BAB 46

Romance Series 25778

"hah, hakim, sikitnya kamu makan?" tegur dato hashim melihat hakim yang mengambil nasi begitu sikit.

aku yang sedang makan menoleh kearah hakim.

"takde selera la pa" jawab hakim lemah.

"mama. mama suapkan la papa, mesti papa berselera" suruh aiman.

"haa,betul tu.."puan roziah bersetuju.

"tak pe ma, hakim pun dah habis makan ni" hakim terus bangun dan menuju ke arah dapur dan menaiki anak tangga.

"wina, kenapa dengan hakim tu?" soal puan roziah pelik.

aku menggeleng.

"tak tau la ma..."

"abg hakim tak sihat kut maa" sampuk mira.

"takpe la..mama nak naik atas tengok hakim"datin roziah bangun.

"ma, biar wina tengok hakim"

datin roziah terus duduk dan mengangguk.

aku menuju ke dapur untuk membasuh tangan dan menuju ke atas. aku membuka pintu bilik dan melangkah masuk. aku lihat hakim sedang menaip sesuatu di laptopnya.

"err..abg okey ke? ke abg tak sihat?"

hakim berhenti menaip dan menoleh ke arahku.

"takde apa"ujarnya lalu mula menaip semula.

aku mengeluh dan terus berlalu ke bawah.

selepas wina keluar dari bilik , hakim berhenti menaip dan menyandarkan badan ke kerusi . kenapa syg tak pujuk abg? sampai hati syg..

kenapa la syg tak percayakan abg..handphone hakim yang berada di atas meja berbunyi. hakim mencapai handphonenya. sara.

apa kena la dengan sara ni? hari-hari duk kol aku. rimas pulak aku. aku block kang baru tau.desisnya geram.

yang aku pun satu, teman sara pi makan hari tu kenapa? bersuap pulak tu! menyesal betul aku ikut sara tu.kan sah bergaduh dengan isteri aku. haih...

disebabkan dia rimas sara asyik merengek minta disuap,dia terpaksa menyuap wanita itu. bodoh betul aku ni! hakim meramas rambutnya.

hakim terus mematikan handphone apabila sara menelefonnya lagi. dia menutup laptopnya.

hakim menuju ke arah katil dan baring. hakim mengerling ke arah jam di meja kecil di sebelah katil. 9.00 malam. solat isya dah, baik aku tido. hakim terus memejamkan mata.

"hakim kenapa wina?" soal datin roziah melihat aku muncul di ruang makan.

"xde apa maa..dia just penat je. dia nak tido" ujarku seraya menarik kerusi dan melabukan punggung.

"banyak sangat ke abg bagi keje dekat hakim?" datin roziah memandang suaminya.

"eh mana ada..hakim kan ceo sekarang, memang la busy" sanggah datuk hashim.

"suka hati je awak tuduh saya kan? sambung datuk hashim lagi.

"maaf bang"

datuk hashim menjeling isterinya. geram dituduh oleh isterinya.
***

"mama, aiman nak tido dengan mama dengan papa boleh?"

aku yang mendukung aiman menuju ke bilik tersenyum.

"boleh syg. aiman takut tido sorang-sorang kat bilik ea"usikku

"mana ada, aiman nak pujuk papa je. tengok papa macam sedih je, aiman nak ceriakan papa la"

"good boy" aku mencium pipi aiman.

aku.membuka pintu bilik dan menutupnya.

hakim yang sedang nyenyak tidur terjaga.

"papa" aiman berlari mendapatkan hakim.

"ye syg...aiman nak tido sini ke?"

aiman mengangguk.

"mama, meh la baring sini" ajak aiman.

aku menuju ke arah mereka.

"papa marah mama ke?"soal aiman.

"tak la syg, takkan la papa nak marah buah hati papa ni" ujar hakim seraya tersenyum

aku menggigit bibir.

"papa sayang mama tak?"soal aiman lagi.

"sayang giler giler" jawab hakim sambil mengerling ke arahku.

aiman menoleh ke arah aku.

"mama sayang papa tak?"

"hah?" aku terkejut. tak menyangka aiman juga akan menyoal ku.

"sayang" jawabku malu-malu.

"boleh la aiman dapat adik kan? aiman nak sangat adik.. mama, cepat la bagi aiman adik"aiman merengek.

"boleh aiman, tapi bukan sekarang. nanti papa dengan mama bagi aiman adik ye" hakim mengusap kepala aiman.

aiman mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience