Bab 7

Romance Series 2924

Keesokan harinya...

Dingdong... dingdong...

" Assalamualaikum. Oh assalamualaikum.", Fatin memberi salam.

" Waalaikumussalam. Siapa tuh? Cuba bagitahu siapa nama awak.", kata Dila sambil tersenyum.

"Eeemmmm.. nama saya Fatin Liyana binti Mohamad. Saya ingin berjumpa dengan kawan baik saya yang cantik lagi manis. Yang nama dia Nur Adila binti Ahmad fuad. ", panjang lebar Fatin berkata.

Dila membuka pintu rumahnya lalu berkata, "Hoi! Aku suruh bagitau nama je kan? Yang kau bagi tazkirah tu apesal? Hadoi.", balas Dila.

"Saje je nak puji kau sikit. Takkan tak boleh.", jawab Fatin lalu ketawa.

5 minit kemudian...

"Nah air.", pelawa Dila.

"Terima kasih, Dila ku sayang.", kata Fatin.

"Sama-sama nenek kebayan.", balas Dila dengan tawa kecil.

"Kau ni... Aku panggil kau sayang, kau panggil aku nenek kebayan pulak.", marah Fatin.

"Alah sorry Ah. Sengaja. Hahahahaha.", gelak besar Dila mengusik Fatin.

lama mereka berdua diam kerana menonton cerita seram yang bertajuk 'Pontianak Menjerit' itu, Fatin memecah kesunyian dengan bertanya.

"Wey, Dila. Yang semalam tu kan, diorang kenapa ?", tanya Fatin.

"Diorang? Sape pulak?", tanya Dila kembali.

"Alah.. Hariz ngan Athirah tu lah.", terang Fatin.

"Ouh diorang. Ntah lah wey. Athirah tu lah. celupar sangat. Boleh pulak dia kata Hariz tu tak kaya, tak hensem. Aku bengang je dengan dia.", cerita Dila.

"Lepas tu apa jadi?", sungguh berminat Fatin.

"Lepas tu, Hariz mintak putus ngan Athirah. Tapi kan, aku pelik tau. Lepas Hariz putuskan dia, dia terus nangis.", sambung Dila.

"Asal pulak dia nak nangis?", tanya Fatin.

"Manalah aku tahu. Kau ingat aku ni PA dia ke, hah?", bidas Dila. "Hhhhmmmm lantak ah dia. Takde kena mengena dengan aku.", tambah Dila.

"Hhhmmm ohk.", jawab Fatin.

**********

Krrriiinnnggggg..... Telefon Dila berbunyi minta dijawab. Dila terus berasa gembira apabila melihat terpampangnya nama 'Hariz' di skrin telefonnya.

"Hello Assalamualaikum, Dila. Awak buat apa tu?", Hariz bersuara di hujung talian.

"Waalaikumsalam, Hariz. Takde buat apa pun. Kenapa?", tanya Dila.

"Awak nak teman saya pergi makan tak? Saya belanja awak.", kata Hariz.

"Emm.. ok. Boleh. Dekat mana? Pukul berapa?", tanya Dila.

"Awak tak payah susah-susah tanya dekat mana and pukul bape, sebab saya akan ambik awak nanti. Awak just bagi address awak kat mana. Boleh?", kata Hariz.

"Awak nak ambik saya? Tak menyusahkan ke?", tanya Dila.

"Susahkan apanya? Saya yang ajak awak kan? Bukan awak yang ajak saya.", balas Hariz.

"Ouh ok lah. Nanti saya whatsapp alamat saya.", kata Dila.

"Ok. Siap cepat. Lagi 15 minit saya sampai. ", kata Hariz pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience