yang suci.

Saat Hana melihat kotak baldu merah dia melihat Hazieq yang tersenyum.

“A... aa... apa... ni?” tanyanya gagap.

“Saya nak melamar awak. Saya tak kisah. Tak kisah walaupun tak berkongsi dan melakukan. Biar masa menentukan. Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya yang sah. Will you marry me?”

Hana mengambil kotak baldu merah. Dia tersenyum lalu mengganguk perlahan. Hazieq tahu dia tak boleh menyarungkan cincin di tangan Hana sebab Hana nanti akan terjatuh sendiri. Setitis demi setitis mutiara jernih Hana mengalir.

“Mesti awak sedih tak dapat nak sarung cincin kat tangan saya kan? Saya takut...” Hana menangis dalam sendu. Hazieq hanya melihat.

“Saya tak kisah. Saya tak kisah semua tu. Yang penting saya nak awak jadi isteri saya. Saya sanggup tunggu untuk awak sedia.”

“Saya setuju nak kahwin, tapi... saya tak setuju berkongsi dan melakukan. Bagi saya masa?”

Hazieq mengganguk setuju. Janji Hana mahu menikahi dia. Dia suka melihat Hana yang cepat menggeletar. Comel di matanya.

HANA menangis sepuas-sepuasnya. Kesal dengan kelakuannya sebentar tadi. Sepatutnya Hazieq yang menyarungkan cincin ditangannya tapi dia yang sarung. Dia takut Hazieq jemu dengan perangainya.

“Saya minta maaf Hazieq... saya janji saya akan cuba...”

“MA, pa, Hazieq nak kahwin dengan Hana secepat mungkin” katanya.

Puan Haslina dan Tuan Jamal memandang antara satu sama lain lalu mereka mengangguk. Mereka memang berkenan dengan Hana walaupun Hana macam tu. Cepat menggeletar. Tak macam Husna, memang tak reti hormat orang tua.

“Papa setuju je. Mama, papa tak tahu ke mama Hazieq setuju ke tak.”

“Saya setuju je bang. Dah lama kita kenal dengan Hana tu dan keluarga dia. Lebih cepat lebih bagus. Saya rasa kan, lebih baik minggu depan” cadang Puan Haslina lalu mengorak senyuman lebar.

“Minggu depan? Ha, okey la tu ma. Hazieq tak kisah buat simple-simple je. Janji kahwin. Tak boleh orang rampas... hehe” Hazieq tersengih.

“Hazieq dah lamar Hana ke?” soal Tuan Jamal.

“Dah. Tadi waktu jumpa Hana. Dia terima pa.”

“Alhamdullilah. Okeylah, nanti kita kata dengan pihak sebelah sana perkahwinan Hazieq dengan Hana minggu depan.”

Hazieq hanya tersenyum. Dia ingin menjaga Hana. Ingin menatap wajah yang dicintai. Cinta mereka suci, tak pernah berpegangan.

SEBENTAR tadi Hazieq ada menghubunginya yang perkahwinan akan berlangsung minggu depan. Dia perlu beritahu dengan Puan Izzati dan Husna.

“Ibu, Hazieq melamar adik tadi. Dia nak kahwin dengan adik minggu depan” terang Hana depan Puan Izzati dan Husna.

“Esok mereka datang. Nak bincang tentang perkahwinan Hana dengan Hazieq” sambungnya lagi. Puan Izzati hanya tersenyum.

“Ibu tak kisah. Lagipun, ibu kenal Hazieq tu. Baik orangnya. Tak rugi adik pilih dia” setuju Puan Izzati dengan Hana. Husna hanya menahan marah.

“Aku rasakan, Hazieq tu kalau kahwin dengan kau. Mesti dia bermadu. Yelah kan, kau kan cepat menggeletar. Siapa nak suka kau?” ujar Husna pedas. Hana tersentak. Terasa dengan kata-kata kakaknya itu.

“Hazieq tak macam tu la akak. Dia baik.”

Husna tersenyum sinis. Baiklah sangat? Huh! Hana, Hana, aku akan pastikan kau tak bahagia.

“Oh yeke? Tak tahu pulak aku dia baik? Hmm... kau ni cepat percaya dengan pakwe kau. Malang betul nasib pakwe kau dapat isteri macam kau...”

“Kakak! Kenapa cakap macam tu kat adik? Tak layak ke adik nak bahagia?”

“Eh, layak ibu. Layak. Tapi layak jadi isteri atas kertas” Husna segera masuk ke biliknya. Hana mengalirkan air matanya dari kelopak mata. Macam betul je kata Husna. Puan Izzati mengusap rambut Hana.

“Tak payah percaya dengan kakak tu. Adik layak bahagia. Adik dah bercinta dengan Hazieq 3 tahun kan? Adik bukannya kahwin paksa, adik kahwin sebab cinta. Perkahwinan atas dasar cinta.”

Hana mengorak senyuman nipis. Kata-kata Puan Izzati menenangkan hatinya walaupun sedikit. Dia melentokkan kepalanya di bahu Puan Izzati.

Selamat membaca! Jangan lupa follow, rate, comment and support. Stay healthy!

Share this novel

AYKA
2021-09-15 19:37:57 

Banyaknya adegan over, hiks '(


NovelPlus Premium

The best ads free experience