Bab 65

Romance Completed 1278903

Nurlisa berjalan perlahan ke pejabatnya, pada pagi Isnin itu. Dia perlu menyiapkan semua kerja yang tertunggak kerana mungkin dia akan berhenti bila bila masa. Dia perlu berehat daripada semua kekusutan.
Cukuplah 6 tahun, kalaupun Syed Arman tidak ingat tentang dirinya, dia perlu berdamai dengan takdir.
Allah memberikan hujan untuk dirinya yang tahan basah di padang yang tiada pokok. Allah menjanjikan pelangi selepas hujan, cuma mungkin pelangi itu tidak secantik harapannya.
Jadi dia akan menunggu pelangi itu, pelangi itu akan muncul, dia pasti itu. Walaupun bukan di padang yang sama, tapi akan ada pelangi di padang yang lain, yang dia pasti rumputnya yang boleh dia berbaring, membolehkan dia kepulasan tiduran bersama Eiman.
Allah menjanjikan itu, dia pasti..
Nurlisa melepasi Ahad begitu sahaja, sepatutnya dia ke Bentong kerana itu perjanjian dia dengan Puan Embun, tapi dia takut untuk keluar daripada rumah.
Sudahnya dia memberi alasan perlu menyiapkan kerja yang tertangguh dan dia berharap ibu mertuanya akan faham dan tidak menyoal. Dia sudah bercerita dengan Ammar Ziyad tentang kepulangan abangnya dan meminta untuk Ammar merahsiakan daripada ibunya.
Selepas malam itu, dia tidak lagi mendengar suara daripada Syed Arman lagi. Dia sudah memberitahu tentang pembatalan cutinya kepada Ameena dan dia berharap Syed Arman akan sedikit tenang. Dia tidak mahu mencari pasal dengan Syed Arman, kerana dia perlu berundur secara terhormat.
Dia tidak perlu memperlihatkan dirinya tidak professional.
Kalau perlakuan Syed Arman seperti 6 tahun dulu, hanya berlembut sahaja pembukaan jalan untuk membuat dia bertenang. Berkeras dengan diri Syed Arman akan menghancurkan dirinya.
Dia tahu itu, walaupun hanya 2 bulan dengan Syed Arman, dia berjaya menukar Syed Arman kepada orang lain, yang mendambakan cintanya.
Dia berharap untuk kali ini, formulanya akan menjadi. Kalaupun jalannya panjang, dia berharap kesudahan yang baik untuk dirinya.
“Cik Lisa, I dah set meeting with boss, at 9am. I juga dah belikan coffee and karipap ikan, I dah letak kat your office,” Ameena menegur bossnya yang kelihatan lesu, tetapi seperti biasa dia sangat cantik, dengan baju kurung kedah yang berwarna kuning yang lembut. Terserlah kecantikan dengan tudung berwarna hijau lembut itu.
“Cik Lisa, I pun join meeting dengan you and boss sat lagi, tak sure kenapa boss nak I ada sekali,” Ameena menghulurkan proposal paper yang telah siap di approve oleh Finance dan CEO.
“Thanks Ameena, I tahu pasal you kena join the meeting. No issues. Later you plan meeting with Danish and team, I nak update dorang pasal paper ni, kena start buat small workshop, to design the process and timeline. You scan dulu and email to them, later I akan explain the whole project,” Nurlisa menepuk bahu Ameena perlahan, dia sayangkan gadis itu, walaupun seksi, tetapi dia bekerja dengan ikhlas dan sangat dedikasi.
Nurlisa menapak ke biliknya, hatinya berdebar untuk berjumpa dengan Syed Arman. Walaupun jiwanya sudah berbaik, tetapi kehendak hatinya juga perlu mengambil tempat.
Bukan senang untuk melupakan suaminya yang 2 bulan dia nikahi, apabila itulah lelaki pertama yang menyentuhnya, lelaki pertama yang mencumbuinya, lelaki pertama yang melihat badannya, lelaki pertama yang menanam benih di dalam rahimnya.
Bukan senang…
Nurlisa mencapai coffee itu dan menghirup perlahan, dia sudah lama tidak minum tea, sudah lama dia tidak minum tea nipis with less sugar, kerana tea itu mengingatkan dia kepada suaminya.
Mulutnya mengunyah karipap perlahan, dia menikmati breakfastnya sebelum menghadap rebut petir sebentar nanti.
Dia sudah bersedia untuk menghadap mood swings bossnya, lelaki yang tersimpan kemas di dalam hatinya.
“Cik Lisa, boss kata meeting venue kat bilik you. Later dia datang, dia dah sampai. Tapi dia minta you buatkan tea kat dia. Ok ke?,” Ameena serba salah apabila terpaksa menyampaikan apa yang Syed Arman arahkan.
Dia terpaksa, dia sendiri menyampah dengan kerenah Syed Arman.
“Boleh Ameena, tea masih ada kat bilik I, sekejap lagi I buat. You don’t worries, I ok jer ni. Ameena, you dah buat yang terbaik untuk I, you jangan rasa bersalah,” Nurlisa tersenyum apabila melihat Ameena always pamerkan seribu kedutan.
Ameena tersenyum, dia tahu wanita jelita ini memang punya kekuatan yang luar biasa.
“Ameena, later you log in my Instagram kat phone I ya, that day I dah logged out. Malas nak baca all the dm and notification. Beribu satu hari, tapi this time kena layan jugak, sebab Teha ask me to reply komen jugak,”
“and kalau I minta you response to all review tu boleh? Later kita discuss regards to payment ya, I malas lah nak baca. That day Eusoff kata ada yang minta kita orang review macam macam, and Eusoff yang terlebih excited pulak,” Nurlisa teringat Euosff yang excited apabila membaca semua direct message daripada banyak company.
“Cik Lisa, I’m do it for free, no need any payment. Tapi kalau ada token, I suka jugak,” Ameena mengenyitkan matanya, bahagia apabila melihat senyuman di bibir seksi itu.
Mereka masih punya 15mins untuk meeting, dah Nurlisa bangun untuk menyiapkan air Syed Arman. Dia ikhlas dirinya untuk mencuri selera suaminya. Pasti dia rindukan airnya.
Nurlisa tersenyum pahit dengan kebodohan kekalnya.
Dia meletakkan secawan tea di meja meeting itu. Dia rindukan bunga lilynya, dia juga rindukan bau perfume Syed Arman.
Tetapi tiba masanya untuk perlahan lahan berlalu pergi.
********************************************
Kelihatan lelaki segak itu berjalan ke kiri dan kanan di bilik itu, dia mencapai teleponnya dan mendail number seseorang.
“Uncle, dapat ke cari that girl? Malam tadi Arman mimpi lagi, tapi kali ini Arman nampak rambut dia panjang, separa pinggang. Dia tinggi, dia berjalan kat tepi pantai, tapi dia membelakangi Arman. Tapi uncle, dia pakai swimming suit, Arman nampak terang dari belakang,”
“Arman dapat rasakan kami rapat, sebab takkan dia boleh pakai bikini depan Arman. Uncle please tolong Arman, Arman dah kesuntukan masa dah ni, Arman tak boleh harapkan ingatan Arman lagi, tak tahu bila Arman akan ingat. Arman perlu berusaha cara lain. Please Uncle,”
“Thanks Uncle, kalau Uncle ada clue apa apa, please cakap dengan Arman. And Uncle kena rahsiakan dari sesiapa pasal deal kita. Arman tak nak mereka susah hati kerana Arman. Arman nak berdikari,”
Dia menamatkan panggilan itu, dia meraup wajahnya yang penuh kekusutan. Dia terasa seperti berjalan di atas bara. Dia tidak tahu berfikir lagi, dia buntu.
Sudah banyak kali dia solat istikarah, sudah banyak kali dan setiap kali juga dia bermimpi gadis itu. Gadis itu tidak pernah serik datang di dalam mimpinya.
Yang menjadi kehairanannya, wajah Nurlisa tidak pernah datang, walaupun kehendak hatinya ingin melihat Nurlisa di dalam mimpinya.
Dia sudah jauh berjalan, tak lama lagi kita akan jumpa penghujung jalan, tetapi masih tidak nampak rumah yang dia ingin cari.
‘Tolong aku Ya Allah’ Syed Arman merintih kelu, rasa sesak penuh di dadanya.
*******************************************
Nurlisa dan Ameena sudah bersedia di meja meeting di bilik Nurlisa. Mereka tidak bersuara, tidak juga berbicara, memasing melayan perasaan sendiri.
Tiada bunyi ketukan dipintu, tapi wajah Syed Arman muncul dengan wajah yang serius. Dia terus duduk di meja meeting itu tanpa memandang kepada Nurlisa dan Ameena yang bersedia di situ.
“Kita teruskan meeting ya, I straight to the point,” dia bersuara tegas, wajahnya memandang tajam terhadap Nurlisa.
“Kita akan buka cawangan baru di Arau Perlis, and Cik Lisa di arahkan untuk memulakan tugas di sana secepat mungkin. HR akan hantar email latest by today, and date to start at Arau’s office is tomorrow,” kata kata itu menikam dada Nurlisa, merobek hatinya.
Syed Arman memandang reaksi Nurlisa, tapi gadis itu menundukan wajahnya. Dia meramaskan tangannya sendiri, menanti reaksi daripada gadis itu.
Nurlisa mendengar, masakan dia tidak mendengar perkataan yang keluar dari mulut Syed Arman.
Dia mendengar, tersangar jelas, tetapi fikirannya kosong.
Dia cuma berfikir apa pulak muslihat Syed Arman hari ni?
Esok perlu ada di Arau? Gilaaa ke apa?
“We don’t have any office kat Arau buat masa ini, but you boleh gunakan my family banglo dulu as office. I dah arahkan facilities carikan office ASAP and Ameena will update you once office setup done. Facilities akan cari office kat Arau. I dah approve kat system just now,”
Nurlisa masih tertunduk ke lantai, dia hanya menyepi, tiada bahasa yang perlu dia katakan, malah dia tidak tahu apa yang harus dia jawab.
Ameena kelihatan terkejut, and Nurlisa pasti dia juga tidak tahu perancangan Syed Arman.
“I tak expect any alasan from you, handover semua open project kat Danish. You cuma concentrate dengan project Arau,” suara itu tegas
‘Dan dia tidak expect any alasan dari aku, hurmmmm, aku jadi bodoh lah kat sini kan?’ degusan itu bergema di dalam hatinya.
“ Kalau tak ada apa apa, meeting kita end here,” Syed Arman bangun dan terus keluar dari bilik Nurlisa. Langkahnya terus, tidak pandang ke belakang lagi.
Ameena memeluk Nurlisa dari tepi, dia dapat rasakan tubuh Nurlisa mengigil. Dia dapat mendengar nafas Nurlisa yang menahan daripada menangis.
Ameena mengemaskan pelukannya, dia juga tidak tahu harus berkata apa, semuanya sangat pantas, dia harap Nurlisa berfikiran positive, dah Nurlisa perlu positive
“Ameena, tolong I arrange meeting with Danish and team, lepas 3pm. I nak jumpa boss sekejap. You sambung kerja you, jangan risau pasal I, I ok ok jer ni,” Nurlisa bangun selepas dia pastikan lututnya dapat berdiri.
Dia tidak mahu Ameena melihat kelemahannya. Dia perlu berdiri sebagai wanita yang tabah di hadapan Ameena dan staffnya.
Selepas Ameena melepasi pintu itu, Nurlisa terduduk dan airmata merembas keluar. Sekali lagi dia memaksa hatinya untuk berfikir, kerana dia seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Syed Arman.
‘Kalaupun dia ingin berhentikan aku, atau kalaupun dia ingin berjauh dari dari aku, tidak perlu menghantar aku sebegitu jauh. Walaupun Arau itu adalah tanah kelahiran aku, tapi membuang aku bukan kesudahannya’ Nurlisa bermonolog sendiri.
Nurlisa menekan tangannya di kerusi itu, dia perlu bangun untuk ke mejanya. Sememang dia sudah merancang untuk berhenti, tetapi bukan ini caranya.
Dia membuka laptop itu, dia perlu menyusun semua semua open project and discuss detail with Danish. Dia tahu Danish pasti boleh membawa semua tugasnya, tetapi semuanya terlalu pantas.
Matanya tertacap kepada buku di sudut biliknya, dia seperti melihat Syed Arman membaca buku dengan berseluar pendek tanpa berbaju. Dia dapat melihat badan sasa itu memanggil dirinya untuk memeluk dan dia mengomoli tubuh sasa itu.
Matanya beralih ke dinding putih itu, dia seperti melihat Syed Arman berdiri memandang dirinya mengemas rumah, menyapu rumah dan Syed Arman akan menarik dirinya dalam pelukan dan mereka berasmara di tengah rumah itu dengan nafsu yang mengila.
Semua itu terjadi kerana cintanya yang mengunung kepada Syed Arman. Dia masih ingat apabila Syed Arman mengakui dia adalah cinta pertamanya, dia masih teruna ketika mereka bersama, Syed Arman mengakui dia selalu merasa ingin mencumbui, menyentuhinya, kerana aliran cinta mereka sangat kuat.
Bagaimana dia harus pergi dengan mudah kalau semua itu terlekat dalam ingatannya.
Bagaimana dia mahu mengikis, bagaimana?
Nurlisa mengesat airmata, kalau semalam dia sedikit tenang, hari ini dia kembali kusut. Walaupun hatinya tahu apa yang dia lakukan, jiwanya juga harus di ambik kira.
Nurlisa perlu bersemuka dengan Syed Arman, dia perlu tahu untuk berdiri dengan pendiriannya. Dia harus bahasakan Syed Arman agar dapat membezakan kerja dan hati.
Kalau Syed Arman tidak tahu, dia akan ajarkan.
Nurlisa bangun dan menapak perlahan ke bilik Syed Arman. Dia memberi isyarat kepada Ameena untuk meminta izin untuk masuk ke bilik Syed Arman.
Ameena mengangguk, dia sendiri malas untuk bercakap dengan Syed Arman untuk memaklumkan kedatangan Nurlisa.
Selepas ketukan kedua, Nurlisa mendengar suara Syed Arman untuk masuk. Dengan separuh keyakinan, dia masuk dan dia sudah bersedia dengan semua rebut petir itu.
“Boss, I ada something nak discuss, can we talk?,” Nurlisa pantas menutup pintu dan memandang tepat ke arah Syed Arman.
Syed Arman seperti terkejut dengan kedatangan Nurlisa. Tanpa menyuruh Nurlisa masuk, dengan ego yang masih bersarang di dadanya, dia hanya memandang sinis dan mulutnya bercakap dengan mengalihkan matanya ke laptopnya.
“If you nak discuss regards to transfer, the answer is NO,” Syed Arman merasakan Nurlisa melangkah ke meja kerjanya.
“Boss, I agreed dengan transfer tu, no issues for me. Tapi I cuma nak propose date transfer to tukar to Monday next week, sebab I ada banyak task nak handover and some of task tu involve with systems. I need to revisit back the process and change the access. And ada a few tasks involved with different stakeholder, and we need to proper handover. Can i?,”
Di sebalik kata kata yang penuh keyakinan itu, tangannya mengigil. Dia cuba bertenang dengan sikap tidak peduli Syed Arman.
“As I mentioned during our meeting just now, your date is tomorrow. No delay and if you tak suka dengan arrangement, you boleh letak resignation letter. I got no problem with that,” suara itu masih tidak peduli, dia tidak pun memandang Nurlisa.
Nurlisa mengerakkan kaki ke pintu. Dia tidak nampak jalan untuk berbincang lagi,
Sebelum keluar, bibir pantas menutur bicara.
“ I got you Tuan Syed Arman. Nanti I akan key in resignation letter kat HR Systems, with 24 hours notice. Thanks Tuan Syed Arman, thanks for everything,” Nurlisa mencapai dedaun pintu itu dan berlalu pergi.
Dia tahu Syed Arman mendengarnya.
Beberapa langkah dia melepas dinding bilik Syed Arman, dia mendengar dentuman kuat, seperti ada barang yang di baling ke dinding itu.
Semua staff memandang ke arahnya, tetapi dia terus melangkah ke biliknya.
Dia sudah tidak peduli.
BERSAMBUNG

Share this novel

Balerina Rina
2021-02-11 10:37:44 

update lh lagi sampai habis

Balerina Rina
2021-02-11 10:37:19 

sedih Sgt.. kesian nurlisa

anace
2021-02-11 10:26:36 

sedih sangat cinta bawa derita la Lisa ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience