Rate

BAB 3

Drama Completed 271

Aku pun menyuruh mamat itu mengikutiku dari belakang untuk mendapatkan keretaku yang telah diletakkan di bahu jalan. Namun, lelaki itu mengatakan bahawa dia akan berjalan di depan dan aku akan berjalan di belakangnya.
"Mamat ni, nak buat lawak ke?tu kan kereta aku, jadi patutnya, aku yang jalan depan untuk tunjukkan arah."Bisk hatiku.

Hatiku bertanya-tanya mengapakan dia tidak mahu berjalan di belakang. Aku percaya ada makna yang tersirat disebaliknya. Aku berasa sungguh pelik sekali pada waktu itu kerana aku tidak pernah bertemu dengan seorang lelaki yang berkata demikian.Pada mulanya aku beranggapan bahawa dia mungkin seorang yang penakut kerana die tidak mahu berjalan di belakang. Namun, aku tahu bahwa anggapan aku adalah salah kerana hatiku mengatakan dia bukan lelaki demikian.

Semasa mamat itu sedang memandu keretaku untuk menghantarku ke rumah Hayesha , aku pun mengambil peluang untuk berfikir dengan lebih dalam lagi mengapa dia ingin berjalan di depan dan menyuruh aku berjalan di belakang. Akhirnya, aku dapat mencari jawapannya juga tanpa bertanya kepada mamat itu.

Baru beberapa minit sahaja aku mengenali mamat ini tetapi dalam masa sesingkat itu jugalah aku telah dapat mengenali peribadi lelaki ini melalui tindak-tanduknya. Aku memang begitu terpesona dengannya. Bukan kerana rupanya kerana dia tidaklah sekacak pelakon-pelakon Holywood ataupun Bolywood. Tetapi aku dapat merasakan ketenangan apabila meilhat mukanya. Mungkin ketenangan yang terpancar dimukanya juga telah membuat sakit di perutku pulih. Namun, aku memang tabik dengan keindahan adab yang dimiliki oleh mamat ini. Perlakuannya menunjukkan bahawa dia memang seorang yang mempunyai ilmu agama yang dalam. Cara dia berpakaian juga bebeza dengan banyak kenalan lelakiku yang rata-rata memakai T-shirt, seluar Jeans ketat dan seluar pendek. Sebaliknya, mamat ini memakai jubah labuh.

Sedang aku asyik mengelamun dan memikirkan tentang mamat yang sedang memandu di sebelahku, aku tidak perasan bahawa dia sudah memberhentikan keretaku.

Mamat: Awak, kite dah sampai kat rumah kawan awak.
Aku: Terima kasih...
Belum sempat aku meneruskan perbualanku dengan mamat itu, Hayesha pun keluar dari rumahnya.
Hayesha melemparkan senyuman kepadaku dan mamat itu.
Aku: Awak, nak balik umah naik apa? Kesian awak, malam-malam ni susah nak dapat teksi.
Mamat: saya nak naik tangga ni..(sambil tersenyum)
Aku: Huh?
Hayesha : Takpe-takpe, aku ceritakan nanti.
Hayesha pun menyampuk perbualan aku dengan mamat itu. Kemudian, Hayesha mengajak aku duduk diserambi rumahnya.

Aku: Yang kau dari tadi tu, tersenyum je macam kerang busuk tu apasal?
Hayesha :ha..ha..kau tahu siapa mamat tadi tu?
Aku: Aku tahulah,kan tadi aku dah bilang kau, nama dia, Muhammad Mishbahudin Bin rahmat.
Hayesha :ha..ha..kau masih ingat lagi tak masa kita tengah kecik-kecik dulu? Kita mandi dekat sungai, main masak-masak dan yang tak dapat aku lupakan bila kau kena kacau dengan budak-budak nakal dari kampung seberang.
Aku: Yes..Aku ingat.
Hayesha :Kau masih ingat lagi budak lelaki yang ada rambut "Flat Top"? alah...Lelaki yang kau suka sangat sebab kau kate die "Cute" dan die selalu tolong kau masa kau kene kacau tu...
Aku: Yes, aku ingat...
Hayesha .. That is the guy just now!
Aku: Kau biar betul?macam mana kau tahu?
Hayesha : Mestilah aku tahu sebab dia itu abang angkat aku. Mak bapak aku ambik die jadi anak angkat bila dapat tahu yang mak bapak die meninggal dalam kemalangan jalan raya dekat kampung seberang.
Aku: Kau serious?
Hayesha : Ya.(tersenyum)
Aku: Sebab tulah eh. Kau tak risau pasal aku bile aku balikdengan die.Kecik sungguh dunia ini. Aku tak sangka dapat jumpe dengan die lagi semenjak die berpindah ke kampung lain.
Hayesha : Kalau dah jodoh, tak kemana Cik Rahsia oi.....
Aku: nasib baiklah, aku sakit perut tadi, kalau tak, mungkin aku tak terserempak dengan die.Terima kasihlah cili padi.. Ha..ha..
Hayesha : Cili Padi apa pulak ni?
Biarlah ia menjadi rahsia ku hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience