Bab 54

Romance Completed 1276668

Nurlisa pulang ke kondonya dengan lemah longlai, jiwanya masih tidak keruan apabila teringatkan Syed Arman. Menurut Sharifah Teha, keadaan Syed Arman tidak berubah, masih tidur kaku tidak bergerak, tetapi sudah keluar dari zon kritikal dan keadaannya sudah pulih.
Dia teringin sekali untuk melawat Syed Arman, tetapi menurut Sharifah Teha, itu bukan jalan yang terbaik. Dia harus bersabar dengan semuanya, Allah sekali lagi menguji dirinya.
Tiada yang Indah dimatanya, tiada lagi semangat pada jiwanya, semuanya pergi bersama Syed Arman, kesemuanya. Kalau dulu dia hampir sasau dengan ujian Allah, kali ini dia berharap dia boleh bertabah, dia boleh mengatur perjalanan hidupnya, dia berharap pengakhiran yang baik untuk dirinya.
Selepas solat maghrib pada hari ke 4 Syed Arman berada di hospital, dia menerima panggilan daripada Dr Ammar. Semenjak mereka berpisah pada Ahad yang lepas, ini kali pertama Dr Ammar menelefon dirinya.
“Assalamualaikum, Puan Lisa apa khabar?,” suara Dr Ammar berada di talian, kedengaran jelas di telinganya. Dia tidak tiada berdaya untuk mengangkat panggilan sesiapa, juga tiada jiwa untuk bercakap, tetapi mengenangkan pemuda itu bersama ibunya banyak menolongnya, dia memaksa diri untuk berbual.
“Waalaikummusalam, saya sihat, Dr apa khabar?,” dia tidak dapat berselindung lagi, suaranya kedengaran sangat jelas.
“Suara Puan Lisa lemah sangat ni, Puan ok tak?,” sememangnya dia beruntung kerana dia mempunyai mereka yang sangat mengambil berat tentang dirinya.
“Saya ok, Dr jangan panggil saya Puan, call me Lisa. Saya ok, cuma tekanan sikit, jadi perasaan saya tak berapa sihat. Ibu apa khabar?,” Nurlisa teringat dengan jelas Puan Endun sangat menyayanginya, walaupun mereka cuma berkenalan dalam tempuh yang singkat.
“Suami Lisa apa khabar? Kenapa Lisa tak menjaga dia di hospital?,” pertanyaan Dr Ammar itu memecah lubuk takungan air matanya. Ya…dia menangis, dia tidak boleh lagi menyimpan rasa sedihnya.
Dr Ammar mendengar tangisan Nurlisa dengan jelas. Dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk kerana dia tidak pernah ada kekasih, dia tidak tahu. Dia menghulurkan telepon kepada ibunya, sambil memberi isyarat mata yang menangis kepada ibunya.
“Lisa, ibu sini, jangan menangis sayang. Ibu ada sini. Ibu minta Ammar called sebab ibu nak ke KL nak jumpa Lisa. Ibu rindu Lisa. Boleh ke?,” tangisan Nurlisa sangat meruntum jiwanya. Dia tahu apa makna depression, apa makna kesakitan, apa makna ditinggalkan. Dia tahu semua itu..
“Ibu, Lisa sakit sangat, Lisa rasa nak putus asa dah. Lisa nak jumpa suami Lisa ibu, Lisa nak jaga dia, Lisa tak dapat tengok dia, sampa sekarang suami Lisa masih koma. Masih tak sedar, Lisa tak tahu nak buat apa…,” tangisan itu semakin kuat, dan ketika itu Nurlisa melepaskan kesemua kesedihannya kepada Puan Endun.
“Ok sayang, tarik nafas, ibu bertolak terus ni, dalam sejam ibu sampai. Ibu datang dengan Ammar, sebab Ammar ada gathering dengan kawan kawan dia Jumaat ni. Lisa bawak baring dulu, pejam mata, paksa mata tidur. Text ibu password pintu, nanti dah sampai ibu masak, nanti kita makan sama sama,” Puan Endun terus mematikan panggilan tersebut.
Dia memandang Ammar Ziyad, anak yang sangat disayanginya, kerana hidupnya hari ini kerana Ammar. Selama ini Ammar yang mengheret semangatnya hingga ke hari ini.
“Am, masanya dah tiba, jom kita ke KL, ibu nak temankan Lisa sampai dia pulih. Lepas itu masukkan nama Ibu dan Lisa untuk gathering Ammar itu, kami ikut sekali,” dia melangkah laju ke biliknya untuk berkemas.
“Am, send text to Uncle Lee, tell him kita akan away for 2 weeks. Minta Uncle Lee datang jagakan resort. Lepas tu belikan beras dan hantar ke semua rumah anak yatim di sekitar Pahang. Ibu nak bersedekah. Ibu nak niatkan atas nama Lisa dan suaminya,” semasa menuturkan kata kata itu, airmatanya mengalir laju, dia tidak dapat menahan sebak.
Sesungguhnya Allah memberi ujian kepada mereka yang sanggup menerimanya, DIA akan memberi kepada mereka yang kuat jiwanya. Dia juga yang akan memberi kepada mereka yang punya jati diri yang lebar, tidak mudah goyah.
Ammar Ziyad mengatur langkah untuk menunaikan semua permintaan ibunya. Sedari kecil dia menjadi saksi untuk semua sedekah ibunya. Sekiranya ibunya berada di dalam kesulitan jiwa, ibunya akan bersedekah, malah Sekolah Tahfiz di Janda Baik ini juga menjadi rumah kedua ibunya.
Ammar masuk kembali ke bilik setelah mendengar tangisan sayu ibunya. Dia melihat ibunya bertelekung solat, sujud dengan tangisan yang sangat sayu. Dia tahu apa yang berlaku pada Nurlisa mengingatkan ibunya dengan kesemua kisah tragisnya.
Setelah tunggu hampir 2 minit, ibunya bangun daripada sujud, kelihatan kain telekung solat ibunya basah dengan airmatanya.
“Ibu, jangan begini bu, Ammar tahu ibu menderita sudah lama. Maafkanlah Babah ibu, Maafkan dia, kalau ibu berterusan begini, ibu yang menderita, mungkin sekarang ni Babah hidup bahagia dengan isteri dan anak anaknya, jadi kita harus bersyukur sebab mereka bahagia, kerana kita juga bahagia,” Ammar memeluk ibunya, kemas dan kejap.
“Ammar bangga punya ibu yang kuat, Ammar selalu berterimakasih pada Allah sebab lahir dari rahim ibu, sebab itu Ammar ambil jurusan Phycology, Ammar nak tolong orang yang mempunyai sakit seperti ibu. Ammar nak jadi seperti seperti Uncle Lee,” anak teruna kepada Puan Hendon itu tahu semua kesakitan ibunya.
Insan yang di panggil Uncle Lee itu menceritakan kesemuanya. Dari cerita itu, dia bersyukur kerana dia memahami kesemua kesakitan ibunya.
Puan Hendon menepuk bahu anaknya, setelah pelukan di lepaskan. Dia terlalu mengikut perasaan, sepatutnya dia bersabar, sepatutnya dia bertabah, tetapi ada kala dia tergelincir dari landasan kesakitannya.
“Ibu ok, tadi cuma ibu terlepas rasa. Insyaallah ibu bahagia apabila mereka bahagia. Itu yang Uncle Lee selalu pesan. Ibu nak berkemas ni, Ammar nak tinggal kat sana berapa lama? Atau Ammar ikut ibulah ya, Ibu nak teman Lisa. Nanti Ammar boleh tolong ibu untuk gembirakan Lisa,”
“Ibu kemas pakaian ni tak banyak, nanti kita hantar laundry lah, masa jaga lisa nanti boleh ibu masakkan makanan sihat untuk Lisa. Ibu tak sabar nak jaga anak perempuan Ibu,” tangannya lincah mengalihkan baju dari almari ke luggage itu.
Mereka bertolak daripada Janda baik tepat jam 8 malam, mereka bergerak ke Kuala Lumpur dengan niat dan misi yang sama.


Nurlisa merasa tangan yang sejuk menyentuh dahinya. Dia membuka mata dan terkejut melihat Puan Endon berada di depan matanya.
Nurlisa lantas bangun dan memeluk Puan Hendon yang tersenyum penuh bahagia. Dia merasa sangat selamat dengan kehadiran Puan Hendon.
“Cepatnya ibu sampai, Ibu datang dengan siapa?,” Nurlisa mengerling jam di dinding rumahnya.
Pukul 9.45malam?
“Ibu, pukul berapa ibu sampai, kenapa tak kejutkan Lisa? Lisa tidur mati agaknya, sebab ibu masuk rumah pun tak sedar,” Nurlisa membetulkan rambutnya setelah pelukan mereka terlerai.
Puan Hendon tersenyum lantas mencium dahi Nurlisa dengan penuh kasih sayang.
“Ibu dah siap masak, Lisa tukar pijama yang sopan, Ammar ada kat luar. Pas tu sarung tudung sekali. Ibu ada bawak tudung sarung dalam paper bag tu,” Puan Hendon mencapai remote control dan menurunkan suhu ke 20’c.
Suhu yang sangat sejuk tidak sesuai untk jiwa yang di dalam kesedihan.
“Thanks Ibu, macam mana ibu tahu Lisa tak de tudung sarung. Hebat la Ibu, senang ada tudung sarung ni. Terimakasih ibu, Lisa rasa lega ibu datang,” dia bergerak untuk menukar pakaian tidurnya yang sedikit seksi.
Dia memilih pijama yang berlengan panjang dan seluar panjang, dengan bertudung sarung pemberian Puan Hendon.
Dia keluar ke ruang makan itu, melihat Puan Hendon dan Dr Ammar sudah menunggu di meja makan.
“Maaf Ammar, Lisa tertidur, tadi penat sangat kat office. Maaf Ibu….,” Nurlisa menarik kerusi sebelah Puan Hendon.
“Eh takper, sebaiknya Lisa perlu rehat yang cukup, Insyallah bila bangun pagi esok badan sedar,” Ammar Ziyad tersenyum kepada Nurlisa yang kelihatan kekok.
Dia yang sepatutnya kekok kerana berada di rumah Nurlisa, ini terlihat Nurlisa yang kekok.
“ Am, baca doa, kita makan dulu, nanti kita bercerita, ada banyak cerita yang ibu nak cerita pada Am dengan Lisa,” Puan Hendon menadah tangan untuk turut sama berdoa dan mengaminkan.
Di meja kondonya terhidang banyak lauk, ikan masak singgang, ayam goreng dengan sup sayur campur bersama sambal belacan.
Nurlisa terkesima melihat semua lauk itu terhidang, dia teringatnya ibunya, di saat dia bersedih, ibunya pasti akan memasak untuknya.
Melihat sambal belacan itu mengingatkan dia kepada Syed Arman, suaminya yang masih terlantar
“Ibu masak apa yang ada di dalam peti ais Lisa. Banyak ya Lisa beli bahan mentah. Ini mesti selalu masak ya? Bagus anak Ibu, masak sendiri lagi healthy daripada makan kat luar. Ibu jumpa sambal belacan yang siap, ibu hidangkan jer,”
“Jom lah makan, tak nak sedih sedih kat meja makan, we should happy sebab dapat makan bersama sama, kan ibu?,” Ammar Ziyad memutuskan ingatan Nurlisa kepada semua kisah sedihnya.
Nurlisa tersenyum apabila melihat Ammar Ziyad menceduk nasi ke pinggannya. Mengambil seekor ikan dan letak juga di pinggangnya.
“Lisa tahu kan ikan bagus untuk otak, pernah ada satu statement yang menyebut kenapa ramai anak Terenganu yang bijak, sebab mereka suka makan ikan tongkol. Ikan tongkol tu sendiri banyak khasiat untuk otak,” Perwatakan Ammar Ziyad seperti seorang lelaki yang tahu serba serbi, seorang doctor yang akan tenang setiap kali berhadapan dengan situasi yang tidak mengembirakan.
“Ibu nak jaga Lisa, Ibu akan teman Lisa selama 2 minggu, itu kalau Lisa dah ok, selagi tak ok, Ibu akan tinggal sini, if tak jugak, Lisa kena ikut ibu balik Janda Baik,” suara tegas itu singgah ke telinga Nurlisa.
Dia tidak memjawab tetapi airmatanya mengalir laju, terus masuk ke dalam suapannya. Sesungguhnya dia tidak dapat menahan sebaknya. Allah menarik nikmat untuk bersama ibu sendiri tetapi Allah menghantar ramai yang menyayanginya.
Mungkin selepas ini, tiada lagi tohmahan untuknya, yang mengatakan tiada ibu yang boleh mengajarnya untuk menjadi manusia.
“Ibu dan Ammar akan memastikan Lisa sihat mental dan phsycial, Ibu akan pastikan Lisa tidak akan tidur dengan airmata lagi. Ibu akan pastikan itu,” Puan Hendon menceduk sayur dan menambah ke dalam pinggan Nurlisa.
Dia memandang Nurlisa dengan penuh kasih sayang.
“Terimakasih Ibu, Lisa tak tahu apa perkara baik yang Lisa buat sepanjang hidup Lisa, tapi ini pasti Allah memberi apa yang Lisa telah berikan kepada orang lain. Lisa sangat menghargai apa yang ibu dan Ammar buat untuk Lisa. Kita tak kenal lama pun, tapi apa yang ibu buat ni, Lisa tak boleh cakap terimakasih, sebab kalau ada perkataan yang more that, pasti untuk ibu dan Ammar. Lisa seriously nak cakap yang Lisa sangat sangat sangat bersyukur, Alllah saja yang tahu,”
Dia memandang Puan Hendon juga dengan penuh kasih sayang, malah dia seperti melihat arwah ibunya menyantuninya semasa dia tidak sihat, semasa dia perlukan.
Perkara baik perlahan lahan menyantuninya. Dia pasti Syed Arman akan kembali padanya, kerana Allah akan membayar semua kesabarannnya.
“Lisa tak perlu tolong ibu kemas, Lisa pergi berehat, biar ibu dan Ammar yang buat. Sekejap lagi Ibu datang depan, kita borak borak,” Puan Hendon mengambil pinggan Lisa dan Ammar, membawa ke sinki kondo mewah itu.
Nurlisa cuma tersenyum manja, dia masih bangun dan mengambil gelas minumannya dan menapak ke sinki.
“Ibu ni baik sangat, nanti Lisa naik lemak pulak,” Nurlisa memeluk belakang Puan Hendon selepas selesai membasuh tanganya. Dia ingin mengambil aura positive yang tebal daripada Puan Hendon.
“Lisa, kalau boleh saya tanya, rumah ni Lisa sewa atau rumah sendiri?,” Ammar Ziyad bersuara sambil tangannya lincah memotong buah tembikai yang di bawa dari Hendon Resort.
“Ini rumah abang Lisa, dia yang belikan masa Lisa nak start kerja kat KL. Dia tak kasi Lisa menyewa, nanti kalau abang dengan kakak datang KL, boleh bermalam kat rumah sendiri,” Lisa mengambil piring dan menolong Ammar Ziyad memasukkan potongan tembikai ke piring itu.
“Nanti Ibu dengan Ammar boleh ambil satu bilik setiap seorang. Dalam semua bilik ada bilik air, lepas tu nanti Lisa pasangkan cadar ya, sebab sepanjang pindah sini, Lisa tak pernah pasang cadar pulak, sebab takde yang tidur,” Nurlisa mengambil garfu dan membawa pencuci mulut ke ruangan tamu.
“Lisa, lupa pulak nak cakap, saya ada gathering bersama medical student this Friday malam. Saya dah masukkan nama Ibu dan Lisa sekali. Nanti ikut ya, ini pertama kali kami buat kat KL, sebab semua tengah tunggu panggilan houseman. Jadi ada yang dah berkerja sementara tunggu panggilan,” Ammar turut sama duduk disofa mementara menunggu Puan Hendon selesai mencuci pinggan.
“Boleh, kalau ibu ikut, Lisa ok jer, maaf Lisa jawab call sekejap ya,” deringan telepon daripada biliknya kedengaran jelas daripada ruang tamu.
Nurlisa melihat nama Ameena tertera di skrin teleponnya. Dengan pantas Nurlisa menjawab panggilan tersebut.
“Ya Ameena, ada apa ya? Jangan buat saya takut,” Lelah jiwanya apabila melihat nama Ameena.
“Cik Lisa, sorry saya menggangu, saya nak pastikan Cik Lisa ok, sebab tadi nampak Cik Lisa sangat lemah, saya busy sangat, tak sempat nak hantar Cik Lisa balik. Teha ingatkan saya untuk memastikan Cik Lisa ok,” suara Ameena kedengaran risau dan penuh perhatian.
“Ouhhh..alhamdulilah, ibu saya ada datang, jadi insyallah saya ok. Boss apa khabar ya?,” itu adalah soalan pasti apabila bercakap dengan Ameena, tidak pernah dia melupakannya.
“Masih sama Cik Lisa, Boss masih tak nak buka mata, semalam Teha kata airmata dia mengalir, jari dia bergerak, tapi sekarang masih sama, Doktor minta kita semua tunggu,” Nurlisa tahu Ameena akan bercakap benar mengenai Syed Arman.
Selepas mengucapkan terimakasih, Nurlisa memutuskan talian. Dia kembali ke depan untuk berborak dengan Puan Hendon dan Ammar

BERSAMBUNG

Share this novel

maznom mohd said
2020-12-31 23:05:55 

nk lg...up lah 2 atau 3 chapter sempena tahun baru ni...cerita dia best...

YAZNI-ERNIE
2020-12-31 13:47:00 

tqvm dear. i like'it.


NovelPlus Premium

The best ads free experience