BAB 5

Romance Series 2924

Minuman telah dihantar. Hariz dan Dila saling bersembang dengan rancak. Setelah beberapa lama berbual kosong, Dila menanyakan soalan pada Hariz.

"Hariz. Kalau ada seorang perempuan ni dia sayang awak, awak sayang tak dekat dia?", pertanyaan Dila membuatkan Hariz menggosok dagunya.
"Mestilah saya sayang. Bukan senang nak dapat perempuan macam tu tau. So, saya tak nak lepaskan peluang.", bersungguh Hariz berkata.
"Kenapa awak tanya?", tambahnya lagi.
"Takde apa lah. Saje je tanya. Untung Athirah dapat boyfriend macam awak .", balas Dila.
"Tapi saya tak untung dapat dia.", dilafazkan bersama keluhan.
"Kenapa pulak?", tanya Dila.
"Sebab dia dah macam tak sayang saya.", balas Hariz sayu.
"Ouh, sorry eh saya tanya.", balas Dila bersalah.
"Takpe. Saya tak kisah. Lagi pun saya rasa, saya dengan dia macam tak boleh kekal.", kata Hariz.
"Awak jangan risau lah. Kalau ada jodoh, tak akan ke mananya. Percaya lah saya cakap ni.", Dila memberi semangat.

**********

Druuuutttt... drrruuuttt...

"Hello. Anda ingin bercakap dengan siapa? Sila kemukakan maklumat diri anda.", gurau Fatin.
"Kau tak payah nak menyamar lah Fatin. Kau dah biar aku sorang-sorang hari tu, sekarang nak menyamar pulak.", marah Dila.
"Alah sorry la. Kan aku dah cakap aku ada problem. Bukannya sengaja tak nak datang." ,terang Fatin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience