Teman di Tiang

Horror & Thriller Completed 1985

Selepas tamat training, Bang Noor memulakan kerjaya sebagai penolong technician LLN. Masa tu kabel letrik semua pakai tiang lagi (sekarang mostly underground) dan kadang-kadang dia yang panjat tiang untuk repair/ganti apa yang patut. Ada satu tahun ni time Raya kedua kalau tak silap Bang Noor, ribut taufan melanda pantai barat Malaysia sampai banyak rumah rosak sebab pokok tumbang dan sebagainya. Bang Noor on-call Raya tahun tu dan menerima panggilan untuk membaiki salah satu tiang elektrik di Cheras. Pokok tumbang menyebabkan salah satu kabel terputus dan Bang Noor setakat boleh pergi preliminary check-up je kerana orang yang bawak trak kren cuti Raya.

Kalau takde kren tu Bang Noor cuma tengok dari bawah je, just kalau kerosakan tu memerlukan close inspection baru dia panjat tiang tu pakai harness yang lilit kat badan then ensot-ensot tali ke tiang sampai atas. Well, malam tu kena close inspection so terpaksa la panjat. Sampai di puncak, Bang Noor periksa dan catat apa yang patut. Bunyi-bunyian kedengaran dari pokok berhampiran. Bunyi daun-daun bergegar kerana ada sesuatu menganggu dahannya. Bang Noor mula-mula ingatkan kucing tapi dari cara bunyi, seolah-olah ada benda berat bertenggek kat dahan pokok tersebut, macam ada orang main-main panjat pokok…

Bang Noor perhatikan je dahan pokok tu. Tiba-tiba dengan sepantas kilat, lembaga berjubah putih lusuh dan rambut panjang mengerbang ‘melompat’ keluar dari rimbunan pokok dan bertenggek di tiang letrik yang jaraknya lebih kurang 10 meter dari Bang Noor. Bila makhluk tu berpaling ke arah Bang Noor, benda pertama yang melintas di kepalanya ialah “Ooo gini hantu rupenye”. Kata Bang Noor, hantu tu takde hidung, takde kening, kulit kering merekah macam orang sakit kulit dan mata macam mata kucing. Dan mitos mengatakan pontianak/langsuir bertaring bagai tu, menurut Bang Noor tak betullah sebab takde taring pun hehe (Bang Noor gelak masa cerita ni, bukan aku yang reka-reka). Aku tanya, ‘tak takut ke Bang?”, Bang Noor cakap kat telinga just dengar degupan jantung dan nafas sendiri je. Peluh tu takyah cakap la, overall tebal Bang Noor pakai pun kuyup dek peluh. Tapi dia maintain sebab apa-apa pun dia still bertenggek kat tiang lektrik tu dengan hanya bantuan tali. Kalau terjatuh, paling koman patah jugak kaki. So Bang Noor tengok kejap je then pandang ke depan dan perlahan-lahan menggelongsor turun ke bawah.

Sampai kat bawah, dia tengok balik tiang tu tapi dah lari langsuir (agaknya langsuir kot) tu. Malam tu Bang Noor tak balik terus ke rumah sebab takut hantu tu ikut so dia melepak kat tempat yang dia tau bukak sampai ke pagi, ‘tempat latihan’ snuker/kedai game arked. Bang Noor lepak main game 20sen Dig Dug sampai ke pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience