Episod 1 - Pelarian

Romance Series 6248

Di sebuah kampung, terletak sebuah rumah dua tingkat di tengah-tengahnya. Setiap kali jiran atau orang luar lalu di tepinya, pasti akan kagum dengan binaan rumah tersebut. Orang-orang kampung yang lain pun berasa cemburu dengan tuan rumahnya. Manakan tidak, itu satu-satunya rumah yang paling terbesar, tercantik, dan terluas pernah mereka tengok. Halamannya bukan main luas. Anak cucu boleh bermain di luar dengan bebas. Ibu bapa mereka juga tak risau kalau anak-anaknya bosan bila tiba di kampung. Anak-anak kecil boleh berlari dan bermain basikal sejauh mana yang mereka mahukan. Betapa bahagianya mereka. Rumah itu juga ialah antara rumah yang paling meriah di kampung tersebut. Keluarga mereka besar. Daripada anak sehingga cucu serta cicit pasti akan pulang bertandang ke situ. Pada malam yang mulia itu, ketika tuan rumahnya sedang sibuk meraikan tetamu yang datang, seorang gadis duduk berseorang di sofa di hadapan meja makan. Para tetamu yang lain semuanya telah berpindah ke ruang tamu untuk bersembang dan berbual sesama mereka. Gadis itu seperti sedang risau, tidak keruan dengan apa yang dialaminya sekarang. Kadang-kadang dia menyentuh lehernya. Kadang-kadang dia memicit perutnya. Ada kala juga dia memejam matanya rapat, dan membukanya semula. Kemudian, dia bangun setelah lama duduk di situ. Dia pergi ke arah ruang tamu. Namun, dia berpatah semula ke ruang meja makan. Dia rasa tak sedap hati bila terdengar suara mereka. ?Si Ayra tu tak suka bersosial sangat? orang putih panggil apa tu? anti? anti?? ?Antisocial pokcik!? kata seorang daripada tetamu tersebut. ?Haaa betul la tu! Anti..social. Aku pun tak reti la nak sebut apa. Tapi tulah? si Ayra tu memang camtu. Masa sedara mara dia datang, tak sembang pun. Bercakap sikittt pun tidak.? ?Yeke pokcik??? soal seorang tetamu lagi. ?Iya? sepupu dia datang pun, dia duduk main henfon je? tak hirau pun sepupu dia yang lain.? ?Ish ish? baru nak jadikan menantu.? ?Cari menantu lain je la? si Ayra tu basuh pinggan pun tak reti. Masak apatah lagi?? sambung mulut jahat itu lagi. Kedengaran tawa halus daripada ruang tamu. Membuatkan Ayra naik darahnya. Begitu hitamnya hati mereka, padahal darah daging Ayra sendiri yang sedang bercakap tu. Itu atuknya sendiri. Yang diberi gelaran ?pokcik? oleh saudara-saudara lain. Ayra bersandar pada dinding dan menangis bersendirian. Dia jatuh melurut ke bawah dinding, dan tersedu-sedan menangis. Diorang tak faham keadaan aku? getus hati Ayra dalam sayu. Lalu mengesat air mata dengan hujung baju kurungnya yang berwarna kelabu. ?Ayra, kenapa duduk dekat sini?? Ayra tidak menjawab. Malah terus berdiam diri. Dia tak mahu ibunya tahu dia sedang sedih. ?Ayra sayang? kenapa ni?? Ibunya membongkok lalu mengelus lembut pipi anak daranya itu. Dengan bekas air mata yang baru sahaja kering itu, dia faham apa yang sedang berlaku. ?Diorang tak cakap pasal Ayra la?? ?Be?betul ke ibu?? soal Ayra tidak percaya. ?Iya, betul? diorang cakap pasal?? Tak sempat ibunya ingin menyambung, tiba-tiba tetamu dari ruang tamu ingin pulang. ?Kami balik dulu lah ya Ita?? kata seorang wanita tua kepada ibunya, itulah neksu. Neksu menjeling ke arah Ayra yang masih berada di bawah dengan pandangan yang tak berapa elok. Seperti menyampah dengan Ayra. Aku dah nak balik? dia boleh duduk lagi dekat situ? Takde adab langsung budak ni! Bila dah kahwin nanti, mesti tak reti nak jaga hati mak mertua. Neksu mencemuh dalam hati. ?Ayra dia tak sihat sikit, maksu? Ayra, pergi masuk bilik sayang. Orang nak lalu ni?? ?Lahhh, Ayra ke dekat situ? Alahai cucu atuk ni. Kenapa duduk dekat sini?? soal atuk Ayra dengan manja. Ayra cuma mencebik sambil menjeling tajam ke arah atuknya yang bertalam dua muka. Tadi bukan main lagi mengumpat pasal dia, sekarang macam malaikat pula? Ayra bangun, lalu beredar pergi dengan hentakan kaki yang kuat. Atuknya cuma menggeleng. ?Betul la kan kata pokcik? Si Ayra tu memang camtu. Tak berubah-ubah?!? katanya lagi, sengaja ingin mengapi-apikan keadaan. Neksu dan ahli keluarganya yang lain kini sudah percaya apa yang dikatakan pokcik. Memang si Ayra tu tak tahu nak bergaul. Kalau dibiarkan lama, boleh melarat tu? mereka pula sibuk nak mengaturkan hidup si Ayra. Ita, ibu Ayra hanya tersengih. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. Apa yang mereka cakap memang benar secara luarannya. Ayra memang begitu bila di rumah orang. Tak berbual sangat. Selepas bersalam dan bercium pipi, akhirnya mereka semua pun pulang. Hanya ibu Ayra dan atuknya melambai kepada mereka. Saudara yang lain masih ada di dalam rumah, mungkin sudah penat dan masuk tidur. ?Apa nak jadi la dengan anak kamu tu, Ita? makin teruk abah tengok.? rungut atuknya. ?Dah dah la tu abah? Ita tengok abah asyik mengata Ayra depan semua orang. Kenapa? Suka sangat ke bila rendah-rendahkan cucu sendiri?? Kali ini Ita jadi berang. Mana taknya, anak sendiri kena persenda depan tetamu lain. Tadi dia boleh kawal lagi, sebab neksu dan keluarganya sedang datang bertandang. Sekarang api kemarahannya sedang meletuskan laharnya. ?Abah bukan nak persendakan dia? abah nak bagitahu?? ?Abah tak reti beza ke antara ?persenda? dengan ?bagitahu?? Lain kali nak bagitahu, bagitahu semua satu dunia tu lagi bagus lah!? Ita beredar pergi dengan wajah yang merah. Betul-betul sakit hati dengan abahnya kali ini. ?Salah ke aku cakap macam tu??? Abahnya berbisik sendirian. Alah? asyik dimanjakan anak pun takde guna juga. Anak-anak manja macam ni la akan jadi perosak masa depan. Tak reti nak bergaul, tak reti nak keluar rumah, tak reti nak ambik hati tetamu, tak reti nak layan suami? ish ish ish. X X X Malam itu, pada pukul satu pagi, Ita pergi ke bilik Ayra selepas penat mencuci pinggan di dapur. Dari pukul 10 malam tadi, tak habis-habis membersihkan apa yang ada. Ita mengelap tangannya dengan kain berwarna biru mida, lalu mengetuk pintu Ayra walaupun dia tahu Ayra sedang tidur. ?Ayra?? Pintu dikuak perlahan, takut anaknya terjaga. Dia menjengket-jengket masuk ke dalam, cuba untuk melihat dalam kesamaran bilik tersebut. Dia tunggu beberapa ketika sebelum matanya boleh sesuaikan diri dengan kegelapan. Ita menghembus nafas lega. Ayra sedang tidur di atas katil sambil berselimut. Katil itu memang khas untuk tetamu atau pun saudara mara lain yang datang bertandang. Nak bermalam, memang inilah antara bilik yang boleh mereka duduk. Katil Ayra didekati lalu Ita pun duduk di birai katil. Dia pandang kepala Ayra dari jauh. Walaupun tak nampak wajahnya sebab dilitupi oleh selimut sepenuhnya, Ita tetap tahu itu anaknya. Sedikit demi sedikit Ita berganjak ke arah kepala Ayra. Dia ingin menarik selimut itu sedikit dan mencium dahi Ayra. Alahai, kenapa la rindu tiba-tiba dengan anak aku ni? Maka selimut kelabu itu ditarik hingga ke leher. Saat itu juga, Ita rasa degupan jantungnya seperti terhenti. Nafasnya jadi sesak tiba-tiba. Tangannya menarik keseluruhan selimut tersebut, namun apa yang terserlah di bawahnya hanyalah? ?Abaaaaaahhhhhhhhh!!!!!? Satu rumah terbangun mendengar jeritan Ita. Ada yang mula keluar dari bilik, bertanyakan kenapa. Ita sudah berlari ke ruang tamu, tercungap-cungap sambil matanya meliar dan tak tentu arah. Apa yang dia cari pun mereka tak tahu. Mereka menyuruh Ita untuk bertenang, dan menceritakan apa yang terjadi. Ita menelan liurnya yang pekat lalu cuba beritahu mereka? ?Ayra? Ayra takde dalam bilik?? ?Dia ada dekat tempat lain kut? cuba cari betul-betul.? kata abahnya dengan tenang. Biasalah budak-budak, entah-entah menyorok bawah tudung saji. Tak pun menyorok bawah meja makan tu. ?Tak ada abah! Ita dah cari sampai penat lutut Ita ni, abah? tapi takde!? ?Kak Ita cuba call Ayra dulu, kak? kut kut dia keluar ambik angin ke? Ayra tu dah besar?? ?Dia memang dah besar Mas? tapi? tapi?? Ita lupa anaknya dah berumur 25 tahun. Tapi kenapa dia merasakan anaknya masih budak-budak? Masih tak reti menjaga diri sendiri? ?Call dulu? nanti esok kita cari sama-sama.? ?Jangan lah esok bah?! Kita cari sekarang la?!? rayu Ita. Dia takut apa-apa jadi pada anaknya. Dia tak pernah langsung berjauhan dengan anaknya seperti sekarang ini. ?Okey okey macam ni? apakata kita tunggu dulu dalam setengah jam, kalau Ayra tak balik jugak, kita pergi cari dia. Biasa perempuan ni tak lama duduk luar. Sekejap je nanti dia balik.? kata Mastura, adik ipar perempuannya. Ita jadi tak keruan. Nak tunggu sampai setengah jam? Apahal lama sangat? Dia dah tak boleh sabar dah ni? Ita menggaru kepala. Malam itu, Ita tak dapat tidur, ditemani oleh Mastura dan abahnya. Yang lain semua dah masuk tidur semula. Ditunggu-tunggu kelihat Ayra pada pintu besar rumah tersebut, namun masih tak kunjung tiba anak daranya itu. ?Lagi kita tunggu, lagi jauh Ayra daripada kita?? kata Ita mendatar, memang tak setuju dengan apa yang mereka lakukan sekarang. Sama seperti kucing yang tiba-tiba menghilangkan diri daripada rumah tuannya. Semakin lama tuan rumah itu tunggu, semakin jauh jarak kucing itu berada. Sepatutnya tuan rumah kena bangun, dan terus mencari kucingnya selagi mana yang mampu. Kalau tidak, apa yang tinggal hanyalah sisa kenangan bersama haiwan kesayangan mereka. ?Ayra? baliklah Ayra. Ibu risau ni?? kata Ita menggigil tangannya memegang telefon. + Ayra dekat mana sayang? + Jawablah plisssss? ibu risau ni. Itulah mesej di whatsapp yang terakhir Ita hantar kepada Ayra sebelum dia akhirnya terlelap di sofa. Badannya betul-betul penat memerah tenaga dari tadi. Tak sempat nak berehat langsung walaupun jarum jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Yang masih berjaga ialah abahnya, atuk kepada Ayra. Dia meraup wajahnya. Adakah ini pembalasan kepada apa yang dia lakukan tadi? X X X KL, 8.00 PAGI Kaki itu melangkah dengan laju ke arah sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur tersebut. Impiannya untuk bekerja di dalam bangunan berkembar yang megah itu telah menjadi kenyataan. Tak sangka, segala usahanya kini membuahkan hasil. Tak rugi segala teknik yang dia cuba untuk memikat hati penemuduga. Cayalahhhh. Kau memang powerrr jim. Katanya kepada diri sendiri. Sambil tersenyum sendirian. Sengaja nak bagi suntikan semangat ke dalam dirinya pada hari pertama bekerja. Lelaki itu mengenakan baju kemeja putih bersama tali leher hitam sebagai pakaian kerjanya hari ini. Begitu segak dan tegaknya dia berjalan, membuatkan mata-mata yang memandangnya semua terpaut ke arahnya. Bola matanya yang hitam, menyinar ke segenap arah isi bangunan tersebut. Bibirnya yang nipis membentuk senyuman yang paling indah, hanya untuk tatapan gadis-gadis di sana. ?Psssst! Jawline dia tajam beb?? bisik seorang pekerja perempuan ketika lelaki itu lalu di depannya tadi. ?Eh, jangan kacau lah pakwe aku?? ?Sejak bila pulak dia pakwe kau? kau pernah jumpa dia ke sebelum ni?!? jerkah rakannya. Mereka saling menampar dan bergaduh sesama sendiri. Lelaki yang mendengar pertelingkahan tersebut hanya ketawa kecil. Bayangkan ketawanya sahaja sudah mampu membuatkan degupan jantung mana-mana perempuan berdebar dengan kuat. Seperti ada tusukan panah ke dalam jantung mereka. Lelaki itu bertemu dengan seorang wanita yang berumur lingkungan 30-an. Tersenyum lebar wanita itu bila memandangnya. ?You? Izzan Hazim ya?? ?Yes, thats me.? angguknya sekali. ?Okey so pilih je mana-mana meja yang you nak? dekat sini tak ramai sangat orang duduk. Banyak kosong?? kata supervisornya. ?Ohh? kalau macam tu saya duduk sana lah.? Lelaki itu menunjuk ke arah satu tempat. ?By the way, nak panggil Izzan ke Hazim?? ?Hazim. I prefer Hazim?? ?Okey Hazim, got it! Jadi semua dah faham kan cara kerja dekat sini? Apa yang kena buat semua?? soal supervisor tersebut. ?Insya Allah? saya cuba yang terbaik. Setakat ni okey lagi cik? Hanim.? katanya sambil mengingat nama supervisor tersebut. ?Tak payah panggil cik Hanim lah? panggil kak Hanim pun boleh? hehe? ?Ohh okey...? Lelaki itu tersenyum menampakkan giginya. ?Errr? I ada meeting ni. So kena pergi dulu. Nanti kalau ada apa-apa, boleh tanya meja sebelah tu. Nanti dia datang assist you okay?? ?Okey boleh? thank you kak Hanim.? ?Alright!? Fuhhh, lega rasa bila keadaan jadi sunyi. Hazim mematah-matahkan lehernya lalu mengemas meja. Hari pertama bekerja, tak ada apa sangat kut. Kena tunggu dua tiga hari lagi, mungkin akan bertimbun mejanya dengan fail. ?Eh? hai! You ni yang baru masuk tu ke?? ?Yup betul? saya baru je masuk.? Hazim mendongak dan senyum ke arah seorang pekerja wanita yang menyapanya. Belum sempat nak berehat, datang pula yang lain? Hazim mengeluh. Mereka berkenalan buat seketika dan Hazim sudah pun diberikan tugasan. Pada pukul 4.30 petang, Hazim beransur untuk pulang dan terus menggunakan iPhone-nya untuk memanggil grab. Biasa dia naik grab sahaja, berbanding MRT yang perlu menunggu lama. Hazim menunggu dan terus menunggu. Akhirnya ada satu kereta menerima panggilannya. Alhamdulillah, boleh balik awal. Bila tiba sahaja kereta tersebut, Hazim terus membuka pintu kereta penumpang di belakang, lalu terus masuk ke dalam. Fuhh lega. Selesai meletakkan begnya di tepi, dia pandang pemandu kereta yang kelihatan seperti resah. Kenapa tak bergerak lagi kereta ni? ?Errr? cik tak nak turun ke?? ?Eh buat apa nak turun? Saya kan baru je masuk ni?? kata Hazim sambil ketawa kecil. ?Bukan encik, tapi cik yang sebelah tu.? Hazim menoleh ke kirinya, lantas terkejut dengan apa yang dilihatnya. Hampir nak tercabut jantungnya bila melihat seorang gadis kurus di tepinya. Masa bila pulak dia ada dekat sini? ?Tadi dia tempah grab sampai KLCC, tapi tak nak turun pulak?? Ohh kiranya aku ni kena bertukar kereta dengan dia lah kan? Getus hati Hazim. Tapi perempuan ini tak ada tanda-tanda untuk keluar daripada kereta. Macam mana ni? Gadis itu hanya memakai baju kurung kelabu, kepalanya pula sedang tersandar pada tingkap. ?Cik? kalau cik tak nak turun, saya terpaksa panggil pengawal keselamatan nanti. Kita kena cepat ni, kereta belakang dah tunggu.? ugut pemandu kereta tersebut kepadanya. Gadis itu hanya mengerlipkan mata beberapa kali. Tak berkata apa-apa. Selepas beberapa minit, pengawal keselamatan dipanggil untuk menarik gadis itu keluar. Namun, dia tak mahu keluar juga. Ditariknya dengan paksaan, membuatkan Hazim berasa simpati. Jangan la ganas sangat? hatinya tiba-tiba bersuara. Mulutnya pula hanya terkatup rapat, tidak berani meluahkan apa-apa. Setelah seorang lagi pengawal keselamatan datang, barulah gadis itu beralah. Semasa gadis itu berdiri di hadapan cermin tingkap kereta, Hazim nampak air matanya yang turun ke bawah bagaikan butiran mutiara-mutiara yang jernih. Maka kereta tersebut pun bergerak pergi membawa Hazim ke arah destinasinya. Hazim sempat melihat ke belakang, memerhatikan gadis itu yang semakin jauh dari pandangan matanya. Sampai sahaja di rumah, Hazim terus meletakkan nasi bungkus yang dibelinya di bawah tadi di atas meja makan. Dia membuka baju dan terus mandi. Fuhh baru segar sikit. Dengan tuala yang masih diikat pada pinggangnya, dia membuka iPhone 14-nya. + macam mana first day kerja. Okey ke? - okey je? + ada ngorat sesiapa ke? - nak ngorat siapa lagi? I kan dah ada u? + heheh, okey. I sayang you tau. - sayang u too

Alhamdulillah novel kedua saya di NovelPlus. Terima kasih readers-readers saya yang setia semuanya. ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience