Rate

BAB 1

Drama Completed 271

Aku sedang menyalahkan diriku sendiri kerana waktu sudah pun malam tetapi aku masih belum ketemu rumah Hayesha . "Betullah aku ni! Dahlah tak pernah memandu kereta langsung sejak aku baru dapat lesen dekat Singapura. Ni, sengaja pulak aku nak cari pasal memandu sorang-sorang dari Singapura hingga ke Melaka! Kalau dekat takpe jugak" Padanlah dengan muka aku ni sebab nak tunjuk "Terorr" pun tak kene tempat."

Aku pun tidak berapa pasti dimana aku berada tetapi yang pastinya aku tahu yang aku kene cepat melangkah keluar dari keretaku. Kalau tidak, habislah udara di dalam keretaku yang akan tercemar dengan toksin gas. Dahlah, alat hawa dingin di keretaku rosak, tingkap keretaku juga tunjuk mogok. Kalau aku tak keluar kereta untuk membuang gas-gas didalam badanku , sudah tentulah, udara didalam keretaku ada tercemar. Bisik hatiku sambil tertawa.

Tiba-tiba pula, perutku membuat ragam. "Aduh! Kenapalah perut aku ni buat hal sekarang? Klau ye pun, tunggulah...sampai aku dapat jumpa rumah Hayesha .Sakitnya perutku ini, ni mesti pasal aku dah ngatah lauk lemak cili padi siang tadi."Keluh diri ku. Tanpa berlengahkan masa, aku mempercepatkan langkahku untuk mecari tandas yang terdekat sambil tanganku memegang perutku yang sakit.Namun, usahaku sia-sia sahaja kerana tiada tandas yang dapat aku temui. "Ee....e... geramnya, kenapalah bila aku tengah "Desperate" nak cari tandas ni, tapi tak ada satu tandas pun. Tapi kalau aku tak perlukan tandas, berduyun-duyun ada!"Jerit hatiku.

Aku meneruskan misiku untuk mencari tandas sambil mengimbas kembali kisah siang tadi dimana aku dimana aku telah membubuhkan lebih dalam 10 cili padi kedalam lauk lemak cili padi untuk sarapan pagi. " Tulah, degil sangat, taknak dengar cakap mak yang menyuruh aku mengurangkan cili padi semasa memasak lauk tersebut kerana dia tahu yang perut aku ini memang sensitif." Getus hatiku. Namun, aku memang seorang yang tidak makan saman kerana aku memang tidak boleh berpisah dengan makanan ynag pedas. Sebutkan apa sahaja jenis masakan dan makanan. Dari mi sup, roti canai, sup ayam. Semuanya akan aku bubuh dengan cili padi supaya semua masakan aku itu akan menjadi lebih "Success" lagi.

Ouch....!Tanpa aku sedari, aku terjatuh apabila aku bertembung dengan seseorang ini hingga menyebabkan buku-buku dan peralatan tulis dia terjatuh dan berselerak di merata tempat. Memang sudah personaliti diriku ini yang Ego dan tidak suka mengaku salah walaupun aku tahu yang aku memang bersalah dalam hal ini. Aku segera bangkit dan mula melemparkan kata-kata geram kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience