Bab 8: Abraknight vs Ebera 3

Fantasy Series 2094

"Aduh!"

Askuvali diserang bertubi-tubi sehingga dia melutut keletihan. Pedang Abraknight tidak dapat lagi melawan gelombang Ebera-Suvarna Eskobar.

Permata Suvarna ialah pemangkin atau catalyst tindakbalas antara cahaya sonar yang diserap daripada bintang asfvahari dengan gerbang Matak.

Ia digunakan ketika dahulu untuk meningkatkan tenaga sonar yang diserap oleh gerbang Matak. Jika 1 peratus tenaga sonar dicerna oleh gerbang Matak-Suvarna, bandar di Matak akan menikmati 20 peratus tenaga sonar.

Jadi, 5 peratus sonar sahaja sudah cukup untuk kegunaan bandaraya Matak dengan menggunakan permata Suvarna. Selebihnya akan dihantar ke seluruh pelusuk galaksi menggunakan Abraleon.

Lohong kecil pada permata itu bertindak seperti alat pembesar. Malah angin yang bertiup melaluinya juga kedengaran seperti alunan yang mengasyikkan.

Jadi, gabungannya ini juga meningkatkan 20 kali ganda tenaga gelombang Ebera Eskobar.

Askuvali berpeluh-peluh kepenatan. Harapan memerhatikannya. Dia melirikkan mata melarang Harapan untuk campur tangan dalam pertarungan ini.

"Mengaku kalah? Eskobar mula bersuara.

Askuvali hanya memandang Eskobar mendiamkan diri.

Eskobar tahu Askuvali sudah kepenatan. Dia mengalihkan perhatian kepada Harapan. Harapan berdiri kaku memastikan Pintu ke Matak terbuka. Avalenanya masih aktif menjadi catalyst sonar bulan.

"Nampaknya kau sudah tiada pilihan, berikan emblem padaku atau kuambil secara paksa."

"Mengapa kau ingin sangat pada Emblem ni." Tanya Harapan.

"Kau masih muda. Emblem mempunyai kuasa yang kuingini. Orang-orangku di wilayah 33 memerlukan Emblem."

"Kuasa apa."

Eskobar tidak menjawab. Dia berjalan dan berdiri di tepi tiang corus. Tiang itu dibina menyerupai candi Borobudur bertatahkan batu turquoise dan lapis lazuli. Tumbuhan tropika menjalar melingkari tiang itu.

Eskobar melihat permata Emblem di dahi Harapan. Batu permata yang dia perlukan. Dengan Batu ini, dia akan dapat mengembalikan orang kesayangannya. Wajah isterinya bermain-main diminda.

Kedengaran dia menarik nafas yang dalam.

"Sigh. Emblem kau sudah matang. Senang untukku materialisasikannya nanti. Jika bukan kerana Askuvali, pasti aku sudah materialisasikannya tempoh hari."

'"Jika kau hendak selamat, ikut sahaja arahanku." Tambah Eskobar lagi.

Harapan terpaku. Dirinya hanya mengikut sahaja arahan Eskobar seperti orang yang dipukau. Dia juga tak mahu orang yang disayanginya dicederakan oleh Eskobar. Malah, Dia tidak tahu kuasa Emblem yang Eskobar gilakan.

Permata Emblem dimaterialisasi menggunakan Suvarna.

Harapan hanya memejam mata. Kesakitan yang dialaminya tak terperi apabila Emblem cuba dimaterialisasi. Emblem seperti sangat susah untuk dijinakkan oleh Eskobar. Emblem seperti hidup. Emblem cuba berinteraksi dengan tuannya.

"Harapan... Harapan..., aku Emblem. Permatamu.." kedengaran Emblem memanggil Harapan.

"Harapan..Harapan ini Emblem." Emblem mengulangi.

Tetapi belum sempat Harapan dapat membalas. Satu bunyi yang kuat.

Bushhhh!!

Satu kuasa berwarna hitam menganggu mereka. Abraknight. Askuvali cuba menyerang menggunakan tenaganya terakhir.

"Tak guna Askuvali!" Jerit Eskobar.

Kuasa hitam abraknight itu mengenai tiang Corus menyebabkan ia runtuh menyembah tanah. Tenaga sonar yang amat besar terlepas daripada rangkaian tindakbalas itu. Membentuk satu letupan nova. Satu lohong sonar yang tidak stabil terbuka menyedut semua material yang ada di kawasan beradius hampir 100m.

Mereka hilang serta merta daripada kepulauan Sumatra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience