BAB 4

Romance Completed 4374

“Haikal sayang, dah pukul berapa dah ni? Karang terlepas flight pulak.”

“Kejap mama. Haikal tengah tunggu someone ni.”

Balas Haikal resah.

‘Mana Yan ni? Takkan dia tak nak datang?’

Soalnya dalam hati.

Gila tak risau. Satu berita dari Yan pun dia tak terima. Terima ke tidak Yan ni? Bagilah dia berlapang dada sikit nak pergi overseas ni.

Mama dan Papa Haikal hanya memandang.

“Haikal, dah panggilan terakhir tu. Dah pergi cepat.”

Gesa mama.

Haikal dengan berat hati melangkah masuk ke balai. Yan tak terima ke?

“MUHAMMAD HAIKAL BIN DATO’ JAAFAR!”

Tiba-tiba ada satu suara nyaring yang memanggilnya.

Yan….. terus haikal berpaling memandang Yan yang sedang kelelahan kerana berlari.

Yan dah tak kisah dengan mata-mata yang memandang. Ini semua roommate dia punya pasal. Dah dia terlambat. Dengan taxi satu. Haihhh.

Haikal sepeti menanti bicara Yan yang seterusnya.

“Haikal, aku tak boleh…”

Lirih Yan bersuara sambil menghulurkan kotak baldu yang diberinya hari tu.

“Yan, kenapa?”

Ok, Haikal macam dah nak menangis. Bukan jawapan ini yang diharapkan.

“Sebab…”

Perlahan Yan bersuara.

“Aku nak kau serahkan cincin ni 4 tahun lagi lepas kau balik Malaysia. Masa tu baru aku tahu yang kau betul-betul sayang aku.”

Sambung Yan sambil mengenyitkan mata.

“Ya Allah Yan, aku dah risau takut kau cakap yang kau tak boleh terima aku sebab kau dah ada orang lain.”

“So, kita still kawan kan?”

Soal Yan kembali.

“Sampai bila-bila.”

Sambung Haikal dengan senyuman yang bahagia. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Yan akan tunggu dia. 4 tahun je Yan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience