Prologue

Short Story Series 4182

"Hyun Soo dah ..sudah dia yang kau ragui cintanya dahulu tidak mungkin boleh berputik kembali seperti dahulu kala. Bagaimanakah keadaan kau yang sekarang Khai..adakah engkau sudah melupakan aku. Maafkan aku kerana mensia-siakan pengorbanan yang pernah kau curahkan dahulu ..maaf".Air mata Hyun Soo bergelinangan meratapi kehilangan Mr.K yang dahulu kekasihnya namun, tidak lagi kini kerana perbuatannya yang tidak mempercayai CINTA."
. Dalam masa yang sama, Khai sedang sibuk memasak makanan "western" yang dipesan oleh pelanggannya di sebuah restoran yang diberi nama Kind Soup di Paris. Khai langsung tidak menghiraukan panggilan telefonnya ketika itu kerana terlalu sibuk. Baginya, peristiwa lalu banyak mengajarnya untuk menjadi seorang yang optimistik dan peka terhadap kerjayanya sebagai seorang tukang masak yang sememangnya diidam-idamkan olehnya sejak kecil lagi.Peluh membasahi wajahnya yang putih melepak mengalahkan wanita Korea. Mukanya yang putih langsung tidak menggambarkan kematangan yang ditunjukkan olehnya malah, wajahnya kelihatan lebih muda dari usianya.
. "Kerja ini banyak lagi perlu disiapkan awak tahu atau tidak Hyun Soo? Awak expect ada ke yang sanggup hendak menggantikan penceritaan yang murahan seperti ini? Penulisan awak yang membosankan ini amat saya kesali.Awak bukannya duduk di Malaysia ini baru sehari dua tetapi, sudah genap 20 tahun!" Berang bos Hyun Soo yang berasa kecewa kerana terpaksa menangguhkan sebuah drama yang sepatutnya telah pun diterbitkan pada tahun ini."
. "Maafkan saya..mianhae berikan saya tempoh masa lagi.Saya jamin saya mampu berikan yang lebih daripada ini tolong.." Rayu Hyun Soo yang menahan air matanya agar tidak berlinangan. Bos Hyun Soo naik angin dan menghempas hasil kerja Hyun Soo ke atas lantai dan mengarahkannya untuk keluar.
. .......
WATAK DAN PERWATAKAN:-

HYUN SOO - SEORANG GADIS YANG BERUSIA 23 TAHUN DAN AMAT MEMENTINGKAN KERJAYA DALAM KEHIDUPAN.HAL PERCINTAAN HANYALAH PERKARA YANG REMEH-TEMEH DAN TIDAK PENTING SEHINGGALAH DIA BERTEMU DENGAN KHAI AD-DIN YANG TELAH MENGUBAH PERSEPSINYA.DIA BANYAK MENEMPA KEGAGALAN SETELAH DIPECAT OLEH BOSNYA.
. KHAI AD-DIN - SEORANG YANG BERUMUR 25 TAHUN DAN DAHULUNYA BERHATI LEMBUT KINI SUDAH BERUBAH MENJADI SEORANG YANG TIDAK LAGI MEMPERCAYAI INSAN YANG BERGELAR WANITA SEJAK MENGENALI HYUN SOO.SEORANG YANG BERIMPIAN BESAR UNTUK BERJAYA TANPA WANITA DISAMPINGNYA.MENGUSAHAKAN SEBUAH RESTORAN DI PARIS.
. UTHMAN TALHAH- RAKAN KARIB KHAI DAN BEKERJA SEBAGAI SEORANG " GRAPHIC DESIGNER".
. RAIYAN JAAFAR- RAKAN LAMA KHAI SEJAK KECIL NAMUN, TERPISAH.SEORANG YANG CERIA PADA HAKIKATNYA NAMUN, BERMISTERI.
. DOKTOR YUSUF- RAKAN KEPADA RAIYAN YANG BERKENALAN KERANA HAL PEKERJAAN.SEORANG YANG BERTIMBANG RASA DAN PRIHATIN KEPADA PESAKITNYA.
. NUR- RAKAN KARIB HYUN SEMASA DI KOREA YANG BERBANGSA MELAYU.DIA MENUNTUT DI SEBUAH INSTITUSI DI KOREA OLEH ITU, MEREKA TERPISAH SETELAH HYUN SOO BERPINDAH KE MALAYSIA MENGIKUTI IBU BAPANYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience