Series
2094
Gadis bumi bernama Selena itu mendakap bayi yang sedang menangis. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bayi itu terus menangis seperti ingin meminta sesuatu. Kau ni nak apa. Dia bermonolog.
Mahu tak mahu, dia terpaksa bawanya sekali pulang ke rumah. Mungkin ibunya tahu apa yang harus dibuat.
?Cak! Janganla nangis ya.? Dia cuba bergurau. Bayi itu mengerut dahi kepadanya. Mukanya merah. Dia pula yang malu. Ah dia tak tahu buat lawak. Jeritnya pula dalam hati.
Bayi itu masih terus menangis. Sudah sejam. Hampir pekak telinganya.
?Kau ni serupa kedai motor dekat rumah aku. Bisingnya sampai tahi telinga pun boleh terumpil keluar.? Selorohnya sendiri. Dia tau, bayi itu tak mampu membalas dengan kata-kata. Jangan ambil hati ya. Dia terus monolog dan tersengih seorang diri.
Dia sibuk melayan bayi itu sehingga tidak sedar orang sekeliling memandangnya. Mereka mula berbisik. Dia cuba memasang telinga.
?Eh ni bayi dia ya? Tak pernah nampak sebelum ni.?
?Entahla, tak pernah nampak pun suaminya.?
?Entah-entah dia ni lahirkan anak lu...? Mereka senyap seketika. Mungkin tak sanggup menghabiskan ayat itu. Hati Selena sedikit terguris. Dia tahu kumpulan makcik ini tidak akan berhenti di situ. Spekulasi demi spekulasi siap tambah perencah. Dia sudah lali. Maknya juga sudah lali dengan tohmahan dan cacian yang tak pernah dibuktikan benar.
Tekaannya memang tepat. Seorang makcik lagi menambah perisa ke dalam gosip mereka.
?Dia gelak seorang diri, nampak macam meroyan. Mungkin kena tinggal suami kot..?
Ah dia tak tahan dengan orang bergosip. Terutama membabitkan dirinya. Dia terus lari tanpa menoleh. Meninggalkan makcik-makcik yang acah suci. Baru pegang bayi, sudah dituduh bukan-bukan.
Dia seorang yang introvert. Berumur 14 tahun. Badannya kelihatan seperti wanita dewasa pada umur yang muda. Masyarakat setempat jarang melihatnya keluar. Jadi, mereka mula bertanggapan bukan-bukan.
Dia terus berjalan menuju ke rumah. Bayi itu masih menangis. Dia terlihat bunga raya berwarna merah yang besar. Dipetiknya.
?Nah! Janganlah menangis lagi.? Pujuknya.
Bayi itu berhenti menangis seperti kagum melihat bunga.
Selena menjerit gembira. Berhentipun.
Rumah Selena terletak di kawasan kilang membuat motor. Bunyinya agak bising. Tidur pada siang hari merupakan aktiviti yang agak mustahil di kawasan itu. Bayi itu mula menangis apabila mendengar deruman motor. Menangis lebih kuat.
?Aduh..?keluhnya.
Dia sampai di depan pintu rumah.
"Ibu, bayi ini asyik menangis." Selena menunjukkan bayi itu kepada ibunya, Sarah. Ibunya terkejut.
"Di mana kau jumpa bayi ini Ena? Jangan kau sebarangan membawa balik bayi orang lain." Ibunya menjerit kepada Selena.
Sarah mengamati bayi itu. Kulitnya putih dan halus. Berambut pendek berwarna merah dan sedikit pelik. Dia ada tanda di dahi. Seperti permata berwarna biru dan kuning. Sarah cuba menyentuh permata itu tetapi ia menghilang. Sarah mengerut dahi. ?Apa pula benda tu.?
"Ena jumpa dia di tepi pantai. Kasihan, dia asyik menangis." Jelas Selena.
Ibunya terus ke dapur. Dia tahu bayi itu kelaparan. Pengalamannya menjaga Selena masih melekat dalam mindanya. Dia membuatkan susu untuk bayi itu. Selena menunggu sambil membelek-belek napkin kepunyaan bayi itu. Dia melihat satu tanda yang tertulis 'sayangku, Harapan'.
"Ibu, Ena rasa nama dia ni Harapan. Mungkin Mohammad Harapan lah ibu. Ada tertulis pada napkin ni.? Jerit Selena sambil menunjukkan tulisan pada napkin itu.
Ibunya membawa botol susu keluar. Ibunya mengamati napkin itu. Dia mengangguk dan terus bersuara.
?Hi Hara sayang.? Sarah memujuk bayi itu. Tekaannya memang tepat. Bayi itu terus diam.
***
Bertahun-tahun mereka menunggu tetapi tiada orang yang datang menuntut Hara. Sehinggakan Hara makin mesra bersama mereka. Hara juga memanggil Sarah dengan panggilan ibu. Mereka hidup bertiga di rumah itu.
Hara membesar menjadi kanak-kanak yang amat sihat dan periang. Semenjak itu juga, ibunya tidak pernah nampak permata itu di dahi nya lagi.
Hari ini, Hara akan menyambut hari jadinya yang ke 16. Dia disambut oleh kakaknya, Selena.
"Bagaimana sekolah hari ni?" Tanya kakaknya.
"Ada seorang budak tingkatan atas cuba nak buli Hara. Tapi tiba-tiba dia larikan diri. Mungkin Hara ni sudah nampak kuat." Ceritanya penuh taksub sambil mengoyangkan tangan.
?Tapi dahi Hara rasa berdenyut tadi. Macam nak pecahlah kepala Hara ni kakak.? Dia menambah.
Ibu dan kakaknya merasa tidak sedap hati mendengar cerita Hara.
Malam itu bulan mengambang penuh.
Hara tidak dapat tidur dengan lena. Badannya berasa panas.
?Suhu dah capai 40 darjah Celsius ni. Bahaya.? Ibunya mengomel sambil menyimpan kembali termometer di laci.
Dia bersiap-siap untuk membawa Hara ke klinik.
Tepat jam 12 malam, dahinya berdenyut kuat. Hara merasa tidak keruan. Dia menjerit tidak tentu hala. Dia bergerak sana sini tak boleh duduk diam.
Ibu dan kakaknya bertambah risau. Mereka melihat jam di dinding.
Tepat JAM 12.
Tidak semena-mena, dahi Hara mengeluarkan permata kuning biru. Anak mata Hara sudah tak kelihatan.
Cahaya kuning memenuhi kawasan itu sehingga naik ke atas menyinari langit malam yang gelap.
Bushhhhhh.!! Rasanya seperti gempa bumi.
Orang ramai keluar menyaksikan peristiwa aneh itu. Suasana tengah malam itu menjadi terang benderang seperti siang. Angin sepoi-sepoi bertukar ganas menjadi badai. Atap-atap rumah hampir berterbangan.
Hara berpeluh kepanasan. Urat kepalanya sudah hendak meletup. Matanya sudah kabur.
Permata Emblem bersinar-sinar di dahinya. Dia merasa satu tenaga lain yang menjalar ke dalam urat-uratnya. Tubuhnya seperti ingin membesar. Cahaya biru dan kuning mula beralih untuk melingkari tubuh badannya.
?Ahhh apa ni!? Dia menjerit.
?Aku tak mahu mati. Aku tak mahu mati lagi!? Dia menjerit lagi.
Proses kematangan permata emblem hampir selesai. Dematerialisasi Permata Emblem hampir selesai. Emblem sudah matang apabila tubuh tuannya mencapai umur 16 tahun.
Kini, Emblem sepenuhnya matang. Tetapi Hara masih bingung. Dia langsung tak tahu akan Emblem. Kuasa yang diwarisi daripada ibu dan bapanya.
**
Penduduk di situ menyangkakan angin taufan melanda. Mereka membuat bising di luar rumah.
?Mereka ni buat bising je ibu. Bisingnya lagilah mengalahkan angin taufan tadi.? Adu Selena. Ibunya hanya diam.
Ibu Hara hanya mendiamkan diri. Dia pasti sesuatu telah berlaku kepada Hara. Dia risau. Dia pernah melihat permata itu sebelum ini.
Naluri keibuannya tahu, suatu yang buruk bakal terjadi.
**
Pada suatu tempat yang lain. Di bumi.
Kejadian itu memberi petunjuk buat Eskobar. Kini, kedudukan putera Harapan dikenalpasti. Dia tersenyum. Mencari putera Harapan di bumi seperti mencari semut di hutan. Dia bergegas ke arah sumber tenaga sonar.
"Kau tinggu aku, putera Harapan.!"
Dia menjerit kegembiraan.
Share this novel