BAB 9

Romantic Comedy Completed 10067

Andai suatu saat, sang lelaki akan datang dan menawarkan cintanya untuk dirimu. Di kala itu, kau lebih memilih untuk mencintai Allah dan Rasul. Maka, kau katakan kepadanya yang sejujurnya apa yang ada dalam hatimu walaupun kau hanya bersendirian.

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR

GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR

TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSKLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami

Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri

Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki

Perempuan yang punya jati diri,

berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki…

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,

Andai seorang lelaki itu datang…

Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata..

Wahai pemuda agama,

jikalau dirimu ingin mencari bidadari

yang akan berada di sisimu tika susah dan senang,

maka pilihlah ‘dia’ kerana agamanya,

bukan kerana kecantikan dirinya dan nafsumu semata.

Duhai muslimah solehah,

cantiknya wanita kerana kejernihan wajah,

manisnya wanita kerana senyumannya yang indah,

ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah,

hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh,

hiasilah peribadimu dengan akhlak yang terpuji..

nilai diri seorang muslimah sejati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience