~Part 4 : Pertama Kali

Short Story Series 4182

- Sebelum Prologue "throwback"

"Aku rasa macam penatlah pula nak keluar dengan Man ni nanti aduh.." Khai sedang membelek-belek media sosialnya sambil duduk di atas sofa yang empuk di ruang tamu rumahnya. "Alahai.. kawan aku semua keluar "dating" je kerjanya macam tak ada kerja lain nak dibuat agaknya..ke..aku jealous ni aishhhh.Ayah Khai tiba-tiba datang ke ruang tamu dan duduk bersebelahan dengan anak tunggalnya itu. "Hang pasaipa still duk main phone dari tadi? Abah nak pi keluaq sat hang nak follow abah or not?" Khai tertanya-tanya di dalam hatinya.."Sejak bila pula abah ni pandai speaking?!" ..Ayah Khai memandangnya dengan muka yang pelik. "Hello? Are you there my son?" Soal ayah Khai kepadanya.."Aaaahh? Ya ya sat Khai peliklah.. dengan abah..abah cakap omputih pula tadi!" Khai bercakap dengan loghat Kedahnya.Ayah Khai tergelak. "Nasib bek bukan Thailand hahahaha" Khai hanya memandang ayahnya dengan penuh musykil. "Pasaipa ada kena-mengena dengan Thailand pula dah la ni" Ayah Khai menceritakan bahawa keluarganya mempunyai moyang yang berketurunan Thailand. "Oh lagutuuu....hmm tapi ummi orang Selangor ja maknanya abah la yang lagi terer lah ni!" Ayah Khai hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Yalah ini abah sapa? Khai kan? Hahahaha..bapa borek anak rintik..nanti cari bakal isteri yang biasa-biasa ja..tolonglah jangan dok cari yang sampai ke Korea ka..Jepun ka..bukan pasaipa jauh-jauh sangat ni susah...haaa ingat pesan abah ni" Khai hanya tersenyum melihat gelagat ayahnya. "Abah mengarut apa ni bah..Khai ni muka pun selenga ja mana lah ada orang nak minat"..Ayah Khai bersuara "Abah cakap ja"... "Baiklah abah haaa sat Khai nak call man" ..."Call jelah abah kan nak keluaq ni" .

**********
BIT BIT BIT BIT BIT BITTT..

"Hah! Assalammualaikum Man...weh bro aku penatlah nak keluar nanti..tadi, aku pergi cooking lessons" Khai memberi alasan kerana kepenatan.

"Waalaikummussalam.. Alah takpe next time kan ada..no worries lah k bro!"

"Okay! Thanks lah sebab faham ok cau dulu bye!"

"Ya ya..pergilah cau sana nuhhh hahaha take care with your health bro kau tu dah la senang kena migrain "

"Okay bro!"

*Khai terus bangun lalu beredar ke biliknya.Dia melabuhkan tubuh badannya di atas katil dan terus terlelap sambil berdengkur.*
ZzzzZzzzzZzzzzzZzz

***********
-Pertama kali bertentangan mata dengan Hyun Soo-

"Adoi!!! Sakitlah! Oi buta ke!" Hyun Soo memarahi seorang lelaki yang tidak sengaja melanggarnya ketika hendak menuruni tangga. "Sorry..sorry!" Khai memandang Hyun Soo dengan rasa bersalah. "Fulamak lawa gila minah ni aduh sakit mata aku kena panahan syaitannirojim..astaghfirullah!" bisik hati kecil Khai. "Apa pandang-pandang! Sakit tau tak! Ish! Lain kali kalau jalan tu tengoklah orang sikit ni tak main langgar je!" Hyun Soo begitu bengang dengan Khai. "Okay..once again saya minta maaf sangat-sangat! Apa kata saya belanja awak minum ke or if awak tak breakfast lagi ke?" Khai berharap agar dia dapat lebih mengenali Hyun Soo. "Hah?! Pergi minum? Breakfast? Jangan harap! Aku baru je kenal kau..wait, not really..aku tak kenal pun kau! Ada hati nak ajak aku minum lah..breakfast lah..ish!" Khai tergelak. "Hahahaha fine..then, saya perkenalkan diri saya..nama saya Khai..and saya ambil course engineering but, saya baru sedar saya ada kelebihan memasak so, I'm about to quit engineering.., how about you?" Hyun Soo membeliakkan matanya. "Me? Oh hmm..,Hyun Soo..saya ambil course sastera je..tu pun sebab kelebihan saya bukan daripada minat" ....., "Hyun Soo? Tu macam bukan nama orang melayu je mix ke?" Soal Khai. "Haah...saya ni mix Malay and Korea..ayah saya Malay and my mom Korea" jelas Hyun Soo kepada Khai. "Oh okay..hmm awak nak keluar dengan saya tak?".Inilah kali pertama Khai jatuh cinta pandang pertama.

**********
Selepas genap 2 tahun mengenali Hyun Soo..Khai mengambil langkah yang drastik dengan meluahkan perasaannya.Hyun Soo memberitahu Khai bahawa dia perlu memikirkannya terlebih dahulu kerana tidak mahu bersikap terburu-buru dan mahu mengejar cita-citanya.Khai memahaminya dan berharap agar Hyun Soo dapat menerima perasaannya.Hyun Soo berjanji aku memberikan jawapan selepas dia berjaya memenangi pertandingan penulisan terbaik.Khai hanya tersenyum gembira.

*********
-Selepas "Prologue"
Hyun Soo beredar dari hadapan pintu rumah Khai.Dia berasa bersalah kerana telah menyakiti perasaan Khai kepadanya.Baginya, kerjaya lebih utama dan tidak mahu dirinya mensia-siakan peluang yang ada selepas memenangi pertandingan penulisan terbaik.Walaupun begitu, dia masih belum menyedari bahawa dirinya masih mencintai Mr.K..

**********
Nur Janna telah bertolak ke Malaysia untuk berjumpa dengan keluarganya dan bakal suaminya tidak lama lagi. "Assalammualaikum ibu! Ayah! Nur dah sampai dah ni..." Ibu Nur Janna membuka pintu bagi menyambut anaknya sementara ayahnya berdiri di belakang ibunya sambil tersenyum gembira kerana penantian mereka telah berakhir. "Ya Allah..besar dah anak ibu ni..tak lama lagi nak kahwin dah kan? Betul tak bang?..." Ibu Nur Janna menyoal bapanya. "Betul lah tu! Anak ayah yang dulu kecil molek je dah besar..dah berjaya..lepas ni kahwin dah..cepat bebenor masa berlalu..haa mari-mari masuk Nur".., "Baiklah ayah..ibu..tapi, Nur nak mandi dulu ni dah berlemuih sangat dah ni bau kepam dah hahaha!" .. Ibu dan ayah Nur hanya tergelak dengan telatah anak sulungnya itu.

**********
Selepas Mr.K kembali ke Malaysia ayah dan ibunya juga menyambutnya dengan penuh kegembiraan.Setelah selesai solat berjemaah ibu Khai tiba-tiba bersuara "Khai..pasal yang time Khai dalam flight tu..ummi nak cakap yang ummi harap Khai dapat lupakan kisah percintaan yang lama tu..ummi harap Khai dapat move on boleh?"..Khai tersenyum lebar.."Baiklah ummi Khai janji untuk lupakah kisah percintaan yang lama dan cuba untuk terima hakikat." Ayah Khai pula, menyampuk "Baguih la lagutu..jangan la dok terhegeh-hegeh kat minah Korea tu lagi" Khai hanya mampu tersenyum tetapi, jauh di sudut hatinya masih tidak mampu melupakan Hyun Soo..

-Semasa di kawasan perumahan Uthman Talhah-

"Assalammualaikum Man! Oh Man!" Khai berdiri di hadapan pintu rumah Uthman Talhah.."Eh Khai! Ya Allah..Waalaikummussalam masuk..masuk".., "Eh takpela..aku datang just nak bagi ni..masakan favourite kau! Hehehe kan aku dah janji mana boleh kita memungkiri janji kan?" ..., "Ya Allah..susah-susah je! Aku hampir lupa pula kau janji nak bagi aku..thanks bro! Eh by the way, kau dah nak kahwin dah kan next week? Congrats bro! Jangan lupa jemput aku na..." Uthman Talhah gembira dengan pernikahan Khai tidak lama lagi. "Itulah...aku pun ni cuba untuk melupakan Hyun..." Uthman tersedak tatkala mendengar sahaja nama tersebut. "Haa bagus lah kalau macam tu anggap je lah dia bukan jodoh kau..eh haaa..kau dah jumpa ke your future wife tu bro?" Soal Uthman. "Belum lagi..kata ummi and abah aku esok..sebab dinner sekali" .., "uih! Tapi, cepat betul eh kau terus nak kahwin? Takde tunang ke apa tuptup kahwin terus" .., "Entahlah ummi aku tu bro..katanya nak cepat-cepat takut dikebas orang...Uthman tergelak "Hahaha amboi! Demand betul mak kau".., "Hahaha tulah bro..tau takpe!" Mereka tergelak dengan perbualan tersebut.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience