Bab 59

Romance Completed 1280357

Nurlisa menghampiri kaunter hadapan di Wad di tingkat 3 itu, hatinya tidak keruan, tetapi jiwanya memaksa untuk dia pergi.

Sudah lebih 30 minit dia berteleku di lobby hospital, sesungguhnya dia tiada kekuatan untuk melihat respon daripada suaminya apabila melihat kehadiran dia.
“Saya nak jumpa Syed Arman, nama saya Nurlisa,” Nurlisa menegur jururawat yang kelihatan sangat sibuk dengan tugasannya tanpa menyedari kehadirannya.
Jururawat itu mengangkat mukanya, tersenyum melihat Nurlisa.
“maafkan saya cik, tak perasan tadi. Cik Sharifah Teha baru saja call, ingatkan saya tentang Cik Nurlisa. Silalah masuk, Tuan Syed Arman dah tidur rasanya, saya keluar dari biliknya 30 mins yang lepas, dia minta panadol kerana sakit kepala. Petang tadi dia muntah, now dah ok sikit.,”ramah jururawat itu bercerita. Di dadanya tertera nama Aisyah, Namanya semanis orangnya.
Nurlisa hanya mengangguk lesu, dia terpana apabila mendengar berkenaan Panadol dan muntah, dia mengandaikan suaminya di dalam kesakitan.
Dengan perlahan dia membuka pintu bilik VVIP itu, hatinya berdebar kencang.
Dia menyelak langsir yang menghalang orang luar daripada melihat ke dalam, terlihat Syed Arman tertidur dengan balutan kemas di kepalanya. Wajahnya sedikit polos dengan rambut yang termasuk kedalam ikatan kain itu.
Di tambah dengan pakaian hospital. Kelihatan tangannya terletak di atas kepalanya, mungkin dia memicit kepalanya sendiri kerana kesakitan.
Di sebalik wajah yang polos itu, dia baru menyedari wajah suaminya sangay mirip Puan Embun dan Ammar Ziyad. Mata dan bibir mereka sama, pipi mereka juga hampir sama. Kalau mereka duduk bertiga, pasti semua tahu mereka daripada gen yang sama.
Nurlisa meletakkan bekas makanan yang berisi lempeng di sofa mewah itu. Dengan perlahan dia menghampiri Syed Arman walaupun lututnya sudah semakin lembik, kerana jiwanya meminta untuk memeluk Syed Arman, mencumbui wajah kacak itu.
Dia sesungguhnya menahan diri daripada mengejutkan Syed Arman, dia tidak mahu Syed Arman terkejut dengan kehadirannya.
Dia perlahan dia memegang tangan Syed Arman dan meletakkan di bibirnya, dia mengucup mesra, bibirnya menyentuh pundak tangan Syed Arman.
Betapa dia sangat menyintai lelaki itu.
Selepas mencium tangan Syed Arman, dia mengangkat kepalanya, jiwanya memaksa dirinya untuk mencium bibir suaminya.
“Sayang, abang rindu,” suara itu melekap jelas di telinganya. Dia pasti itu suara Syed Arman.
Tangan Syed Arman menarik tangannya dan mencium mesra, sekarang dia tahu Syed Arman sudah menyedari kehadirannya.

“Maaf, I kejutkan you, ingatkan you dah tidur,” Nurlisa tersenyum gundah memandang Syed Arman, dia sangat takut kehadirannya mengundang situasi yang tidak baik untuk Syed Arman.
“Abang tak tidur pun, Abang cuba nak tidur, tapi tak dapat, sebab I missing you, sangat sangat, dekat dengan abang sayang, abang nak peluk sayang,” Syed Arman cuba bangun dari pembaringannya.
Kelihatan sangat jelas keterujaannya apabila melihat Nurlisa.
“Kenapa muka sayang ketat sangat ni, sayang marah abang sebab tak call sayang ke? Atau sayangmarah abang sebab tak ingat sayang, kan?,” Nurlisa mendekati Syed Arman, dia menyerahkan badannya untuk di peluk suaminya.
Tak ingat sayang, adakah Syed Arman sudah mengingati dirinya? Soalan itu mengundang tanda tanya di dalam hatinya.
Dia berusaha untuk bertenang
Dia melayan sebak dia dadanya, wajah tenang suaminya mengundang seribu persoalan di hatinya.
“Jangan keraskan badan sayang, susah abang nak peluk ni, Abang minta maaf sebab buat sayang risau, abang tak call sayang, tak text sayang, abang memang tak guna kan?,” Syed Arman masih memeluk Nurlisa yang sudah tenggelam di dalam airmatanya.
Dia tidak tahu apa yang harus diberitahu kepada Nurlisa tentang perancangannya. Untuk kali ini, dia tidak akan memberi harapan, lambat atau cepat Nurlisa perlu diberitahu hal yang sebenarnya.
“Dahlah nangis tu, sayang ni cengeng sangat, dari dulu suka menangis kan? Kena marah sikit menangis, kena tengking sikit menangis, kena herdik sikit menangis, banyak sangat stok air mata agaknya,” Syed Arman menarik muka Nurlisa dan memagut bibir seksi itu.
Pertemuan bibir mereka lama. Nurlisa seperti terbuai dengan jiwanya. Dia memegang belakang tengkuk Syed Arman dan menguatkan ciuman mereka, dia betul betul menikmati ciuman itu sehingga dia menyedari Syed Arman menolaknya perlahan.
“Sayang, abang lemas, rindu sangat kat abang kan?,” dia menepuk tangan Nurlisa sambil menarik Nurlisa untuk duduk di sebelahnya.
Nurlisa masih menangis, membiarkan airmatanya merembes keluar, jiwanya senak dengan perbagai persoalan di dalam fikirannnya.
Ucapan Syed Arman sebentar tadi mengoncang jiwanya, adakah Syed Arman mengingati dirinya, kenapa Syed Arman tahu dirinya cengeng?
“I rindu jugak, maaf sebab I lah you jadi gini,” sekali lagi Nurlisa memeluk dan mukanya di sembam ke perut Syed Arman. Dia tidak lagi dapat bertahan dengan semua kekusutan ini.
Syed Arman dapat merasakan tidakmesraan Nurlisa kepada dirinya. Kali terakhir mereka berjumpa, Nurlisa membahasakan dirinya abang, tapi kali ini dia mendengar perkataan “you” itu.

Untuk kali ini, dia perlu menanamkan memori paling Indah, supaya langkahnya tidak akan goyah.
“Sayang boleh tolong abang, kepala abang sakit, tadi nurse ada kasi ubat, boleh tolong abang nak makan ubat, abang nak sayang suapkan,” Nurlisa melepaskan pelukan itu dan mula mencari ubat dan mineral yang di maksudkan oleh Syed Arman.
“Sayang cantik sangat ni, abang tak pernah jumpa orang secantik sayang, kenapa lah cantik sangat ni,” Syed Arman memerhati Nurlisa yang mukanya merah padam kerana usikannya.
“Cantik pun tak guna, sebab tak boleh buat you bahagia pun, you banyak susah sebab I,” kata kata Nurlisa itu menampar gegendang telinganya, terdengar nada merajuk dan kecik hati yang ketara.
“Kenapa ni? Datang jumpa abang dengan muka moyok, pas tu nak ajak abang gaduh pulak. Tak baik yaaa…satgi abang mati baru tahu,” Syed Arman perlu berbaik sangka dengan jiwa Nurlisa, dia mahu berbincang baik baik agar Nurlisa faham niatnya.
“You sakit kepala sangat ke? Nak I panggilkan doctor?,” Nurlisa menyuapkan Panadol ke mulut Syed Arman dan menghulurkan air mineral sambil tangan Nurlisa merasa dahi Syed Arman.
“Sayang bawak food ke kat bang? Apa dalam bekas tu?,” dia tidak menjawab soalan Nurlisa, sebalik mencari topik lain untuk mereka .
Nurlisa mencapai tangan Syed Arman dan mula meletakakn di pipinya. Dia memandang tepat ke wajah Syed Arman. Dia sangat merindui belaian Syed Arman, sangat sangat menrindui cara Syed Arman memanjakannya.
“I nak tanya satu soalan boleh?,” Nurlisa cuba untuk mengajak Syed Arman berborak tentang masa lampau mereka, dia perlu tahu setakat mana ingatan Syed Arman.
“Boleh sayang, anything for you, tapi sebelum tu abang nak call someone sekejap ya,” Syed Arman mencapai telepon dia meja bulat di tepi katilnya.
Nurlisa hanya mengangguk dan tangannya mula memeluk lengan Syed Arman, dia merapatkan badannya dengan Syed Arman.
“Adik, she’s with me. Pesan kat semua, abang tak nak ada tetamu sehingga esok malam. Even Babah or Abang Adam. No one,”
“Ameena, you batalkan semua appointment I for tomorrow. Cancel it, I tak nak sesiapa pun ganggu I,”
“It’s ok, nanti I jumpa dia on Sunday petang, together with the next appointment, tukar to Sunday malam ya,”
“Don’t call, anything text me,” Syed Arman mematikan talian dan meletakan kembali telepon itu di meja bulat itu.
Syed Arman menyedari Nurlisa begitu manja, sedari tadi tangannya asyik melekat dengannya. Dia pasti jiwa gadis cantik ini pasti terluka dengan apa yang berlaku.

“Sayang nak tanya apa tadi, sayang akan ada dengan abang till tomorrow night ya, no one akan kacau us,” Syed Arman mengerakkan kakinya untuk turun dari katil.
Tanpa menunggu jawapan dari Nurlisa, dia menyambung bicaranya.
“Nanti abang call nurse untuk bukak sofabed itu ya, abang akan minta nurse sediakan towel and toiletries sayang. Malam ni teman abang tidur ya, kita borak sampai pagi,” Nurlisa mengganguk dan mengikut Syed Arman ke sofa mewah itu.
“Kepala you sakit ke? That day masa kita kat Janda Baik tu, kepala you memang terhantuk ya? Sebab itu lah you sakit sangat kan?,” Nurlisa duduk di sebelah Syed Arman dan merapatkan dirinya sehinggakan tiada ruang seinci pun.
“Sayang ni kenapa nak ber I you dengan abang. Manja sangat asyik melekat dengan abang, tapi ber I you dengan abang,” Dia masih tidak menjawab soalan gadis yang melekat dengan dirinya.
Dia memandang Nurlisa yang masih memeluk lengannya. Gadis itu seperti tahu apa yang berlaku, seolah olah dia tidak mahu melepaskan Syed Arman.
“Sayang, kenapa diam pulak, abang tanya ni, kenapa keras jer bahasa dengan abang ni, jangan gini sayang. Abang minta maaf, semua yang abang buat ni untuk kebaikan semua orang. Abang perlukan lakukan apa yang abang rasa perlu, suatu masa nanti, sayang akan faham,”
Syed Arman mula bersuara daripada hatinya, dia merasakan Sharifah Sakinah atau Sharifah Teha sudah memaklumkan kepada Nurlisa.

Nurlisa memandang Syed Arman, meminta jawapan kepada perkataan yang baru keluar daripada bibirnya.
“Sofea minta maaf kalau Sofea selalu menyakitkan abang, Sofea hampir mati kerisuan bila tengok abang sakit that day. Lepas tu mereka tarik abang pergi macam gangster. Sofea tak boleh tidur, Sofea takut abang pergi lagi tinggalkan Sofea,” akhirnya Nurlisa mengakui dia tidak boleh berkasar Bahasa dengan suaminya.
Dia tidak boleh beralah dengan jiwanya, tidak boleh..
“Abang dah ok, alhamdulilah Allah panjangkan nyawa abang, untuk betulkan semua salah abang. Walaupun kisah abang tak semua abang ingat, tapi cukuplah dulu Allah kasi sedikit, kalau banyak sangat, nanti tidak tertanggung pulak,” Syed Arman menarik badan Nurlisa kedalam pelukannya. Dia sangat sayangkan gadis ini.
“Walapun bagaimana pengakhiran kisah abang, abang nak sayang ingat, cinta abang memang tulus, bukan cinta express, tapi cinta abang benar,”
Didalam mendengar pengakuan cinta Syed Arman, jiwanya tidak keruan, dia teringat tentang pengakuan cinta suaminya 5 tahun dulu.
Dulu suaminya juga menggunakan perkataan express, dan mengakui cinta dia benar.
Tanpa dapat dikontrol, Nurlisa menarik wajah Syed Arman mengadapnya, dan mencium pipi jejaka yang sudah sah menjadi suaminya 5 tahun dulu. Syed Arman terpana dengan tindakan Nurlisa. Tapi dia ikutkan rentak gadis itu yang sudah tidak menunjukan sifat malunya.
Syed Arman membatukan diri apabila tangan Nurlisa dengan perlahan membelai pipnya, tangan Nurlisa merayap ke bibir dan dagunya. Nurlisa meletakkan tangan di bibirnya lama, mata Nurlisa memandang bibirnya lama, membuatkan nafsu Jantan Syed Arman memuncak.
Nurlisa sudah tidak keruan apabila Syed Arman membalas renungannya. Dia dapat merasakan jiwa cinta Syed Arman sarat untuk dirinya.
Dengan jiwa yang sarat dengan cinta, Nurlisa melekatkan bibirnya ke bibir seksi Syed Arman. Dia begitu berhati hati supaya perbuatannya tidak meyakitkan Syed Arman. Dia tidak lagi hirau dengan pandangan Syed Arman terhadap dirinya, dia perlu memenuhkan permintaan jiwanya.
Syed Arman membalas kucupannya dengan jiwa yang ghairah, bibir mereka basah dengan kucupan yang memberahikan. Terdengar dengan jelas desahan nafas mereka berdua, kerana mereka hanyut didalam cinta yang tiada tepian.
“Abang, Sofea rindu nak peluk abang, Sofea rindu dengan bibir abang. Sofea rindu dengan ucapan cinta abang sebelum abang kiss Sofea,” Dia kembali memagut bibir jejaka itu, kali ini lebih sarat dengan kerinduan.
Syed Arman seperti menyedari perilaku Nurlisa melampaui batas, jadi dengan perlahan dia menarik bibirnya dan memeluk Nurlisa kemas.
“Sayang ok tak ni? Sayang nampak penat, abang panggil nurse bawakan mineral ya,” Syed Arman menekan button di tepi sofa itu. Dia masih memeluk Nurlisa yang sedikit terkulai dia dalam pelukannya.
“Abang, Sofea nak peluk abang lagi, nak kiss abang sampai Sofea puas. Abang janganlah halang Sofea,” Nurlisa mengemaskan pelukannya dan tangannya kembali mencari bibir Syed Arman.
“Sayang, abang sakit ni, badan sayang dah memberatkan dah ni, abang penat nak tampung dah ni sayang,” Syed Arman membetulkan posisi badannya, dia menyandarkan badannya ke sofa.
Biliknya di ketuk dan terjenggul nurse di sebalik langsir pintu utama itu.
“Tuan panggil saya, tuan perlukan apa apa?,” kelihatan nurse itu terkejut dengan posisi Nurlisa yang memeluk Syed Arman.
Dia ingat tentang kedatangan gadis itu sebentar tadi.
“Abang, Sofea penat ni, Sofea nak tidur sebelah abang, Abang jangan tinggal Sofea masa Sofea tidur nanti,” tanpa menyedari kehadiran Nurse itu, Nurlisa masih memeluk Syed Arman kemas.
“Ya sayang, abang ada sini, tak pergi mana mana pun,” Syed Arman perlu membalas bicara Nurlisa, dia bimbang Nurlisa akan mengeluarkan perkataan yang lebih exreme.
Dia bimbang Nurse itu akan salah faham tentang situasi mereka.
“Nurse, tolong bawakan saya extra mineral water and buka sofabed tu, nanti bawakan selimut sekali, lepas tu bawak towel and toiletries,” Syed Arman memberi arahan pantas apabila Nurse sudah menunjukan tanda kehairan apabila melihat perlakuan Nurlisa.
“Baik Tuan, saya datang balik,” Nurse itu kembali menghilang dan memberi ruang untuk Syed Arman bercakap dengan Nurlisa.
“Sayang, kita minum air ya, abang suapkan. Tangan abang tak cukup kuat ni nak tampung belakang sayang, abang sandarkan sayang ya, tunggu nurse datang bukak sofabed,” Syed Arman membuka botol mineral dan menuang ke tanganya. Dia perlu menyedarkan Nurlisa daripada bertindak di luar batasan.
Tanganya yang basah meraup wajah Nurlisa dengan perlahan. Mungkin Nurlisa terlalu rindukannya. Dia pasti Nurlisa tidak sedar dengan perlakuanya.
“Sayang ok tak? Minum air sikit, abang suapkan,” Nurlisa membuka matanya dan mula meminum air suapan Syed Arman.
“Alahai, minum pun manis jugak, kenapa cantik sangat ni?,” Syed Arman tidak tertahan melihat wajah polos itu, tanpa makeup kelihatan sangat jelita.
“Sofea dengar apa abang cakap ni, Sofea minta maaf sebab tadi Sofea buat abang sakit, maaf….,” Nurlisa tidak kemana mana, cuma dia kalah dengan rindunya, dia kalah dengan kenangannya, dia kalah dengan cintanya.
Dia lemah kerana dia menahan diri daripada memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Syed Arman. Sesungguhnya dia tersepit.

“Alhamdulilah, abang ingat sayang pengsan tadi, sebab badan sayang berat sangat tadi, risau pulak abang, takut bertukar pesakit pulak,” Syed Arman mencium dahi Nurlisa dan membetulkan duduknya.
Tanganya mencapai tangan Nurlisa dan mencium perlahan.
Terdengar ketukan daripada luar dan kelihatan dua orang masuk untuk menjalankan tugas mereka. Tangan mereka pantas menyempurnakan tugasan mereka dan sofabed siap dalam masa 10 minit.
“Sayang bawak makanan apa untuk abang? Abang lapar ni, sayang suapkan abang boleh, abang nak tea panas yang sayang buat that day, tea nipis with less sugar,” Syed Arman cuba memancing Nurlisa yang mendiamkan diri apabila melihat nurse ke bilik mereka.
Wajah Nurlisa kusyuk memandang perlakuan Nurse menyelesaikan kerja mereka.
“Lempeng kelapa, abang nak makan sekarang ke?.” Nurlisa bangun dan mula menapak ke pantry kecil di sudut bilik VVIP itu.
“Kalau Cik nak buat tea, saya kena ambilkan uncang tea di luar, sebab doctor melarang Tuan Syed meminum coffea atau tea,” Nurse itu bersuara apabila melihat Nurlisa mencari tea dan gula di pantry kecil itu.
“Sekejap ya Cik Nurse, saya tanyakan Tuan Syed dulu,” Nurlisa memandang nurse itu sambil tersenyum.
“abang tak boleh minum tea lah, nanti doctor marah, kita tukar to mineral lah ya,” Nurlisa bergerak ke arah sofa itu dan berkata dengan suara yang manja.
“Ala sayang, sekali jer, lempeng kelapa kena minum dengan tea panas, baru sedap, abang will be ok, don’t worrie sayang,” sekali lagi Syed Arman mencapai jemari Nurlisa dan meramas mesra.
Pelakuan mereka mendapat perhatian daripada kedua nurse itu.
Nurlisa memandang Nurse itu dan mengangguk mesra. Nurse itu faham dengan anggukan Nurlisa dah mula keluar untuk mengambil uncang tea dan gula.
“Tuan, saya perlu periksa tuan, ambik tekanan darah tuan. Tuan masih sakit kepala ke? Panadol tadi tuan dah makan ya?,” Nurse itu mula menghampiri Syed Arman dan menjalankan tugasannya.
“Saya dah letak towel and toiletries kat bilik air, and sofabed with selimut pun dah siap. Doktor akan datang esok pagi, around 7.30 pagi,” Nurse itu dapat menyelesaikan tugasannya dalam beberapa minit sahaja.
“Inform doctor yang saya akan ke biliknya esok pagi, nurse akan tolong hantar saya kesana, jangan datang ke ward. Lepas tu inform cleaner tak perlu bersihkan bilik saya esok. Makanan juga letak kat luar, nanti saya ambik. No tetamu at all ya, no one boleh masuk bilik saya, unless saya panggil,” suara itu tegas, dan Nurse itu cuma mengangguk faham.
BERSAMBUNG

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-29 09:16:59 

hi dear...bila nk up ni

Fatin Nur Amalina
2021-01-28 13:09:53 

nak lagi.. ☺️☺️

YAZNI-ERNIE
2021-01-28 00:39:09 

hi dear. update plz....


NovelPlus Premium

The best ads free experience