BAB 5

Romance Completed 4374

4 tahun kemudian.

Haikal kembali ke Malaysia dengan seribu harapan. Dia tak pernah melupakan Yan termasuk janji mereka setelah dia pulang ke Malaysia. Apatah lagi dah dekat dua bulan Yan hilang khabar berita.

Kembalinya haikal ke Malaysia langsung tak diberitahu kepada keluarganya termasuk Yan. Orang pertama yang dia ingin buat surprise adalah untuk Yan. Dan sekarang dia sedang menuju ke rumah Yan di Johor.

Tapi setibanya dia dihadapan rumah Yan, apa yang dia nampak sekarang adalah sebah majlis perkahwinan yang meriah. Luluh hatinya.

‘Ya Allah, Yan dah kahwin ke? Patutlah dia hilang khabar berita daripada Yan.’

Luluh hati Haikal dengan apa yang dilihatnya.

Dia nak masuk tapi takut untuk bertemu Yan. Macam mana kalau Yan cakap tak kenal dia? Tiba-tiba dia Nampak kelibat pengantin lelaki menuju ke arahnya. Haikal dah nak lari masuk ke kereta tetapi sempat ditahan oleh pengantin tersebut.

Haikal pandang lelaki tu atas bawah. Apa lebihnya lelaki ni berbanding dia? Kenapa Yan sanggup lukakan hati dia?

“Ini kawan Ana kan?”

Soal lelaki tersebut.

“Hah, Ana? Siapa Ana?”

Soal Haikal kembali.

“Ana!”

Jerit lelaki tersebut ke satu arah. Dan kelibat seorang perempuan datang.

‘Yan!’

Jerit hati Haikal.

‘Eh tapi kenapa Yan tak pakai baju pengantin?’

“Along! Mak cari lah. Apa pengantin jalan sampai sini. Tak senonoh punya abang.”

Marah Yan kepada Alongnya.

“dan…”

Sambungnya kembali sambil memandang wajah lelaki yang bersama abangnya.

“Ya Allah Haikal! Bila kau balik Malaysia? Dah berapa lama kau sampai rumah aku ni?”

Soal nya tanpa henti kepada Haikal. Mahu tak terkejut tengok Haikal berada di hadapan rumahnya sedangkan dia ingat yang Haikal masih di Australia.

“Along rasa kau orang kene berbincang ni. Haikal dah nak lari balik rumah sebab ingatkan kau yang kahwin dik.”

Kata Along nya sambil tergelak-gelak.

Dan yang si Haikal dah tersipu malu. Nampak sangat ke?

“Ni kawan adik la Along.”

Yan kenalkan Haikal kepada Alongnya.

“Sampai bila nak mengaku yang kau orang ni kawan? Dah jom masuk.”

Kata Alongnya geram sambil mengheret dua ekor melaun yang tak habis-habis cakap kawan. Padahal dah sayang macam apa.

“Perhatian-perhatian!”

Bicara Along kepada tetamu yang berada di dalam rumah dan kebanyakan mereka adalah terdiri daripada saudara-maranya.

“Apa Along nak buat ni?”

Soal Yan geram. Along jangan nak ngada-ngada.

“Tetamu-tetamu sekalian dan terutamanya Ibu dan Ayah, adik ada benda nak cakap dekat semua ni.”

Kata Along sambil menolak Yan ke depan.

“Along giler apa?”

Soal Yan geram. Agak lah kalau nak cakap yang aku ada pakwe pon bukan sekarang.

“Kalau adik tak nak cakap, biar along cakap. Semua, adik sebenarnya…”

“MAK, AYAH. ADIK SEBENARNYA NAK KAHWIN!”

Sumpah sekali nafas je Yan cakap. Sebelum abangnya cakap yang bukan-bukan. Baik dia cakap dulu.

Semua orang yang mulanya tercengang ketawa beramai-ramai. Mesti dia orang baru dapat cerna apa yang aku cakap. Ya Allah, malunya aku. Anak dara apa ni cakap nak kahwin depan orang ramai.

Haikal dah tersenyum bahagia.

“Oh, ini lah calon menantu mak yang seterusnya ye dik?”

Soal ibu dan ayah yang sudah datang kepada kami.

Haikal pula terus bersalaman dengan mereka.

“Eh Yan, aku tak bagi pun cincin dekat kau lagi.”

Gurau Haikal.

‘Ok, buat lah perangai Encik Haikal, tak lawak ok. Aku dah lah tengah malu ni.’

Gumamku dalam hati.

“Ana..”

Panggil Haikal perlahan.

Bila Yan pusing je, dah Nampak Haikal sedang menunduk dan menghulurkan cincin yang pernah diberi kepadanya dahulu.

“Kita kahwin Ana.. PLEASE.”

Rayunya kepada Yan yang muka dah masam sebab gurauannya tadi.

Semua orang dah gelak dengan reaksi mukanya yang terkejut sebab Haikal propose dia dihadapan saudara-maranya.

Tapi Along yang ambil cincin tu sambil cakap.

“Ya, Ana terima.”

Dengan gaya suara perempuan.

“Along!”

Marahku sambil ambil cincin tersebut.

“Ala adik ni. Dah terima pun susah nak cakap. Ok, confirm ibu, ayah lepas ni adik kahwin.”

“Tapi Encik Haikal, don’t you dare to call me Ana again. Sound weird lah.”

“Nope cik Ana. Yan is for friend but Ana for my wife to be. It’s cute lah sayang.”

Kata Haikal sambil mengenyit mata.

Sudahnya, semua orang dalam rumah tu ketawa bahagia melihat telatah kami semua. Termasuk Haikal yang ketawa sambil memandang tepat ke muka aku.

‘Ok, malu ok.’

Kau pandang tempat lain boleh tak mangkuk? Eh Sayang, intan payung, tersasul pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience