KDS 5 - KULI BALACI

Romance Completed 250160

ADAM IAN, sedang mengenakan tali leher di hadapan cermin. Entah kenapa di fikirannya masih memikirkan Wanna. Dia masih tidak dapat menerima hakikat yang Wanna sudah pun dimiliki. Selesai memakai tali leher, dia terus mencapai briefcasenya lalu berjalan menuju ke bawah. Kelihatan Dato’ Arif, sedang duduk di meja makan, sambil membaca surat khabar. Mak Nah pula sedang menyiapkan sarapan pagi waktu itu. Adam Ian menuju ke meja makan. Dia terus melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan ayahnya. Dia cuba untuk senyum di hadapan ayahnya. Tidak  mahu nanti ayahnya berfikir yang bukan-bukan. Malam tadi begitu banyak panggilan dan Whatsapp daripada Wanna, tetapi ...

— Locked Chapter —


NovelPlus Premium

The best ads free experience