Pagi jumaat yang indah, fikrahku tergugat lantaran sebuah persoalan. Terkedu seketika. Tidak menyangka bahawa diri ini akan ditanya tentang persoalan itu, yakni CINTA.
“ Enti suka Ustaz Aiman?” tanya si dia. Amboi, bukan calang-calang orang yang dikaitkan dalam persoalannya. Aku diam sebentar. Berfikir sejenak. Meneliti raut wajah si penutur soalan.
“ Ana cuma nak jadi yang solehah untuk si soleh,” jawabku perlahan sambil tersenyum.
“ Ustaz tu baik orangnya, manis , suka tersenyum. Sesuai untuk enti,” katanya lagi. Err, layakkah aku?
“ Ana inginkan yang terbaik,” jawabku jujur. Lantas menoleh ke arahnya. Dia berusaha juga untuk mengorek rahsia hatiku.
“ Kalau tiada yang terbaik? Enti taknak dia juga?,” tanya si dia lagi.
“ InsyaAllah, kalau dia terbaik sewajarnya mendapat yang lebih baik daripada ana,” tuturku merendah diri.
“ Akak pun apa kurangnya, banyak ilmu. Lebih mengenalinya,” dalihku pada si dia yang tersipu malu mendengar gurauanku.
“ Kalau akak nak, ana boleh tolong padankan. Nanti ana boleh ikut sekali hantar rombongan meminang akak,” usikku lagi. Dia hanya ketawa.
Share this novel