BAB 52

Romance Series 25778

Datin Roziah menjeling jam di dinding. 5 petang.

"haih lamanya diorang ni nak sampai. nak dekat 3 jam dah ni". bebel Datin Roziah.

"apa yang awak membebel tu?"soal Dato'hashim yang baru turun.

"Ya Allah awak ni.. terkejut saya" datin Roziah mengusap dada kerana terkejut.

dato hashim hanya tergelak.

"Ni ha anak menantu kita ni. Tak sampai-sampai lagi. Saya risau la bang"

"Ish awak ni..Satgi sampai la tu"

Dato'hashim menarik kerusi dan melabuhkan duduk.

"nenek!" panggil Aiman lalu duduk di pangkuan datin roziah.

"cucu nenek dah bangun dah?" datin roziah mencubit pipi aiman geram.

"dah nenek. mana mama dengan papa. aiman rindu" rengek aiman.

pinn!

kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah.

"haa..tu mama dengan papa dah balik"ujar datin Roziah seraya menuju ke pintu .

"Assalamualaikum"

"waalaikumussalam" jawab datin Roziah dan dato hashim.

"mamaaaa" aku terus memeluk ibu mertuaku apabila pintu dibuka.

"ish sayang ni. kalau ye pun masukla dulu" bebel hakim seraya membawa beg masuk ke rumah.

aku melepaskan pelukan dan tersengih.

"sori mama,wina rindu sangat dengan mama" aku sudah memuncung.

"mama pun rindu kamu."datin roziah menarik aku masuk ke dalam.

"aiman. mama pun rindu kamu"aku terus memeluk aiman.

"aiman pun rindu sangat dengan mama"

"Aiman tak rindu papa ke?"soal hakim yang baru turun.

"mestilah aiman rindu, papa"

hakim mencium pipi aiman dan berlalu keluar untuk mengambil barang cenderahati yang aku dan hakim belikan di pulau Pangkor.

"banyaknya kamu shopping" datin Roziah membelek beg plastik yang hakim letakkan di meja.

"tak banyak pun maa.. hakim ni ha,wina nak beli banyak lagi tapi dia tak bagi" aku mengadu kepada datin roziah.

"apa la kamu ni kim. bini kamu nak beli banyak pun kamu tak bagi"Dato' hashim membebel.

"bukan tak bagi, Pa. cuma wina tu banyak sangat ha dia nak beli. buat apa nak beli banyak-banyak. membazir je" hakim menjeling aku.

"ish dah-dah. kamu berdua pergi mandi. mama tak sabar ni nak sembang dengan wina pasal honeymoon kamu berdua"

aku dan hakim hanya mengangguk.

"jom sayang"

"sayang nak abang dukung tak?"bisik hakim semasa kami sedang mendaki anak tangga.

"tak payah nak mengada ea" aku menjeling hakim.

hakim hanya tergelak.

bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience