KDS 4 - WHY WANNA?

Romance Completed 250160

JAM menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Liyana dan 
Damia sedang bersiap-siap untuk keluar makan tengah hari. Damia bangun dari kerusi sambil mencapai beg tangannya.

“Mia tak payahlah keluar. Mia tunggu je kat ofis ni. 

Biar akak pergi tapau je. Mia nak makan apa?” soal Liyana.

“Isy, akak ni, Mia boleh jalan lagilah.”

“Dengan kaki macam tu, Mia nak berjalan? Dah tak payah.Tunggu je kat ofis ni.”

“Kalau akak dah cakap macam tu, akak tapau jelah apa-apa pun,” kata Damia.

“Okey akak pergi tapau dulu. Mia tunggu dekat pantri okey. Kejap lagi akak balik.”

“Okey, kak.”

Sementara menunggu Liyana pulang, Damia menuju ke pantri untuk membuat air.

“Kaki awak macam mana? Dah okey ke?” tegur Adam Ian secara mengejut dari arah belakang.

“Allah!” Suara Damia separuh menjerit. Dia betul-betul terkejut mendengar suara bosnya dari arah belakangnya. Hampir terlepas cawan dari tangannya tadi. 

Adam Ian ketawa kecil melihat Damia.

Ketawa pulak dia, gumam Damia.

“Sorry-sorry sebab terkejutkan awak.” Adam Ian memohon maaf.

“Err, tak apa bos. Kaki saya dah okey sikit ni. Bos tak pergi makan?” tanya Damia.

“Tak. Nanti petang baru saya makan. Saya nak keluar dah ni. Pukul 3.00 nanti saya ada meeting. Dan mungkin saya tak balik ke ofis semula.”

Damia hanya tersenyum kecil. Dah macam dia pula setiausaha kepada Adam Ian. Sepatutnya bosnya itu perlu memberitahu kepada Erin. Bukannya kepada dia.

“Kalau tak ada apa, saya pergi dulu ya.”

“Baik bos,” jawab Damia perlahan.

Adam Ian berlalu pergi dari situ. Mata Damia tidak lepas memandang Adam Ian, yang menghilang dari pandangannya.

“Kenapalah kau ni handsome sangat.” Damia bercakap sendiri sambil tersenyum. Dia betul-betul terpegun melihat sepasang mata coklat milik bosnya tadi.

“Apa kau cakap? Bos handsome? Betullah kau memang ada hati pada bos kan?” Muncul Erin tiba-tiba.

Damia kaget. Dia betul-betul terkejut apabila melihat Erin di situ.

“Ha kenapa kau diam?” soal Erin sambil berpeluk tubuh.

“Cik Erin dah salah faham ni.”

“Aku salah faham? Berapa kali aku nak cakap? Encik Adam tu aku punya.”

“Saya minta maaf, Cik Erin.”

“Kau ni memang muka tak tahu malulah. Sedarlah diri tu sikit. Kau tu langsung tak sesuai dengan Encik Adam. Pergi cermin diri tu dulu. Layak ke tak, kau dengan Encik Adam.” Erin tersenyum sinis.

“Eh, ni apahal you ni Erin? Tak habis-habis lagi ke tak puas hati dengan Damia?” Liyana muncul di pantri. 

Dia betul-betul kurang senang melihat Erin di situ.

“Kau diamlah!” marah Erin.

“Kau tu yang patut diam. Jangan sampai aku repot pasal kau dekat bos.” Liyana memberi amaran.

Erin berdengus kasar, lalu berlalu dari situ.

“Apa yang Erin dah buat dekat Mia?” soal Liyana.

“Tak ada apa kak. Akak dah beli nasi Mia?” Damia menukar topik.

“Ada ni ha. Mia jangan layan si Erin tu.” “Okey kak,” jawab Damia lemah.

PETANG tadi Damia menyuruh kakaknya Dahlia mengambilnya di pejabat. Pada mulanya Liyana menawarkan diri untuk menghantarnya pulang tetapi Damia menolak baik kerana tidak mahu menyusahkan Liyana.

“Tulah. Layan lagi cerita Korea Mia tu. Tengok apa dah jadi sampai kaki dah bengkak. Tidur lambat lagi,” bebel Dahlia kepada adiknya. Dalam masa yang sama, tangan Dahlia mengurut kaki adiknya.

“Aduh... aduh sakitlah akak. Janganlah picit kuatkuat. Alah, akak ni pun, benda dah jadi nak buat macam mana.”

“Tengok tu bila cakap sikit je nak menjawab. Sebab tu akak dah cakap semalam tidur awal kan? Awak tu baru kerja tau?” marah Dahlia.

“Yalah, lepas ni Mia tidur awal. Tak ada lagi isu tertidur ya, akak Mia sayang.” Damia memujuk Dahlia.

Dahlia hanya menggelengkan kepalanya. Nak dimarah sangat tak sampai hati. Kerana Dahlia begitu menyayangi Damia. Dahlia tidak mahu apa-apa terjadi kepada adiknya. Hanya Damia sahaja ahli keluarganya yang tinggal.

ADAM IAN, sedang bersiap-siap di hadapan cermin. Dia mengenakan baju T-shirt berkolar putih dan dipadankan dengan seluar jean berwarna biru. Rambut disisir rapi supaya dirinya sentiasa kemas di hadapan Wanna nanti. Telefon bimbitnya berbunyi, menandakan WhatsApp masuk.

Wanna : You boleh datang ambil I di rumah tak?

Adam Ian : Anything for you sayang.

Adam Ian berjalan menuju ke bawah. Kelihatan ayahnya di ruang tamu.

“Nak ke mana tu Ian?” tegur Dato’ Arif.

“Ian nak jumpa Wanna ayah.”

“Oh, ya ke. Nanti kirim salam pada dia ya.”

“Okey, ayah,” balas Adam Ian sambil berjalan keluar menuju ke keretanya.

Enjin kereta dihidupkan. Setelah itu, kereta meluncur laju menuju ke rumah Wanna.

“CANTIK you hari ni,” puji Adam Ian.

“You ni... Anyway thanks,” ucap Wanna sambil tersenyum.

Pelayan restoran datang ke arah mereka berdua untuk mengambil pesanan. Setelah selesai memesan makanan, Wanna mula memandang Adam Ian sambil tersenyum.

“You cakap semalam ada perkara penting nak beritahu I, apa yang penting sangat tu?” soal Adam Ian. Riak wajahnya seakan-akan tidak sabar ingin mengetahui perkara yang mahu disampaikan Wanna.

“Okey kalau I cakap ni, you jangan terkejut tau.” Wanna tersenyum.

“Okey I dengar ni.”

“Guess what, I’m in love Ian. I’m in love. You percaya tak?” soal Wanna dalam keadaan teruja.

“Maksud You?” Adam Ian mula berteka-teki. Adakah orangnya adalah dia?

“I dah jatuh cinta dengan dia.”

“Dengan dia? Apa maksud you? Siapa dia?”

“He’s quite handsome. Nama dia Rusdi. I tak sangka dia boleh sukakan I juga. I ingatkan I sorang je yang ada perasaan pada dia.” Wanna sudah tersenyum-senyum.

Riak wajah Adam Ian berubah. Tidak disangka, orangnya bukanlah dia.

“You dengar tak apa yang I cakap ni,” soal Wanna.

“Dia pramugara juga?” soal Adam Ian berbasi-basi.

“Dia pilot. Mungkin dalam bulan depan, I akan kenalkan dia dengan keluarga I. Mula tu I macam tak perasan sangat yang Rusdi sukakan I. Tapi rupanya, dia memang dah lama ada hati pada I.” Wanna begitu teruja bercerita.

Hancur lebur impian Adam Ian, untuk memperisterikan Wanna. Lebih menyakitkan hatinya, apabila Wanna bakal memperkenalkan teman lelakinya nanti kepada keluarganya. 

Pada malam itu, Adam Ian tidak terlalu banyak bercakap. Dia hanya banyak mendiamkan diri. Sebaliknya Wanna pula yang lebih banyak bercerita tentang dia dan teman lelakinya.

Habis sahaja makan malam, mereka berdua pulang ke rumah. Di dalam kereta, Adam Ian langsung tidak bercakap dengan Wanna.

“Kenapa you diam je tadi masa I bercerita?” soal Wanna.

“Erm, tak ada apa-apalah,” jawab Adam Ian sambil menumpukan pemanduan.

“I ada buat salah apa-apa ke?” soal Wanna lagi.

“Tak ada apalah. Don’t worry okay?”

“Kalau I ada buat salah I minta maaf.”

Wanna memandang Adam Ian dengan riak wajah yang bersalah.

“Nak minta maaf kenapa? You tak buat salah apa-apa pun.” Adam Ian meyakinkan Wanna.

“Lega hati I bila You dah cakap macam tu. Nanti, lepas I balik dari Amsterdam kita jumpa ya.”

Adam Ian hanya mengangguk, tetapi tidak berjanji. Kereta terus meluncur laju.

“BARU balik Ian?” soal Dato’ Arif.

“Eh, ayah tak tidur lagi?” soal Adam Ian pula, sambil berjalan menuju ke arah ayahnya. Punggung dilabuhkan di atas sofa bersebelahan dengan ayahnya.

“Belum lagi, kejap lagi ayah tidur.”

Adam Ian mengelamun jauh. Manakala Dato’ Arif memerhatikan anaknya.

“Kamu kenapa Ian? Ayah tengok tadi masa kamu nak keluar bukan main lagi kamu gembira. Ni dah balik muka kamu muram je. Kamu ada masalah dengan Wanna ke?” soal Dato’ Arif.

“Entahlah ayah. Ian tak tahu nak cerita macam mana.”

“Cerita jelah. Lagipun dengan siapa lagi kamu nak bercerita kalau bukan dengan ayah kan?”

Adam Ian memang rapat dengan ayahnya sejak kecil lagi, siapa lagi dia mahu mengadu, kalau bukan dengan ayahnya.

“Wanna ayah. She’s already have a boyfriend.” Adam Ian menunduk.

“Wanna dah ada teman lelaki?” soal Dato’ Arif.

Adam Ian mengangguk.

“Ayah ingatkan selama ni Ian dengan Wanna memang bercinta.”

“Kami tak pernah bercinta pun. Mungkin Ian lambat sangat luahkan perasaan Ian pada dia,” jawab Adam Ian.

“Tak apalah Ian. Mungkin kamu memang dah tak da jodoh dengan dia. Atau lepas ni kamu akan jumpa dengan orang yang lebih sesuai dengan kamu ke nanti? Mana tahu?” pujuk Dato’ Arif.

Adam Ian hanya mendiamkan diri. Tidak mungkin semudah itu dia akan melupakan Wanna. Dia terlalu mencintai wanita itu. Ini kerana mereka telah membesar bersama-sama, hinggakan mereka juga menyambung pelajaran di universiti yang sama.

“Tak apalah ayah. Ian naik atas dulu.” Adam Ian bangun dari sofa dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Dato’ Arif hanya memandang anak lelakinya dengan rasa kasihan.

Tiba sahaja di bilik, Adam Ian terus sahaja membuka pakaiannya. Dia mencapai tuala mandinya dan menuju masuk ke bilik air.

Air pancut dibuka. Dia merenung wajahnya ke arah cermin.

Why Wanna! Why! jerit hati kecilnya.

Adam Ian betul-betul menyesal kerana lambat meluahkan perasaannya kepada Wanna. Jika dia awal, mungkin sekarang ini, dia yang akan menjadi kekasih kepada Wanna, dan bukanlah Rusdi.

WANNA dari tadi cuba menghubungi Adam Ian. Tetapi langsung tidak berjawab. WhatsAppnya juga tidak berbalas.

“Isy, dia ni kenapa? Tadi cakap tak ada apa-apa. Kenapa bila call tak nak pickup? Takkan sebab aku cakap dah ada kekasih terus jadi macam ni? Dia ada hati kat aku ke? Tapi dia tak da pula cakap.” Wanna membebel sendiri. 

Pelik dia dengan sikap Adam Ian.

Hai. Novel ini sudah dibukukan. Jika berminat nak dapatkan novel ni dlm bentuk fizikal dan utk dibuat koleksi, boleh dibeli di aplikasi, NovelPlus, Shopee ataupun Lazada.

Share this novel

Dayang Asir
2021-06-23 19:43:43 

kalau beli novel ni bukan dlm btk fizikal boleh x☺️


NovelPlus Premium

The best ads free experience